31

4K 281 106
                                    

Puan Kayla tersenyum gembira kerana hanya beberapa minit sahaja lagi dia akan bergelar isteri untuk kali kedua.

Fikirannya terimbas waktu dia bernikah dengan arwah suaminya. Mereka hidup bahagia sahaja dan dia bahagia dengan kekayaan suaminya.

Namun, Puan Kayla hanya memahukan suaminya mewariskan 'mereka' kepadanya. Tetapi, suaminya sanggup memberikan itu kepada anaknya, Nurul Arline.

Mengingati nama Arline membuatkan marahnya membuak-buak. Dia sangat bencikan gadis itu. Dan dia tidak pernah menganggap Arline sebagai anak kandungnya sendiri.

"Aku harap sangat kau cepat mati! Aku benci kau, muka kau pun aku benci sampai mati. Aku menyesal lahirkan kau dekat dunia ini." ujar Puan Kayla dengan mata yang penuh kebencian.

"Tak apa, Kayla. Lepas je kau khawin dengan Amri, kau bunuh je gadis sial tu. Supaya hidup kau akan lebih tenang." ujar lagi lalu tersenyum sinis.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk."

Puan Kayla lantas menoleh kearah seorang gadis muda yang melangkah masuk ke dalam. Bibirnya menguntumkan senyuman manis.

"Dah siap ke?" soal gadis itu kepadanya. Puan Kayla menganggukkan kepalanya tanda dia mengiyakan apa yang dikatakan oleh gadis itu.

"Jom, kita keluar. Pengantin lelaki dah sampai." kata gadis itu dan sekali lagi Puan Kayla menggangukkan kepalanya.

'Tak sabar nak khawin dengan awak sayang.' kata Puan Kayla di dalam hati tuanya.








Syaril melihat kearah Arline yang elok sahaja tidur di dadanya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil. Kepala gadis itu diusap dengan lembut.

"Siapa yang berani kacau kau? Kenapa orang bencikan kau? Dan kenapa kau berperangai pelik?" soal Syaril dengan perlahan. Bibirnya mengeluh.

"Dulu, kau kuat melawan, kasar dan berani. Tapi, kenapa sekarang kau berubah jadi lemah?" soalnya lagi. Matanya tidak lepas dari memandang wajah cantik milik Arline.

Syikin dan Karl yang duduk di bahagian depan hanya diam sahaja. Mereka berdua sama sekali tidak dengar apa yang dikatakan oleh Syaril kerana suara Syaril cukup dia dan Arline sahaja yang dengar.

Setelah mengambil masa dua jam, akhirnya mereka sudah sampai di rumah agam milik Syaril yang mewah.

"Bro, Arline macam mana? Perlu kejutkan ke?" soal Karl. Syikin pula sudah hampir terlelap kerana terlalu penat.

"No need. Terima kasih hantar kami." ucap Syaril dingin. Karl hanya mengangguk dan tersenyum sahaja.

Syaril keluar terlebih dahulu sebelum dia mencempung tubuh Arline dengan berhati-hati. Gadis itu menggeliat kecil.

"Hati-hati." Seusai sahaja Syaril berkata begitu, Karl dan Syikin sudah melangkah pergi meninggalkan kawasan perumahan agam milik Syaril.

Syaril memandang kearah Arline yang menggeliat kecil. Mata gadis itu terbuka dan memandang kearahnya.

"Erk..turunkan saya. Saya boleh-----"

"Tidur,"

Syaril lantas memotong percakapan Arline dan mulai membuka langkah masuk ke dalam rumah. Arline berasa malu.

"Tapi------"

"Diam! Dan tutup mata, tidur,"

Arline terus mendiamkan diri setelah mendengar suara dingin Syaril. Dia terus memejamkan matanya seperti yang diarahkan oleh Syaril.

Tidak sampai seminit, Arline sudah terlelap. Syaril hanya mengganguk sahaja apabila kesemua anak buahnya menyapa dia.

Tingkat diatas ditujui dan melangkah kearah bilik Arline. Sampai sahaja di bilik Arline, dia terus meletakkan tubuh Arline di atas katil dengan penuh berhati-hati.

Selimut ditarik hingga keparas bahu. Darah yang masih bertanda di kepala gadis itu diusap dengan perlahan. Dahi Arline dicium sekilas.

"Jangan jauh dari aku. Walaupun kau pelik, tapi aku sayang kau. So, please jangan hilang lagi." kata Syaril dengan mata yang tidak lepas memandang wajah gadis itu.

Baru sahaja dia ingin melangkah keluar, dia terdengar gadis itu bersuara menyeru namanya. Mata Arline seperti ingin menangis.

"Awak..jangan tinggalkan line." rayu Arline lalu berdiri dan memeluk tubuh Syaril. Airmatanya mengalir dengan deras.

"Shh! Aku tak pergi mana-mana pun. Kita tidur eh?" ujar Syaril lembut. Arline meleraikan pelukannya lalu memandang tepat ke dalam anak mata Syaril.

"Awak jangan pergi mana-mana tau. Temankan line tidur." kata Arline lalu mengesat airmatanya. Syaril tersenyum kecil melihat gadis itu.

"Tak. Jom, kita tidur."

"Erk..tidur? Sekatil?" soal Arline dengan pucat. Takkan nak tidur sekatil dengan lelaki. Memang dia tak naklah.

"Tidur sekatil. Kenapa? Ada masalah?" soal Syaril pula kembali. Arline menelan air liur dengan susah. Dia tidak berganjak sedikit pun dari tempatnya.

'Ini kerja gila. Gila ke apa? Takkan nak tidur sekatil kot?' getus hati Arline.

"Hahahaha."

Arline memandang pelik kearah Syaril yang tergelak sendiri. Selama dia kenal lelaki itu, tidak pernah sekali pun dia lihat lelaki itu senyum apalagi gelak.

"Aku gurau je pelik. Kau tidur kat katil, dan aku tidur kat sofa." kata Syaril kepadanya. Arline menghembuskan nafas lega.

Syaril terus melangkah kearah sofa dan melabuhkan tubuhnya. Walaupun tak selesa, dia akan cuba untuk selesakan juga.

Arline berasa kasihan melihat Syaril. Dia tahu lelaki itu tidak sikap tidur di sofa. Dan dia pula senang sahaja tidur di atas katil. Tidak adil bagi dirinya.

"Awak."

"Hemm,"

Arline menggarukan kepalanya. Syaril terus memandang kearah Arline dengan pelik.

"Erk..awak boleh tidur sekatil dengan line. Lagipun, katil ini milik awak dan-----"

"Milik kau juga, semua benda dalam rumah ni milik kau juga bukan aku seorang," cantas Syaril dengan laju. Arline terdiam.

"Kau nak aku tidur sekatil dengan kau?" soal Syaril dan Arline menggangukkan kepalanya dan tersenyum kepada Syaril.

"Yup. Sebab line tahu awak tak selesa. Jadi, awak boleh tidur dengan line. Tapi, tak boleh rapat," balas Arline dan Syaril mengganguk setuju.

Mereka berdua naik ke atas katil dan Arline meletakkan bantal sebagai tembok bagi mereka berdua.

"Hah ni sebagai penghalang kita. Lelaki bukannya boleh percaya sangat." ujar Arline selamba. Syaril menggelengkan kepalanya dengan sikap gadis itu. Baginya, sikap gadis itu comel sahaja.

"Apa-apa jelah, pelik."

Selepas berkata begitu, dia terus melelapkan matanya. Arline pula tersenyum kecil melihat lelaki tersebut.

"Selamat malam heroku." ucap Arline sebelum turut melelapkan matanya. Syaril tersenyum kacak mendengarnya.

'Goodnight too my girl,'






Puan Kayla sudah duduk di atas pelamin, bibirnya tidak henti menguntumkan senyuman. Amri pula tersenyum sinis namun dipandangan Puan Kayla senyuman tersebut adalah senyuman yang ikhlas.

Baru sahaja tok kadi bersuara di hadapan pengantin lelaki, angin kuat tiba-tiba sahaja muncul. Puan Kayla berasa tidak sedap hati.

Dalam keadaan yang tidak berapa elok, matanya tertancap kearah suatu yang seakan dia tidak percaya. Matanya tidak lepas memandang kearah tersebut.

"Tak..mungkin."

Ujarnya perlahan seakan tidak percaya. Matanya penuh dengan kebencian melihat kearah tersebut. Dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Dan dia pasti hari perkhawinannya akan hancur disebabkan orang tersebut.

'Arghhhh! Memang nak kena dengan aku. Tunggu jelah nasih kau.'



Done update sayangkuuuu❤️❤️❤️seperti biasa jangan lupa tekan vote dan komen okeyh❤️❤️❤️Siapakah yang Puan Kayla nampak? semuanya akan terjawab pada chapter seterusnya bb❤️❤️papaii samekom❤️.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now