Malam di mana Kirana tinggal di vila itu....
"Ana, kau nak gi mana?" Kata Sofiea kawan rapat Kirana di vila itu.
"Aku nak gi kerja. Bye..." Kata Kirana sambil melambai kearah Sofiea dengan senyuman manis.
"Hati2 sis.... Jangan sampai rahsia kau terbongkar" nasihat Sofiea. "Yelah..." Kata Kirana mengiakan kata2 Sofiea.
____________________________
Di vila papa Kirana a.k.a markas papa Kirana...."Hello, ada sesiapa disini?" Kata Kirana kuat. Bergema vila tu.
"Kau pahal Tasya. Terjerit-jerit macam apa, kitorang kat sini jelah" kata Adam kawan sekerja Kirana.
"Hi, geng. Buat apa tu" kata Kirana ceria. "Tengah fikir macam mana nak hapuskan kau" kata Nia kawan Kirana.
'Alamak, diorang dah tahu ke aku ni siapa'. "Apa korang merepek ni? Aku buat salah apa?" Muka Kirana dah pucat.
"Hahahahahhah!! Muka kau dah pucat dah Tasya. Kau percaya ke?" Kata Adam sambil ketawa.
"Entah kau ni. Pelik2 jer. Kitorang mana berani nak hapuskan kau dekat kumpulan ni. Mahu kena pancung dengan bos" kata Nia membalas kata2 Adam.
'Huish... Lega aku. Ingatkan betul2 tadi...' "Tasya bos panggil kau" kata salah seorang kawan Kirana disitu.
"Ah.... Okey. Nanti aku pergi" kata Kirana sambil tersenyum nipis.
____________________________Di bilik bos....
"Yes bos, why you calling me?" kata Kirana kepada Dato' Adnan a.k.a ayah kepada Kirana. Ha, kau!! Cuba bayangkan kau bekerja dengan bapa sendiri yang bencikan kau... Perhh, payah tho..
"Kau dah siapkan senjata tu. Kejap lagi pelanggan tetap kita nak datang. Dia nak 10" kata Dato' Adnan serious.
"Baik bos. Tinggal beberapa jer lagi yang tidak disediakan. Nanti saya siapkan" kata Kirana laju. Dato' Adnan pula menganggukkan kepalanya.
"Saya dah boleh pergi kan bos?". "Ya, and one more thing esok kau datang lebih awal dari harini. Kita ada tetamu istimewa" kata Dato' Adnan dengan nada tegas.
"Baik bos" 'perh orang jahat pun ada tetamu istimewa eh. Dasyat...'
____________________________"Ok, done. Siapa tetamu istemewa yang papa cakap tu ea. Dah lah, dari pada melayan emosi sendiri, baik aku pergi masuk bilik, rehat jap"
Sampai sahaja dibilik...
"Ah.. bestnya dapat rehat. Sampai bila aku nak menyamar macam ni. Aku dah penat. But aku perlu teruskan benda ni. Rindu mama....."
Kirana bangun dari perbaringannya dan pergi ke bawah katil untuk mengambil sesuatu. Dia mengambil satu lambang yang berbentuk bunga rose dan ia berwarna hitam.
"Black rose. Bunga yang menjadi peneman aku. Bunga yang menjadi diri kedua aku. Yang banyak berjasa pada aku. Tapi, sampai satu tahap aku dah tak boleh bergantung pada bunga ni dah....." Kata Kirana sayu.
"Satu masa nanti akan aku cari jalan macam mana nak keluar dari dunia ni. Dunia gelap aku" kata Kirana lagi.
"Dah lah. Baik aku balik. Nanti tak pasal2 Mak Jah risau. Tadi dah lah dia risau cakap aju gi mana, nape tak bagitahu. Pening aku" bebel Kirana sambil keluar dari bilik itu. Dia melangkah keluar dari vila itu dan menuju ke drivernya.
Untuk pengetahuan semua Kirana kan form 3, jadi dia ada driver sendiri. Dan drivernya juga dari vila yang lagi satu tu, yang dia mula2 pergi tu. And drivernya juga tahu yang Kirana ni menyamar so, dia akan mengambil Kirana ditempat yang tersorok sedikit. Jadi, korang dah tahu kan apa kerja Kirana ni??
____________________________Keesokan harinya..... Malam itu...
Kirana datang lebih awal sebagaimana yang disuruh oleh papanya. Dia terus melangkah masuk ke vila itu dan terus ke pejabat milik papanya.
Tok tok tok....
Tiada sahutan. Dia mengetuk lagi. Sama juga. Akhirnya dia membuka pintu itu tanpa disuruh sesiapa.Dia menjenguk bilik itu, tetapi tiada sesiapa. 'Alah.... Masuk jelah bukan orang kisah pun kan...'. Dia masuk ke bilik itu dengan perasaan sebak kerana ada benda yang membuatkannya rasa nak menangis.
"Aku tunggu sini lah. Cantiknya gambar ni...." Kata Kirana yang sedang membelek sebuah bingkai gambar di meja papanya.
"Hoi, kau buat apa" sergah papa Kirana dengan nada marah. "Err, sorry bos. Tadi saya ketuk pintu bos, bos takde. Jadi, saya masuk jelah. Pastu saya belek gambar ni. Sorry bos saya ambil barang bos tanpa kebenaran" kata Kirana dengan nada takut.
"Takpe. Dah kau pergi sana tunggu diorang datang" kata papa Kirana tanpa melihat anaknya.
"Ramai ke bos?" Tanya Kirana sambil berkerut memandang papanya.
"Tak payah sibuk. Pergi buat kerja kau sana" marah papanya lagi.
"Halah bos ni, tanya jer, tu pun nak marah. Hampehh" kata Kirana dengan nada berbisik supaya papanya tidak mendengar sambil berjalan hendak keluar.
"Aku dengar lah Natasya!" Jerit papanya dari dalam bilik itu.
"Sorry bos!!" Balas Kirana sambil tersengeh.
Kirana turun sambil bernyanyi riang seperti kanak2.
"Woi Tasya, kau pahal tergedik-gedik kat situ" jerit Adam.
"Suka hati kau je nak panggil aku gedik. Weyh Dam, kau tahu tak siapa tetamu istimewa bos" kata kirana setelah turun dari tingkat atas. Dia menanya kepada Adam kerana Adam adalah rakan yang membantu dirinya menyambut tetamu.
"Aku pun tak tahulah. Tapi katanya kawan bos. Bos yang cakap macam tu. Dan kita kena layan mereka baik2" Kata Adam kuran pasti.
"Kawan bos tu ramai ke?" Tanya Kirana lagi.
"Tak lah sorang jer. Aku cakap diorang tadi sebab dia bawak anak dia sekali" kata Adam lagi.
"Eh dah lah. Kau ni banyak tanyalah. Dah aku nak buat kerja jom. Jangan lupa pakai mask kau. Mana tahu anak dia kenal kita ke. Habis kita kau tau" marah Adam.
"Yelah.... Tak yah lah nak marah. Aku tanya je. Tu pun nak marah" kata Kirana mengalah.
____________________________30 minit kemudian...
"Weyh, diorang dah sampai" Kata Adam kepada Kirana.
"Ok, kita sedia je" kata Adam
"Hello, Adnan aku dah sampai" kata kawan papa Kirana iaitu tengku Kamarul.
Alangkah terkejutnya Kirana apabila melihat anak kepada tengku Kamarul itu. Orang itu adalah......
To be continued....
**************************
Hello. Hari ni kita bagi panjang sikit ea daripada yang biasa. Terima kasih yang membaca cerita ini walaupun tak best. Jangan lupa vote tau. Bye. Assalammualaikum....
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...