Sejak hari itu dia tidak lagi dia menjejakkan kaki ke rumah keluarganya walaupun dia tahu dia perlu menceritakan semua. Tapi dia, dia memilih untuk berdiam diri.
Sudah seminggu dia duduk di rumah lamanya. Nasib baik rumah ini tidak dijual oleh papanya. Kalau tidak, mana tempat Kirana untuk berteduh. Dia nekad untuk membalas dendam. Dendam yang hanya ilusi semata tapi kini menjadi realiti.
Dia menukar sekolahnya buat sementara waktu. Kini hanya bertemankan Mak Jah sahaja.
Selepas pulang dari sekolah barunya, dia terlanggar seorang lelaki dewasa yang lebih kurang berumur 20 tahun.
"Ahh, maafkann saya." Ujar kirana lalu mengutip bukunya yang jatuh ketanah.
Lelaki itu membantu nya mengutip buku yang bertaburan itu.
"Takpe." Sepatah lelaki itu membalas. Terdengar sahaja suara yang menyapa, dia terus mendongakkan kepalanya. Tidak semena-mena air matanya mengalir.
"A-abang K-khairul..." Gagap Kirana. Ya, sebenarnya Khairul adalah kawan sekerja pak long kirana. Kirana juga selalu berjumpa Khairul jikalau dia mengikuti pak long nya ke villa yang dia selalu datang sekarang.
"Eh, Ana. Sekolah sini ke sekarang?" Soal Khairul ramah. Kirana hanya memandang Khairul tanpa membalas apa² .
"Ana?" Soal Khairul sambil melambai tangannya ke arah Kirana yang seperti termenung. Kirana yang tersedar hanya tersenyum tawar lalu menggelengkan kepalanya. Dia cuba untuk tidak menangis buat masa ini.
"Hey, what's wrong?" Soal Khairul semula apabila dia melihat Kirana seperti ada masalah yang besar. Kirana masih lagi berdiam. Khairul menarik Kirana masuk ke keretanya yang tidak jauh dari tempat mereka.
Dia membukakan pintu Kirana lalu menolak Kirana duduk. Dia menutup kembali pintu itu lalu pergi ke seat pemandu. Dia melihat Kirana yang lagi tadi diam. Selalunya budak itu tak macam tu. Kalau jumpa dia terus nak peluk. Tapi, harini lain.
Khairul memandu keretanya ke suatu tempat. Sambil itu dia membuka lagu di radio untuk menenangkan Kirana. Dia tahu Kirana masih trauma dengan kematian pak long nya. Dia juga terkejut mendengar berita itu.
"Tak nak cerita apa²?" Tanya Khairul sekali lagi.
"Can you help me?" Tanya Kirana sebagai jawapan.
"What?" Soal Khairul semula.
"Tolong aku buat kad pengenalan ngan sijil kelahiran baru." Ujar Kirana jelas. Khairul sedikit tersentak mendengar permintaan Kirana.
"But... Why?" Soal Khairul lagi.
"Because...." Kirana seperti tidak yakin untuk memberitahu perkara yang sebenar.
Setelah beberapa kali Kirana di soal dengan soalan yang sama, akhirnya Kirana pun memberitahu perkara yang sebenar.
Khairul terkejut mendengar penerangan Kirana. Dia tak sangka ibu bapa Kirana sanggup melakukan perkara sebegini.
"Please help me... Aku tak nak berdiri sendiri sebagai Kirana Adriana." Pinta Kirana semula.
"But, why?" Soal Khairul yang tak faham² lagi. Kirana sudah mendengus kasar.
"Sebab aku nak balas dendam." Katanya sedikit keras. Khairul faham akan maksud budak kecil itu sebenarnya, cuma dia nak tahu lebih lanjut. Takut si Kirana ni lost control je.
"Ok" sepatah je Khairul membalas.
"So.... Bila bole start?" Soal Kirana lagi.
"Tahun depan." Balas Khairul. Kirana sudah membulatkan matanya. 'Gila mamat ni. Aku mintak sekarang dia boleh memain pulak...'
ANDA SEDANG MEMBACA
MY SECRET IDENTITY✓
Ficção GeralKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...
