SPECIAL CHAPTER 1

3.8K 190 25
                                    

10 tahun kemudian...

Arline bermain dengan anak mereka yang ketiga. Dia tersenyum gembira bersama anaknya yang berjantina perempuan. Dia dan Syaril mempunyai 3 orang cahaya mata. Dua orang lelaki dan seorang perempuan.

Anak keduanya bernama Mohammad Aykal Aizat dan yang bongsu bernama Qistina Muhayyah. Hidup mereka sangat bahagia dengan keluarga kecil yang mereka ada.

"Ibu, mana ayah? Angah pun mana?" soal anak pertamanya Muhammad Syahmi. Arline melihat ke arahnya. Syahmi sudah berusia 9 tahun pada waktu itu.

"Ayah dengan angah keluar. Ibu suruh beli barang dapur. Kenapa?" soalnya kembali. Syahmi tersengih lalu duduk bersebelahan dengan ibunya.

"Takdelah. Syah tanya je. Sebab mereka berdua takde dekat rumah. Biasanya waktu macam ni, Syah dah nampak ayah dengan angah dekat sini," balas Syahmi kepada Arline. Gadis itu mengganguk faham.

"Haii, adikku sayang. Meh sini main dengan along. Alalala..comelnya adik along ni. Geram along." kata Syah lalu mendukung adiknya yang sudah berusia 1 tahun. Budak kecil tersebut tergelak suka akan dirinya.

"Alalala..suka ye dia. Along sayang adik." katanya lagi lalu mengucup pipi adiknya dengan lembut. Arline tersenyum suka melihat anak sulungnya yang sangat penyayang.

Qistina tergelak suka dengan abangnya yang melayan dirinya dengan sangat baik. Dia menepuk-nepuk pipi Syahmi dengan gelakkan. Syahmi hanya membiarkan adik bongsunya melakukan itu. Malah dia lagi suka.

"Syah?"

"Ye, ibu?"

"Macam mana dengan sekolah? Semua okey ke?" soal Arline kepadanya.

"Okey je bu," balasnya dengan senyuman kecil. Arline mengganguk faham. Dia melirik ke wajah Syahmi dan Qistina yang tidak jauh beza.

"Dah. Mari sini. Kesian dekat along kena dukung adik. Dahlah adik berat," kata Arline lalu ingin mengambil Qistina dari Syahmi namun dihalang oleh anak lelakinya.

"Eh, takpe. Takde berat sangat pun. Syah masih boleh nak dukung adik," balas Syahmi kepadanya. Arline perlahan-lahan mengganguk faham dengan apa yang dikatakan oleh anak sulungnya. Selepas beberapa minit, Syaril dan Aykal menuju ke arah mereka bertiga.

"Sayang?"

"Eh, abang. Lajunya abang pergi barang,"

"Biasalah. Suami sayang kan kalau buat kerja sentiasa cepat," balas Syaril dengan riak. Arline menjulingkan bebola matanya keatas.

"Apa-apa jelah. Mana barang yang sayang suruh beli?"

"Ouh. Abang dah suruh pembantu rumah kita angkat baru tu bawa ke dapur sayang,"

"Ha yelah,"

"Adik!! Nak peluk!"

"Eh, no! Angah dari luar dan belum mandi. Tak boleh pegang adik,"

"Apa ni? Angah nak peluk adik! Bagi adik dekat angah,"

"No! I said no! Kena mandi dulu baru boleh peluk adik. Faham?"

"Haih..yelah. Faham," balas Aykal pasrah dengan sikap abangnya. Syahmi tersenyum senget.

"Good. Sekarang angah pergi mandi,"

"Yelah," balas Aykal lalu menuju ke biliknya yang berada di tingkat atas. Arline dan Syaril menggelengkan kepala mereka.

"Along kenapa tak bagi je angah peluk adik? Kesian dekat angah tu." tegur Syaril kepada anaknya.

"Tak boleh. Angah belum mandi. Ayah nak ke adik kena kuman? Along tak nak adik kena sakit pula," balas Syahmi dingin. Syaril hanya pasrah. Sikap anaknya sangat persis dengan dirinya.

"Dah. Sekarang abang pergi bersihkan diri dulu. Kalau dah selesai, abang turun bawa makan. Along pula tolong jagakan adik. Ibu nak masak dulu," kata Arline dibalas anggukan dari mereka berdua.

Dia terus menuju ke dapur untuk memasak manakala Syaril pula menuju ke bilik mereka untuk membersihkan diri.

Syahmi memandang wajah adiknya dengan penuh minat. Sangat cantik dan manis. Sama seperti ibunya.

"Along sayang adik." katanya lalu memeluk tubuh adiknya dengan erat bersama senyuman yang lebar. Dia bermain dengan Qistina sementara ibunya sedang memasak.




Done special chapter for korang❤️.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang