"Assalamualaikum, ini cik Lara Alina ke?" Sapa seseorang di atas talian.
"Ye, ni saya. Macam mana dengan kes daddy saya?" Tanya Lara cemas.
"Kami mendapati...." Kata² itu tiba² bagai berat untuk disampaikan oleh inspektor tersebut.
"Apa dia tuan?" Tanya lara sedikit tegas.
"Dato' Mohktar telah meninggal dunia." Kata inspektor itu dengan keluhan yang berat.
"No!! Tuan tipu saya kan?" Lara menidakkan kata² itu.
"Cik Lara boleh datang ke balai polis apabila emosi cik sudah stabil, ya." Ujar inspektor itu lalu mematikan talian.
Lara menangis teresak-esak meratapi pemergian daddy nya. Sudah tiga hari mereka mencari kehilangan daddy, tapi tiada sebarang maklumat. Dan hari ini dia mendapat berita daddy nya sudah tiada lagi didunia.
Dia tahu daddy nya itu sudah lama menjadi tawanan polis kerana kegiatannya. Mummy dan daddy nya bercerai juga sebab kerja daddynya. Sekarang dia tiada sesiapa lagi.
Pihak polis juga tidak dapat berkata apa² kerana kejadian itu tidak diketahui semua orang.
Lara membaringkan badannya dan dia tertidur setelah puas menangis.
2 jam kemudian....
Lara bergegas ke ruangan bilik mayat di balai polis itu. Dia masuk lalu melihat beberapa orang polis berada di situ. Dia melihat sekujur tubuh terbaring tidak bernyawa. Ya, air matanya jatuh lagi.
Tiba² ada seseorang memeluknya. Itu abang lara, Arfan. Dia dapat tahu daddy nya sudah meninggal dunia apabila dia ditelefon oleh pihak polis.
"Jadi, kamu berdua nak kebumikan dia di tempat berdekatan atau di tempat tinggal kamu?" Tanya seorang polis lelaki.
"Kami, nak bawa dia ke rumah." Jawab Arfan. Lara hanya menangis.
Beberapa jam kemudian... Jenazah pun selesai dikebumikan.
Arfan dan Lara memasuki pintu rumah itu dengan hati yang pilu. Lara berjalan menuju ketangga untuk pergi ke biliknya.
"Adik nak makan?" Tanya Arfan. Lara hanya buat tidak endah apa yang dikatakan oleh abangnya. Arfan hanya mengangguk. Dia faham adiknya itu terlalu sedih. Dia hanya membiarkan sahaja.
____________________________________Malam itu, sungguh sejuk dirasakan oleh Kirana. Tapi dia cuba untuk menguatkan dirinya. Dia perlu segera pergi ke tempat persembunyian kawan² nya. Sampai sahaja disana. Terlihat Pia tengah duduk bersebelahan Rizal.
Kirana hanya tersenyum kecil melihat gelagat rakan² nya itu. Kata dulu benci lah itu lah ini lah. Sekarang, mereka yang paling rapat.
"Ehem!!" Kirana berdehem dengan suara yang agak kuat.
"Opocot mak!" Melatah Pia. Kirana sudah ketawa besar, tapi yang paling dia suka apabila Pia terkejut lalu dia memeluk Rizal yang masih blur.
Rizal memandang Pia, dia hanya mengembungkan pipi nya supaya tidak terketawa. Dia juga berasa jantungnya sangat laju pada saat itu.
Pia yang perasan akan kejadian itu segera melepaskan pelukannya. Dia memandang tajam Ana yang membuat muka tidak kesah.
"Ana!!" jerit Pia. Kirana sudah berlari untuk menyelamatkan dirinya. Sofiea mengejar Kirana dengan perasan marah dan malu. Kirana berlari dengan lebih laju apabila melihat Khairul yang sedang menyaksikan gelagat mereka. Dia menyorok di belakang Khairul.
"Kharul! Tengok adik angkat kau ni..." Cemberut Pia yang tidak puas hati melihat rakan baiknya itu memalukannya.
"Tengok lah muka aku yang comel ni." kata Kirana mengebil-ngebilkan matanya membuat Puppy Eye's.
Khairul sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia sememangnya pelik dengan dua orang itu. Ada sahaja yang nak digaduhkan kalau berjumpa. Dia dengan selambanya masuk kedalam rumah yang didiami mereka dengan muka yang masih blur.
Kirana tercengang melihat Khairul yang berlalu pergi tanpa mengatakan apa². Sofiea sudah terbahak-bahak ketawa melihat Kirana.
"Ish! Dah lah. Malas aku layan kau." Kirana masuk lalu duduk di sofa. Sofiea pula keluar ingin melepaskan ketawanya yang tidak habis lagi.
"How?" Tanya Khairul seraya duduk di sebelah Kirana.
"Everything is fine. Cuma, Lara. Aku nampak dia down sangat." Ucap Kirana. Khairul hanya mengangguk.
"Jadi kau nak buat apa sekarang?" Tanya Khairul lagi.
"Aku ingat... Aku nak berbaik dengan dia." Ucap Kirana perlahan.
"What, are you serious. Kau dah sampai sini kut. Takkan nak berbaik macam tu je. Kau expect apa tho kalau korang berbaik. Kalau dia dapat tahu kau yang bunuh bapak dia. Kau nak buat apa." Suara Khairul sedikit tegas dan marah.
"Aku bukan nak berdendam. Lagipun, dendam aku dah habis. So, inilah masanya untuk aku terima hukuman kan?" Ucap Kirana.
"What the hell is your idea. Apa yang fikir ni Ana." Khairul ingin pergi meninggalkan Kirana. Ramai yang melihat mereka bergaduh di tengah² ruang tamu itu. Tetapi tangannya di tahan oleh tangan Ana.
"Aku tak habis cakap lagi...." Suara Kirana mulai perlahan. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh. Khairul kembali duduk, dia cuba untuk bersabar.
"Aku... Aku cuma nak dia menangis je. Tu je aku nak... Aku tiada niat nak sakitkan hati dia lama sangat. Cukuplah dia menangis. Aku tak nak benda lain yang jadi. Kau ingat aku ni jahat sangat ke hah." Air mata yang selama ini ditahan kini mengalir deras.
Khairul yang melihat berasa serba salah. Dia tahu Kirana tidak begitu berdendam. Cuma dia tidak suka Kirana hendak berbaik dengan Lara. Bapa Lara seorang yang berpengaruh di Malaysia. Lara bokeh buat apa sahaja menggunakan nama bapanya. Dia tak nak Kirana yang menjadi mangsa.
Kirana menangis teresak-esak disitu. Khairul yang berasa kasihan memeluk Kirana demi menenangkan budak itu. Dia juga terkesan sejak Pak Long kirana meninggal dunia. Dia juga berasa sunyi sejak kehilangan itu. Ya, pak long Kirana lah yang membawa semangat kepadanya untuk terus hidup. Dia sangat terhutang budi kepada Pak Long kirana. Jadi, demi membalas jasa beliau. Dia bertanggungjawab untuk menjaga Kirana dengan baik.
____________________________________Luqman bermain game di skrin handphone nya. Dia baru mendapat berita tentang kematian bapa Lara. Tidak tahu kenapa dia berasa puas dengan saat itu.
Dia rasa dendamnya sudah hilang sejak berita kematian Dato' Mohktar. Dia juga sebenarnya ada dendam dengan Dato' Mohktar kerana sebab Dato' tu lah dia mendapat amnesia.
Dia diculik dan selama 2 bulan diberi racun. Cuma semasa dia diselamatkan dia tidak dapat membalas dendam. 3 bulan dia tidak dapat menjalani sekolah, nasib baik otaknya masih berfungsi untuk belajar di rumah.
Selepas 2 tahun, ingatannya semakin pulih. Dia juga sudah boleh bersekolah seperti biasa. Selepas itu, dia mendapat berita tentang bapa kandung sebenarnya.
Tahu tak kenapa nama yang dia sebut di sekolah iaitu Muhammad Luqman Hakim Bin Muhammad Rizwan. Sedangkan nama sebenarnya adalah Tengku Muhammad Luqman bin Tengku Ahmad Kamarul (aiye hentam jer🙈).
Kerana semasa dia hilang ingatan, bapa angkatnya yang menjaga dia. Selepas ingatannya kembali pulih. Dia tinggal bersama keluarga asalnya.
(Author tulis sampai sini dulu sebab masih panjang. Jadi tunggu next chapter pasal rahsian Luqman pula eh.)
To be continued
____________________________________Vote
Comment
Typo, roger okay
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...