44

4.7K 268 11
                                    

Arline termenung sendiri memikirkan nasib ibunya yang berada dalam genggamnnya musuh Syaril. Airmatanya mengalir setitik demi setitik. Hatinya diselubungi perasaan risau.

Syaril pula sedang berkumpul dengan rakan dan anak buahnya untuk membuat persediaan menyerang kumpulan fei.

"Ibu, tunggu kami datang selamat ibu eh." ujar sendiri dengan senyuman hambar. 'Mereka' memandang Arline dengan perasaan kasihan.

"Tuan."

Arline mengahlikan pandangannya kearah 'mereka'. Dia menanti butir bicara yang akan dikatakan kepadanya.

"Nana sudah mula bertindak."

Arline tersenyum sinis. Akhirnya, gadis itu sudah mengeluarkan belangnya. Dia yakin yang Eryna akan terkejut apabila mengetahui hal yang sebenar.

"Mulakan kerja korang. Salah seorang menyamar menjadi aku dan pergi ke rumah sewa milik Eryna." Arah Arline berkata.

"Baik, tuan."

'Mereka' terus lesap dengan sekelip mata. Arline tersenyum sendiri. Tak lama lagi rahsia akan terbongkar dan dia pasti Eryna akan menyesal.

'Suprise, Eryna.'





Bunyi loceng milik rumahnya berbunyi. Eryna melangkah menuju kearah pintu untuk melihat siapa yang datang.

Pintu rumah dibuka, terlihat susuk Arline di hadapan rumahnya. Eryna dengan wajah yang malas memandangnya.

"Kau nak apa?"

"Takde apa, just nak bagitahu yang kawan kau, Nana sudah mulai bertindak." kata Arline palsu kepadanya.

"Apa kau merepek ni?" bengang Eryna. Tajam anak matanya melihat Arline.

"Itu je aku nak beritahu kau. Kalau kau tak percaya, kau boleh pergi ke bilik Nana. Dia sekarang sedang berbual dengan seseorang." kata Arline palsu kepadanya.

Eryna berasa pelik dan jantungnya sudah berdegup dengan kencang. Dia terus meninggalkan Arline dan menuju ke bilik Nana.

Kakinya berhenti dihadapan pintu bilik Nana apabila dia mendengar suara gadis itu sedang berbual dengan seseorang melalui telefon.

"Aku tahulah kerja aku macam mana. Kau tak perlu risau. Lagipun, Eryna itu bodoh sebab percayakan aku berbanding adik dia. Tak sangka dia lebih percayakan aku daripada adik kandung sendiri." kata Nana lalu tergelak.

Eryna terkejut sehingga badannya terkaku. Airmatanya hampir sahaja jatuh membasahi pipi namun dia tahan dan terus mendengar perbualan Nana.

"Kalaulah dia tahu yang aku bunuh mummy dia dan bukannya Elyna, apa reaksi dia? Mesti dia terkejut kan? Hahaha." katanya lagi membuatkan Eryna menangis tanpa suara.

Jadi, selama ini dia sudah salah tanggapan. Dia hampir sahaja membunuh adik kandungnya sendiri dan mempercayai Nana yang jelas musuh dalam selimut.

'Ya Allah, selama ini aku sudah salah sangka dengan adikku sendiri.' desis hati Eryna.

Dulu, kehidupan Eryna dan Elyna elok sahaja dan bahagia. Dan waktu Elyna, Eryna dan Nana keluar bersama arwah mummynya, mereka gembira sahaja.

Sehinggalah, waktu hendak pulang ke rumah, Eryna terlebih dahulu pergi untuk mengambil keretanya dan membiarkan adik kembarnya bersama dengan arwah mummynya dan Nana.

Ketika itu, Nana sudah memulakan rancangannya dengan membunuh arwah mummynya dengan tangannya sendiri dan turut mencederkan dirinya sendiri. Elyna terkejut melihat tindakan gila dari Nana dan terus menolak tubuh Nana darinya.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now