Hari itu adalah hari perkhawinan Syikin dan Adha. Kedua pasangan itu bagaikan pinang dibelah dua. Sama cantik dan sama kacak.
Ramai tetamu yang datang ke majlis tersebut. Semuanya terdiri daripada golongan yang kaya.
Syaril bersama keluarga kecilnya sedang menikmati makanan yang lazat yang terhidang disitu. Kehidupan mereka sangat bahagia tanpa gangguan sesiapa.
"Abang, Karl dan Elyna mana?" soal Arline kepada sang suaminya. Baru sahaja Syaril ingin menjawab. Kelibat Karl, Elyna, Eryna, Amri,Yarham dan Meimei sudah datang menghampiri mereka.
"Awal korang sampai eh?" kata Karl kepada mereka. Arline tergelak kecil. Pandangannya jatuh melihat kearah kawannya Meimei yang sudah bergelar isteri Yarham 2 bulan yang lalu. Pertemuan mereka sama sekali tidak dirancang.
Mereka bertemu sewaktu Arline melahirkan anak mereka dan Meimei datang menjenguknya. Memandangkan mereka masih setia berhubung lagi melalui 'mereka'.
"Makin cantik kau eh? puji Arline kepada rakannya.
"Aku memang selalu cantik pun," balas Meimei disambut gelakkan dari mereka. Antara mereka semua, hanya Syikin dan Adha sahaja yang belum berkhawin kerana mereka berdua sering sahaja bergaduh tetapi siapa sangka mereka sudah menjadi suami isteri pada waktu itu.
Arline tersenyum gembira mendapat kebahagian yang dia ada tika itu. Jika dulu dia tidak pernah mendapat kasihsayang semenjak arwah ayahnya meninggal, Allah telah gantikan kebahagian itu berkali ganda.
"Jom, kita ambil gambar dengan pasangan sweet tu." ajak Yarham lalu dibalas anggukan dari yang lain. Mereka yang lain sudah menuju keatas pelamin. Syaril menahan tangan isterinya.
"Kenapa?"
"Duduk dulu." Arah Syaril dan Arline hanya menurut sahaja. Syaril membisikkan sesuatu di telinga isterinya.
"Thankyou dear sebab sudi jadi isteri abang, jadi ibu kepada anak abang. Abang sayangkan sayang dunia akhirat. Abang cintakan sayang sepenuh hati abang. Walaupun, sayang dulu agak pelik dan gila tapi sayang dah berjaya membuatkan abang jatuh cinta dekat sayang. I love you my strange wife." kata Syaril sebelum menjarakkan semula dibibir. Arline tersenyum bahagia.
"Sama-sama, abang. Sayang nak berterima kasih juga sebab sudi terima sayang dalam hidup abang. Sudi curahkan kasihsayang abang dekat sayang. Sayang bersyukur sangat. I love you to, my husband," balas Arline. Syaril mengucup tangan Arline dan dahinya.
"Jom." ajak Syaril. Mereka bertiga termasuk anaknya menuju ke atas pelaminan untuk mengambil gambar bersama pengantin baru.
Kehidupan mereka semua bahagia tanpa ada gangguan. Dan Syaril sangat mencintai isterinya. Pertemuan mereka sama sekali tidak dirancang dan bila berjumpa sering sahaja bergaduh. Tetapi, akhirnya mereka menjadi pasangan yang paling bahagia.
Syaril memandang wajah isterinya dengan penuh minat. Tidak sangka, dia jatuh hati dengan gadis pelik seperti Arline. Disebabkan, adanya 'mereka' membuatkan diriny dianggap pelik sebab dia mempunyai kuasa yang luar biasa.
Bagi, 'mereka' pula. Arline telah menyimpannya di tempat tinggal 'mereka'. Hanya akan keluar bila Arline perlu sahaja.
'Just Nurul Arline in my heart. I love her so much. Aku tak sanggup kehilangan dia. Walaupun dia pelik tapi dia istimewa bagi aku.'
Tamatlah sudah cerita Strange Wife.
Terima kasih kerana sentiasa menunggu update dari auhtor, maafkan segala kekurangan dalam cerita ini🌸💕Jumpa lagi dan terima kasih sekali lagi💕❤️
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...