"Hello uncle. Kenapa call saya malam-malam macam ni?" Sapa Luqman setelah mengangkat panggilan telefon itu.
"Uncle nak bincang something dengan Luqman. Luqman boleh datang tempat uncle?" Tanya seseorang di dalam talian itu.
"Okay, jap lagi Luqman sampai." Dia mematikan telefon lalu bergegas mencapai kunci kereta.
Dia mengambil pendrive yang berada di atas meja. Tak lupa juga topi hitamnya yang sentiasa diletakkan di dalam meja.
45 minit kemudia....
Dia masuk ke bangunan yang gah itu. Semua orang yang berada di situ memandangnya.
"Apa anak Tengku buat kat sini?" Tanya salah seorang perempuan di situ.
Dia tidak menyahut bahkan dia terus menuju ke pejabat Dato' Adnan. Orang-orang yang berada di situ hanya mendiamkan diri.
Tok Tok Tok
"Masuk." Sapa seorang yang berada di dalam bilik. Dia menyuruh Luqman duduk di tempat yang disediakan.
"Apa jadi dengan Ana?" Tanya Dato' Adnan. Sudah 2 minggu dia tidak tahu akan berita anaknya itu
"Dia okay je. Lagi satu, saya nak tunjukkan uncle something." Kata Luqman.
"Apa dia." Tanya Dato' Adnan.
Luqman mengeluarkan pendrive yang dibawanya tadi. Disitulah data-data Kirana disimpan. Dia mencucukkan benda itu pada tempat yang disediakan. Terlihatlah beberapa keping gambar Kirana.
"Ni lah anaj uncle yang sekarang. Tapi sejak dua minggu ni dia kerap duduk rumah sahaja." Kata Luqman.
Dato' Adnan hampir menangis melihat gambar itu.
"Oh, yeah. By the way, uncle dah bagitahu auntie pasal benda ni?" Tanya Luqman.
"Dah, dia pun okay je. Auntie kamu tu memang rindu sangat kat Ana tu." Jawab Dato' Adnan.
Selepas beberapa minit berbincang, Luqman meminta diri untuk pulang.
"Luqman, boleh tak uncle nak pinjam pendrive ni. Nak tengok-tengok." Tanya Dato' Adnan.
"Err.... Boleh je uncle. Tapi jangan hilangkan tau." Jawab Luqman
'Asal aku rasa tak sedap hati ni eh?' Luqman berbisik pada dirinya sendiri. Dia dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena kerana disitu juga ada data-data peribadi Kirana yang disembunyikan darinya.
Luqman pulang ke rumahnya dengan hati yang gelisah.
"Weyh, kau cekkan pendrive ni. Aku rasa macam ada yang tak kenalah." Arah Dato' Adnan kepada anak buahnya.
"Ok boss." Anak buahnya mengambil pendrive itu lalu dia mengesan satu-satu maklumat yang berada disitu.
"Yang ni macam tak lengkap je." Dia menekan maklumat peribadi Kirana yang baru, lalu terserlah lah semua identiti Kirana. Nama dan segala jenis maklumat yang Luqman dapat.
"What?! Luqman sembunyikan benda ni?!" Marak Dato' Adnan. Terlihat maklumat sebenar Kirana berada di dalam fail itu. Tempat tinggal yang sekarang dan juga kerja dan persekolahan Kirana.
"Ni kan rumah lama aku?" Tanya Dato' Adnan kepada dirinya sendiri.
"Kau pergi kat rumah ni. Jangan sampai ada sesiapa kesan kau." Arah Dato' Adnan kepada anak buahnya yang tadi.
Anak buahnya yang bernama Mika itu hanya menunjukkan tanda ok.
Selepas satu jam perjalanan, Mika berhenti di tepi jalan untuk pergi ke rumah lama bossnya. Dia melihat seorang gadis sedang keluar daripada rumah tersebut dan masuk kembali.
YOU ARE READING
MY SECRET IDENTITY✓
General FictionKIRANA ADRIANA Seorang gadis yang berumur 15 tahun. Hidupnya dikelilingi dendam yang dia cipta. Dibuang keluarga sendiri dengan hanya satu kejadian ngeri yang menimpa. Kejadian yang menyebabkan dia hilang segala-galanya. Dia mencipta identiti baru...