Meimei sibuk dengan kerjanya, begitu juga dengan Arline. Masing-masing sibuk dengan kerja mereka sehingga mereka tiada masa untuk berehat. Dua gadis itu hanya bekerja di sebuah restoran yang mewah, hanya orang yang berada sahaja mampu makan di tempat tersebut.
"Line, aku penat weh! Asal malam ni ramai sangat orang eh? Kaki aku ni dah sakit sebab asyik kehulur-kehilir je." rungut Meimei kepada Arline sambil mengurut kakinya yang terasa sakit.
"Alah kau ni, nama pun kerja kan, mestilah ada rasa penat, kalau tak penat, bukan namanya kerja okey," balas Arline kepadanya lalu kepala digelengkan.
"Aku peliklah dengan kau ni line, kenapa aku tak pernah nampak kau rehat eh? Aku nampak kau cergas semacam je, tak penat langsung. Kau guna apa eh? Ke kau hisab dadah?" soal Meimei curiga terhadap gadis itu.
Mana tak peliknya, tak pernah langsung dia lihat gadis itu merungut dan lelah, sebaliknya dia lihat gadis itu hanya cergas sahaja, pelik semacam je dia rasa.
"Em, aku tak hisab dadahlah, aku just cergas je, sebab aku kan waktu siang tidur seharian dan berehat. Sebab tu, kau tak pernah nampak aku penat," balas Arline dengan yakin agar gadis itu tidak berasa sangsi terhadapnya.
"Yeke? Kau jangan eh, kalau aku tahu kau hisab dadah, nahas kau! Aku sendiri yang masukkan kau dalam penjara tahu tak! Biar kau insaf." kata Meimei dengan serius. Arline tergelak mendengar butir bicara dari rakannya itu.
'Alahai, berani ke nak masukkan aku dalam penjara?Sekelip mata je aku boleh buat sesuatu yang aku mahu. Apalagi membuat orang itu mati.' desis hati Arline.
"Betullah, aku tak buat pun benda tu, aku ni baik, solat tak tinggal, taat kepada ibubapa, takkan nak buat benda yang Allah larang kan," balas Arline dengan senyuman penuh bermakna dibibirnya.
Meimei menggangukkan kepalanya, dia percaya terhadap gadis itu kerana dia sudah lama mengenali Arline dan dia yakin gadis itu orang baik, tidak akan membuat benda yang terlarang oleh Allah.
"Tinggal beberapa minit je lagi, lepastu kita boleh pulang dah. Tak sabar nak balik, nak tidur." kata Meimei dengan wajah yang tidak sabar ingin pulang, tergelak kecil Arline melihat wajah tersebut.
"Yup betul tu, dahlah jom kita sambung kerja kita, kang boss cakap kita curi tulang pula." kata Arline kepada Meimei sambil matanya meliar setiap kawasan itu.
"Kita tak pernah curi tulang line! Kalau curi tulang ikan tu memang betullah. Tapi kalau curi tulang lain, kita tak pernah buat lagi," balas Meimei dengan wajah yang serius.
"Kau biar betul? Takkan kau tak tahu maksud curi tulang Mei?" soal Arline serta memandangnya tanpa berkelip.
"Hello, aku ni belum bodoh lagilah. Kau sendiri cakap curi tulang kan? Dah memang sah tulang yang kau maksudkan itu, tulang ikan, tulang anjing ke, betul kan?" balas Meimei kepadanya.
"Asal bengap sangat otak kau ni sengal! Memanglah aku cakap curi tulang, tapi maksud curi tulang tu sebenarnya curi masa," terang Arline kepada rakannya itu.
"Apa yang kau merepek ni line? Tadi kau kata curi tulang, sekarang kau kata pulang tulang tu curi masa. Mana satu yang betul ni?" ujar Meimei pelik sambil menggaru kepalanya.
"Meimei maksud curi tulang adalah curi masa." kata Arline cuba menahan geramnya dengan rakannya.
"Tengok tu, oh aku faham. Maksud kau yang tulang tu curi masa kita kan?" katanya dengan tersangat bijak.
"Apa-apa jelah Mei, dahlah aku nak balik lagipun waktu kerja kita dah habis." ujar Arline mengalah sahaja. Meimei menggangukkan kepalanya.
Setelah selesai semua kerja mereka, Arline terus pulang kerumahnya manakala Meimei juga begitu.
Sedang mereka berjalan dan bergelak sakan, Arline dilanggar oleh 3 orang lelaki yang tinggi dan agak sombong, maybe.
"Hoi..jembalang, mambalang, mampalam, tak reti tengok jalan ke hah! Aku tahulah waktu ni malam, tapi cuba mata tu kasih terang sikit, kalau tetap tak nampak juga baik kau cipta mata palsu yang diperbuat dari lampu suluh dan pasang dalam mata kau tu." marah Arline dengan sedikit kuat. Meimei membantunya untuk berdiri.
"Bukan salah kami, kau yang jalan tak pakai mata, asyik bercerita je, ketawa pun dah macam langsuir aku tengok," balas lelaki itu selamba tanpa rasa bersalah. Arline lantas mengangkat wajahnya lalu dia tersenyum sinis.
"Oh, kau rupanya gigi hitam. Patutlah jalan pun kau tetap sebab mesti kau nampak semua jalan ni hitam kan, sama macam gigi kau tu." kutuk Arline dengan senyuman mengejek. Jelas dari riak lelaki itu terkejut melihat dirinya.
"Kau perempuan pelik jaga sikit mulut kau tu, jangan suka hati je kutuk aku macam tu. Kau tu dahlah takde rupa, selekeh lagi," kutuk Syaril kembali kepadanya.
"Hello! Walaupun aku ni tak cantik, tapi tetap menjadi rebutan dekat makcik-makcik di pasar tau, mereka rebutkan aku. Mereka cakap macam ni 'dik sini beli ikan dik ' lepastu makcik dekat sebelah lagi cakap' dik beli dekat sini je dik, ikan dia masih lagi segar'. Kau tahu tak aku ni menjadi pujaan hati dikalangan makcik dan pakcik di pasar," balas Arline dengan bangganya.
"Itu sebabnya kau sama je dengan ikan di pasar tu, tiada beza." sinis Syaril berkata.
"Ah, kau diamlah. Kau sebenarnya nak minta perhatian aku kan, sebab kau nak hilangkan kusut masalah kau tu. Kan aku dah cakap jangan fikirkan sangat, tapi kau tetap fikirkan, so kau juga yang jadi gila oleh masalah tu," balas Arline membuatkan mereka semua yang berada disitu terkejut.
"Oi, kau ni aku tak tahulah ilmu apa yang kau guna, semua benda kau tahu. Ke kau ni guna sihir?" soal Syaril dan membuatkan Arline berasa marah.
"Aku tak guna sihirlah, dahlah aku nak blah. Mei jom kita pulang, jangan layankan sangat mamat tak betul ni," kutuk Arline selamba dan menarik tangan Meimei lalu melangkah pergi.
"Siapa tu bro? Cun habislah muka dia, kau kenal dia ke?" soal rakan Syaril yang bernama Adha kepadanya. Bibirnya mengukirkan senyuman.
"Iyalah bro, awek kau ke? Laju pula eh kau cari awek baru." kata Yasren pula yang merupakan rakannya juga.
"Awek aku? Memang taklah! Perempuan gila tu bukannya aku kenal. Dahlah gila lepastu pelik," balas Syaril dengan wajah yang rimas.
"Yeke? Perempuan cantik macam tu pun kau tak nak?" soal Adha kepadanya. Laju sahaja Syaril menggelengkan kepalanya.
"Tapi, macam mana dia tahu masalah kau?" soal Yasren pelik, begitu juga dengan Adha. Namun, Syaril hanya mengangkat bahunya sahaja tanda dia tidak tahu.
So, done for strange wife. Jangan lupa vote dan komen ye ♥️♥️
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...