Puan Kayla memandu kereta dengan perasaan marah. Dalam fikirannya hanyalah memikirkan tentang 'mereka' yang sudah muncul semula. Dengan adanya 'mereka' pasti Arline akan menjadi kuat semula.
"Arghhh!!!! Aku benci kau! Kenapa tuhan tak ambil nyawa kau dengan cepat? Aku dah bunuh kau, hapuskan 'mereka', tapi kenapa korang tak mati lagi?" marah Puan Kayla memenuhi ruang keretanya.
Pedal minyak ditekan, destinasi ditujui. Dia ingin berjumpa buah hatinya, Amri. Sekurangnya, hatinya yang panas akan sejuk apabila melihat wajah buah hatinya itu.
Eryna menjerit sekuat hati kerana Amri terlantar di hospital dan masih tidak sedarkan diri. Jika lelaki itu masih tidak sedarkan diri dalam tempoh yang lama, bagaimana rancangan mereka akan berjalan dengan lancar?
Setahu dia, lelaki tersebut tidak mempunyai sakit apa-apa. Dan kenapa pula sekarang Amri terlantar di hospital? Sebab apa?
"Sial!"
Jeritnya sekuat hati. Dia memicit kepalanya yang terasa sakit. Dia harus memikirkan cara lain untuk memastikan rancangan mereka berjalan dengan lancar.
"Beb, bertenang. Amri pasti akan sedar juga nanti. Kau janganlah risau. Jangan cakap yang kau dah jatuh cinta dengan dia?" ujar Nana sambil tersenyum senget. Eryna memandangnya dengan tajam.
"Kau merepek apa setan? Bila masa pula aku jatuh cinta dengan mamat bodoh tu? Memang taklah! Lelaki bodoh! Aku cuma risaukan rancangan kita takkan berjalan dengan lancar, bukannya risaukan mamat tak guna tu! Dia nak mati ke, apa ke, aku kisah apa? Dia bukannya penting dalam hidup aku." sinis Eryna berkata dengan bengang.
"Janganlah marah aku. Aku cuma gurau je." cebik Nana malas. Marah Amri, tapi dia pun kena tempias. Menyampah pula dengan sikap Eryna yang satu itu.
"Serabutlah macam ni!" Eryna berkata lalu menghempaskan punggungnya pada sofa empuk dan memejamkan mata.
"Beb, kenapa kau nak sangat harta orang tua tu? Keluarga kau kaya je. Tapi, kenapa kau nak harta orang tua tu juga?" soal Nana pelik. Keluarga gadis itu kaya, tetapi masih sahaja inginkan harta orang lain.
Eryna tergelak kecil sebelum dia membuka matanya. Dia memandang wajah rakannya yang sedang melihatnya dengan pandangan yang pelik.
"Harta keluarga? Semua harta untuk adik aku yang tak guna tu! Dia banyak sangat dapat harta daddy aku, berbanding aku. Sebab itulah aku nak harta orang tua bodoh tu, supaya harta itu akan jatuh pada tangan aku sendiri, tanpa mengemis harta daddy aku yang hanya untuk adik setan tu!" malas Eryna. Bila difikirkan balik hal tersebut, membuatkan dia bertambah marah.
Daddynya sangat pilih kasih. Semua harta diberikan kepada adiknya berbanding dia. Jika dilihat, mereka sama sahaja anak kepada lelaki itu, tetapi mengapa hidup mereka tidak sama?
"Ouh macam tu. Apapun keputusan kau, aku sokong beb." ujar Nana lalu tersenyum. Eryna hanya mengganguk sahaja dan memejamkan matanya semula.
Manakala, Nana pula sibuk dengan telefon bimbitnya. Malas nak masuk campur dengan urusan gadis itu. Nanti dia pula yang kena tempias marah, Eryna.
Arline menangis semahunya, dia tidak menyangka bahawa 'mereka' masih hidup. Seakan tidak percaya sahaja dengan apa yang dia lihat tika itu.
"Korang, aku rindu dengan korang semua." tangis Arline dengan airmata kegembiraan. Hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa gembiranya dia waktu itu.
Penguat semangatnya telah kembali. Dan dia pasti, dia tidak akan lemah lagi seperti sebelumnya. Kerana, 'mereka' telah kembali kepada dirinya.
"Kami pun rindu Arline,"
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...