10

122 14 1
                                        

Luqman pov..

Aku meletakkan kereta di seberang jalan lalu keluar dari pintu kereta. Aku berjalan kaki pergi ke sekolah. Begitulah hidupku sejak aku jadi ejen penyiasat ni.

Oh, ye. Aku dah lama tak dengar khabar Kirana. Aku masih menyiasat tentangnya tapi aku tidak tahu dia berada di mana.

Sedang aku bermonolog sendirian. Aku sudah sampai di pintu gerbang utama sekolah ku. Walaupun aku menipu identiti aku, aku masih mengambil berat tentang SPM ku yang akan berlangsung 7-8 bulan lagi.

Sudah 4 bulan aku berada di sekolah ini. Ya, aku rasa macam sekejap sangat masa ini berlalu. Tapi, aku masih mencari identiti si budak Kirana.

Aku kira² untuk menyelesaikan tugasku 2 bulan lagi. Dengan pertolongan sepupu aku, aku dapat menyelesaikan tugas ini dengan mudah.

Hanya satu klu sahaja yang aku tak dapat, iaitu kenapa Kirana lari rumah, ataupun dia dihalau. Aku masih mencari bukti itu.

Aku pergi ke kelasku iaitu kelas Kirana. Sudah lama kami tidak bertegur sapa. Aku lihat dia sedang lena diulit mimpi di atas mejanya sendiri. Aku hanya menggelengkan kepala sahaja kerana perangai Kirana itu.

Aku duduk di tempatku lalu berbual dengan kawan kawanku yang lain.

30 minit kemudian...

Cikgu masuk ke kelas. Subjek pagi ini adalah matematik, subjek kesukaanku. Walaupun aku dah belajar bab² di dalam buku itu pada 2 tahun lepas, tapi aku tetap menyukainya. Kerana? Ofcourse senang sebab dah pernah belajar 😝😝.

Cikgu Salina memberi salam. Kami hanya menjawab salam dengan cara duduk. Pelikkan? Ya, satu je kitorang suka pasal cikgu ni iaitu bila mula atau hadbis kelas dia akan suruh kitorang duduk.

End pov ..

"Farhana!!" Jerit cikgu di depan kelas.

Kirana yang terkejut namanya di laungkan berdiri tegak ditempat duduknya. Mukanya sudah pucat dek kerana suara yang memanggil itu. Dia hanya berdiam diri di situ tanpa mengatakan apa².

"Sini kejap" arah cikgu salina tegas. Dengan keadaan malas dan takut Kirana pun berjalan perlahan.

"Lajulah sikit!! Jalan pun lambat" arah cikgu salina lagi. Kirana hanya akur.

"Kenapa awak tidur." Tanya cikgu salina dengan nada tegas.

"Sebab semalam saya tidur lambat dan saya tidur pada waktu cikgu belum masuk kelas." Jawab Kirana selamba.

"Jadi awak dah tidur dalam kelas saya selama 2 minit." Kata cikgu salina lagi.

"So? Takkanlah cikgu nak denda saya kot." Balas Kirana. Cikgu Salina diam lalu menyuruh Kirana duduk. Kirana duduk lalu mengeluarkan buku yang dipelajarinya.
____________________________

Luqman berjalan di kaki lima sekolah. Dia sedang memerhati Kirana yang tengah duduk di kerusi sebelah bilik disiplin. Dia pasti yang Kirana buat hal lagi.

Kirana yang terlihat ada seseorang yang sedang memerhatikannya menoleh. Dia terlihat Luqman yang berdiri tegak di situ hanya memerhati court tennis yang ada beberapa orang sedang bermain di situ.

Dia masuk ke dalam bilik disiplin itu. Luqman hanya memandang ssahaja setiap gerak geri Kirana. 'Fuh... Nasib dia tak nampak aku' kata Luqman dalam hati.

Dia melihat Kirana keluar dari bilik disiplin lalu pergi ke tandas. Luqman sudah pasti bahawa hukuman yang dikenakan oleh Kirana ialah mencuci tandas. Kadang² dia kesian pulak tengok Kirana tu. Tetapi diikutkan tingkah laku Kirana di sekolah, dia pun nak marah jugak.

Selepas meng'usha' Kirana, dia balik ke kelas untuk mengulangkaji pelajaran SPM nya. Inilah masa yang diambil oleh Luqman untuk mengulangkaji pelajarannya yang tertinggal.
____________________________________

"Kau kata dia ada diseliling aku? Kau biar betul. Selama 3 tahun ni aku tak nampak pon dia." Kata Dato Adnan.

"So sekarang ni kau nak cakap aku ni tak pandai nak kenal anak lah." Dato Adnan merengus kasar.

"Nama dia yang baru apa?" Farhana Natasya.... Aku macam pernah dengar nama tu? Ok², nanti aku tengok. Bye." Dia mematikan handphone nya lalu meletakkan di atas meja. Dia sedang ligat berfikir siapakah Farhana Natasya.

Tanpa dia sedari ada seseorang yang mendengar perbualannya dengan Tengku Kamarul.

Kirana hanya mendengar apa yang dikatakan oleh papanya. Dia mendengar nama samaran nya disebut. Dia takut papanya sudah tahu tentang nama samarannya.

Dia berjalan ke arah bilik khas nya. Dia mengambil sekeping surat. Lalu pergi ke arah bilik boss nya itu. Dengan berat hati dia mengetuk pintu bilik itu.

"Masuk." Hanya sepatah perkataan yang hanya didengarinya dari dalam. Tanpa memebuang masa, dia masuk ke dalam lalu berdiri ddi hadapan boss nya.

Dato Adnan melihat ke aeah susuk tubuh di hadapan nya lalu menyambung semula kerjanya yang tergendala.

"Inspektor dah sampai?" Kirana hanya mengangguk. "Dah settle?" Kirana mengangguk lagi.

"Saya dah suruh inspektor tu bank in duit dekat kita." Dato Adnan cuma diam sahaja.

"Boss" kata Kirana sepatah. "Hmm" hanya itu yang dibalas oleh bapanya itu.
"Saya nak ckp something boleh?" Kata Kirana takut². "Apa dia" tanya dato Adnan.

"Saya nak berhenti kerja." Dengan hanya satu ayat yang mempunyai 4 perkataan sudah membuat Dato Adnan terkejut.

"Why?" Tanya Dato Adnan. "Sebab saya dah penat. Saya perlukan rehat. Lagipun sekarang ni saya dah nak ambil peperiksaan besar. Boleh boss." Ujar Kirana.

"Kau berul nak berhenti. Tak nak cuti panjang? Bukan kau selama ni buat macam tu ke?" Tanya Dato Adnan hairan.

"Yup. Saya nak berhenti." Kata Kurana dengan wajah yang yakin.

"Sure?" Soal Dato Adnan lagi.

'Astaghfirullah. Apa kena ngan bapak aku ni. Aku nak berhenti tu, bagi jelah!'
"Yup" kata Kirana sekali lagi. Tapi kali ini suara nya agak tegas.

Dato Adnan cuma mengangguk. Dia faham apa yang budak itu cuba sampaikan. Cuma dia tak sanggup melepaskan budak itu. Setelah dua tahun budak itu membuat kerjanya dengan baik. Cuma kali ini dia memang kena melepaskan seorang 'Natasya'.

"Kau boleh kemas barang² kau. Suka hati kau lah nak pergi bila." Kata Dato Adnan sedikit terasa dengan tindakan Natasya.

Dengan berat hati dia meniggalkan bilik itu. 'Ya Allah. Betul ke apa yang aku buat ni.'  kata Kirana di dalam hati.

Dia mengorak langkah ke bilik nya. Dia mengemas apa yang perlu sahaja.

30 minit kemudian....

"Bye Tasya. See you later my friend" ujar
Nia. Dia juga terkejut apabila boss menyatakan yang Natasya dah berhenti kerja. Sedih dia apabila kawannya seorang itu akan meniggalkannya.
Mereka berpelukan sebelum berpisah.

Kirana tidak lupa juga mengucapkan selamat tinggal kepada ahli² yang berada disitu.

Sampai sahaja di depan boss nya Kirana berkata "bye boss. Take care. Nanti pepandai lah ea boss cari penggantu saya." Kirana tersengih. Tetapi di dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu sakit dia macam mana. Sebelum ini, ini lah tempat dia untuk berjumoa dengan papa nya. Sekarang tidak lagi. Dia cuma taknak papanya mengenali nya.

"Hrmmm... Kau pun sama. Jaga diri. Ingat , study betul²." Itulah pesanan terakhir yang keluar daripada mulut Dato Adnan.

Selepas itu, Kirana pon pergi balik ke rumahnya. Dia berasa sedih, gembira, sakit dan banyak lagilah. Dia terpaksa berbuat begitu untuk keselamatannya juga.

Kirana berjalan sedikit jauh lalu masuk ke dalam keretanya yang di parking jauh sedikit dari tempat bapanya.
____________________________________

Vote
Comment
And jangan lupa bagitahu kalau ada typo
😉😉

MY SECRET IDENTITY✓Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang