Elyna tersedar apabila dia sudah lama tidak sedarkan diri. Matanya melihat kawasan sekeliling. Wajahnya mempamerkan wajah yang pelik.
"Aik? Sejak bila pula aku tidur dalam bilik aku? Bukan ke aku tengah keluar bersama Karl dan Syikin? kenapa pula aku boleh ada dekat sini?" soalnya sendiri. Belakang lehernya diusap kerana terasa sakit.
Dia langsung tidak ingat apa-apa. Dia cuma ingat ada satu bunyi tembakan yang menembak kereta milik Karl sewaktu perjalanan ke butik untuk menempah pakaian tunang mereka.
"Siapa yang tembak kami? Sejak bila aku ada musuh?" soalnya sendiri lagi. Bibirnya mengeluarkan keluhan.
Telefon bimbit diambil, dia melihat mesej dari Karl. Bibirnya mengukirkan senyuman nipis apabila membaca mesej tersebut.
Love ❤️
- Pakaian tunang kita nanti, Ikin dah tempahkan. Awak jangan risau. Awak tinggal duduk sahaja nanti di pelaminan pertunangan kita.
- Okey, awak.
Selepas membalas mesej tersebut, dia terus masuk ke dalam bilik air. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, dia akan menjadi tunang orang.
Tak terasa masa yang berlalu, mereka bercinta sudah lama, akhirnya, tak lama lagi mereka akan bertunang dengan perasaan suka sama suka.
Hari itu adalah hari pertunangan bagi Karl dan Elyna. Majlis berjalan dengan lancar dan ramai orang yang datang ke majlis tersebut. Antaranya, rakan kenalan dua pasangan sejoli itu.
Elyna tersenyum manis. Dia sudah bergelar tunang orang, kepada lelaki pilihannya. Tak sangka, masa berlalu dengan cepat.
Karl pula sama seperti dirinya juga. Akhirnya, gadis idamannya sudah diikat dengan tali pertunangan mereka berdua.
"Buat muka cantik, sayang. Gambar ni nanti up status. Jangan buat muka buruk, sayang lawa aku kalau yang lain macam beruk." bebel Syikin kepada rakannya.
Syikin tidak habis selfie dengan rakannya. Siap buat video lagi. Elyna dan Karl tergelak melihat sikapnya.
"Awak, Syaril dan Arline tak datang ke?" soal Elyna kepada tunangnya. Matanya meliar mencari dua pasangan tersebut.
"Kejap lagi datanglah tu. Saya yakin mereka akan datang," balas Karl dengan senyuman. Elyna mengganguk faham sebelum wajahnya bertukar menjadi mendung.
"Kenapa?" soal Karl pelik. Baru sahaja sebentar tadi gadis itu tersenyum manis dan gembira sahaja. Tetapi, sekarang bertukar jadi mendung pula.
"Akak tak datang pun." sayu Elyna berkata. Karl berdecit halus. Dia benci dengan kakak kembar kepada tunangnya itu. Terlalu tinggi ego dan tidak memikirkan perasaan adik kembarnya.
Jika bukan disebabkan gadis itu kakak kembar kepada Elyna, dah lama dia bunuh. Menyampah, semak tengok muka dia.
"Jangan fikirkan sangat. Biar jelah dia tak datang pun. Majlis kita akan berjalan juga. Hari ini, saya tak mahu awak sedih. Pasal kakak awak tu, biarkan je." ujar Karl dingin. Nak tak nak, Elyna terpaksa akur. Dia tak mahu lelaki itu hilang mood pada majlis pertunangan mereka.
"Iyelah,"
Elyna memandang Karl dengan senyuman tipis. Dia cuba untuk melupakan Eryna kerana gadis itu sama sekali tidak menyayangi dia.
Arline memandang wajah Syaril dengan wajah yang pelik. Lelaki itu menyuruhnya memakai baju yang mahal untuk pergi ke majlis Karl dan Elyna.
"Kau tengok aku macam tu kenapa? Dah, pakai baju tu. Jangan lama sangat. Perempuan kalau bersiap, sempat lagi aku tidur sampai esok." perli Syaril kepadanya.
"Line tak pandai guna baju mahal. Macam sayang pula nak guna." sengihnya. Syaril ternganga. Biar betul minah sewel ni?
"Habistu? Kau nak buat jadi perhiasan? Gila ke apa? Nama pun baju, memanglah kena guna," balas Syaril kepadanya.
Arline mengambil baju tersebut. Cantik, pandai mamat tu pilih. Tapi, dia jujur yang dia tidak pernah pakai baju mahal. Walaupun keluarganya kaya, tapi dia tidak suka kedua ibu bapanya membelikan dia barang yang mahal.
"Baju ni cantik tau. Em, tapi line tak nak guna. Apa kata kalau awak yang guna, lagi cantik. Nampak comel." kata Arline gembira. Membulat mata Syaril mendengarnya.
'What! Minah sewel ni biar betul? Dia ni ada otak ke tak dalam kepala dia? Cakap benda pelik je. Dasar minah pelik, sewel,' kutuk Syaril di dalam hati.
"Kau merepek apa ni? Tak nampak ke baju tu perempuan punya. Kenapa pula kau suruh aku pakai? Kau ingat aku pondan ke? Gila ke apa?" geram lelaki itu kepada Arline.
"Pondan tu apa?" soal Arline naif. Syaril menepuk dahinya dengan sikap gadis itu. Tak cukup dengan sewel, tambah bodoh lagi tu.
"Pondan itu maksud dia kacak!" tipu Syaril kepadanya. Arline mengerutkan dahinya sebelum dia menggangukkan kepala.
"Yang kau masih berdiri dekat situ kenapa? Pergilah bersiap. Kau ingat kau tuan puteri, nak kena tunggu? Cepat!" tegas Syaril.
"Line dah kata yang line tak biasa pakai baju mahal." protes Arline tidak suka. Mamat ni lebih-lebih pula, tumbuk gigi tu baru tau.
"Aku tak suka bila arahan aku tidak dipatuhi. Siapa yang tidak ikut, tahulah nasib mereka." ujar Syaril dingin. Arline menelan air liur dengan susah. Seram.
"Erk, okey. Line bersiap sekarang." kata Arline lalu bergegas mahu ke dalam bilik air. Syaril menggelengkan kepalanya.
"Kalau tak sewel, memang tak sah. Dasar minah pelik." katanya dengan senyuman segaris terukir dibibirnya.
Syaril turun ke tingkat bawah. Seperti biasa, anak buahnya akan menunduk hormat dan menyapanya. Dia hanya mengganguk sahaja tanpa ada senyuman dibibir. Wajah ketat dan dingin dipamerkan kepada semua anak buahnya.
"Yow! Bro." kata sahabatnya Adha. Syaril sekali lagi mengganguk.
"Kau dah pergi majlis Karl ke?" soal Syaril kepada Adha. Mereka melabuhkan punggung di sofa yang empuk.
"Belum lagi. Kita sama-sama pergi jelah majlis dia. Baru nampak mantap kan?" Adha berkata sambil tersenyum senget.
"Mana awek kau?" soal Adha kepadanya. Syail mengerutkan keningnya.
"Awek? Sejak bila pula aku awek?" soalnya kembali dengan wajah yang pelik.
"Arline. Nama dia Arline kan? Itulah, awek kau." kata Adha lalu tergelak kecil. Syaril memandangnya malas.
"Sejak bila pula minah sewel tu jadi awek aku? Dia tu dahlah pelik. Sewel, otak tak betul, macam orang gila. Kuat melawan lagi tu." ujar Syaril malas. Adha memandangnya dengan senyuman senget.
"Jangan macam tu bro, mana tahu dia jodoh kau. Apa je kau boleh buat? Suka atau pun tak, kau kena terima dia," balas Adha kepadanya.
"Hmmm."
"Kalau kau tak nak dekat dia. Kau bagi jelah dekat aku. Aku janji, aku akan jaga dia dengan baik." ujarnya lagi. Syaril memandangnya dengan tajam.
"Aku dah kata banyak kali. Sekali je dia masuk ke dalam rumah aku, aku takkan lepaskan. Tak payah susah-susah nak jaga dia. Aku masih mampu jaga minah pelik tu," balas Syaril dingin.
Adha menyimpan senyuman dalam hati. Jelas sekali yang lelaki itu sukakan Arline, tetapi dia ego. Dia tak nak mengaku yang dia sukakan gadis itu.
'Kita tengok sampai mana kau sanjung ego kau bro. Aku yakin, kau sukakan Arline dan sayangkan dia. Tapi, kau tutup semuanya dengan ego kau.' desis hati Adha.
Yeayy update lagi bb❤️❤️
#macambiasalahsayang
#votedankomen❤️💕
ANDA SEDANG MEMBACA
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Misterio / Suspenso( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...
