39

4.3K 279 29
                                    

Puan Kayla menjenguk buah hatinya, Amri. Lelaki tersebut masih belum sedarkan diri. Tetapi, apabila diperiksa oleh doktor, keadaannya stabil sahaja.

Wanita tersebut memerhati segenap wajah lelaki tersebut. Tenang sahaja dia melihatnya, daripada melihat wajah anak kandungnya atau anak iblis iaitu, Arline.

Dalam tidak diketahuinya, 'mereka' mengawasi perbuatan dan gerak-gerinya kemana sahaja dia pergi.

"Kalau terjadi sesuatu pada kau, aku takkan maafkan siapa yang buatkan kau macam ni. Aku yakin, ini mesti perbuatan dari makhluk setan perempuan sial tu!" katanya dengan penuh perasaan benci dalam hatinya.

"Kalau jantan tak guna tu tak wariskan 'mereka' dekat perempuan sial tu, aku takkan bencikan dia. Tapi, jantan tu lebih memilih dia daripada aku yang bergelar isterinya!" katanya lagi. 'Mereka' tersenyum sinis. Mujur sahaja arwah tuannya, iaitu ayah Arline mewariskan 'mereka' kepada anaknya dan bukan isterinya. Kalau tak, mungkin 'mereka' pun akan menjadi jahat seperti Puan Kayla.

"Arline, aku takkan benarkan kau bahagia! Takkan! Selagi aku tak dapat apa yang aku mahu, selagi itu aku takkan berdiam diri." sinis dia berkata lalu tersenyum jahat.

Rambut Amri dibelai dengan lembut dengan senyuman manis terukir di bibirnya. Dia mencintai lelaki itu dan sanggup buat apa sahaja.

"Cepat sedar dan sembuh seperti biasa." kata Puan Kayla lalu meletakkan kepalanya pada tepi katil sebelum mata dipejamkan.





Eryna dan Nana jalan bersama pada waktu itu. Mereka sama sekali tidak pernah menjenguk Amri yang terlantar di hospital. Bila lelaki itu sedar, tahulah apa yang mereka akan cakap.

Mereka berdua shooping dengan adanya kad kredit daripada seorang Dato yang menjadi sugar daddy kepada Eryna dan Nana.

Lepas satu kedai ke satu kedai yang lain. Tangan mereka sudah dipenuhi dengan barang yang mereka beli.

"Beb, jom balik. Aku dah penat." adu Nana kepada Eryna. Gadis itu hanya memandang wajah rakannya yang bersih tanpa jerawat.

"Jom," balas Eryna. Nana tersenyum suka dan kedua gadis itu melangkah keluar dari mall tersebut dan menuju ke tempat parking kereta.

Dalam perjalanan ke tempat parking kereta, mereka bertembung dengan Syikin. Syikin hanya seorang diri sahaja waktu itu.

"Wow! Ada gadis acah baiklah." perli Eryna kepada Syikin. Nana tergelak sinis. Manakala, Syikin memandang kosong kearah dua gadis itu.

"Aku tak nak cari pasal dengan iblis macam kau. Jadi, tolong tepi sikit. Aku nak cepat." dingin Syikin berkata namun disambut gelakkan dari Nana dan Eryna.

"Wah, iblis? Beb, kau dengar tak? Dia kata iblis beb. Kelakar." kata Nana pula. Syikin menggengam tangannya bentuk penumbuk.

"Korang nak apa? Jangan buang masa aku dengan perangai tak semegah korang ni." ujar Syikin dengan pandangan yang tajam.

"Kami nak apa? Em, kau nak apa beb?" soal Nana kepada Eryna.

"Aku nak kau jauhkan diri kau dari adik aku. Meluat tengok muka kau yang tak seberapa cantik tu. Rimas! Tahu tak rimas? Kau dengan adik aku, dua kali lima je. Jadi, tolong jauhkan diri kau." keras Eryna berkata. Syikin tergelak sinis.

"Tch! Kau merepek apa ni? Jauhkan diri? Kenapa aku mesti jauhkan diri? Semestinya, aku kena jauhkan diri dari kau sebab kau tu kuman. Kuman tak boleh dekat dengan aku sebab takut aku terjangkit pula," sinis Syikin membalas dengan senyuman mengejek.

"Mulut tu jaga sikit! Kau siapa nak kata macam tu?" marah Eryna kepadanya.

"Manusialah takkan iblis macam kau," pedas Syikin menjawab kepada Eryna. Eryna terus menamparnya, tetapi tamparan tersebut dapat ditahan oleh Syikin dan mencengkamnya dengan kuat.

"Kau jangan berani sentuh aku. Aku jijik! Tangan kau ni dah kotor! Dah berbagai jenis lelaki pegang kau! Jijik aku! Tangan kau yang kotor, tak layak sentuh muka aku yang suci dan cantik ni." ujar Syikin dengan senyuman sinis. Cengkamannya semakin dikuatkan, membuatkan gadis itu mengerang kesakitan.

"Arghh!! Sakitlah sial!" marah Eryna namun tidak dihiraukan oleh Syikin. Sesakit yang Eryna rasa tak seperti Elyna. Gadis itu sudah banyak menderita disebabkan kakak kembar dia yang tak guna.

"Woiii! Lepaskanlah!" pekik Nana dan cuba melepaskan cengkamannya Syikin. Tetapi, Syikin terlebih dahulu menyepak perut Nana dengan kuat sehingga gadis itu terjatuh dan terdorong ke belakang.

"Auch!" Nana memegang perutnya yang terasa senak. Eryna memandang Syikin dengan perasaan marah. Sebelah tangannya diangkat lalu ingin menampar Syikin, namun sekali lagi tamparan tersebut ditahan olehnya.

"Asal lemah sangat? Goda orang tak lemah pula?" sinis Syikin. Eryna mengerutkan dahi menahan kesakitan.

Syikin melepaskan cengkamannya dan menumbuk perut Eryna dengan kuat sehingga gadis itu terbatuk. Dia tersenyum puas melihat keadaan dua gadis tersebut.

"Jangan cari pasal aku. Itu baru sikit, betina sial. Kalau kau tak nak mati awal, baik jangan cari nahas dengan aku." amaran Syikin sebelum melangkah pergi.

Eryna dan Nana memandang pemergian Syikin dengan pandangan tajam. Sakit hati kerana gadis itu telah mengerjakan tubuh mereka.

'Sial!'








Syaril melangkah masuk ke dalam bilik Arline setelah habis berbincang dengan rakan-rakannya. Matanya melihat kearah Arline yang sedang tidur dengan nyenyak.

Bibirnya mengukirkan senyuman kecil melihat gadis itu. Kaki melangkah mendekati Arline. Wajah gadis itu ditenung penuh minat dengan senyuman kacak.

"Tak sangka aku boleh jatuh cinta kau. Kau lain dari yang lain. Walaupun kau agak pelik tapi kau sangat istimewa bagi aku." ujarnya ikhlas.

"Aku janji aku akan jaga kau dengan baik. Aku janji yang aku akan berikan kau kebahagian. Kalau dulu, ibu kau selalu pukul kau, sekarang aku tidak benarkan lagi. Aku akan pastikan ibu kau akan mendapat balasan." katanya dengan serius.

"Aku tak sanggup hilang kau, pelik. Aku sayang kau dan cintakan kau. Tapi, aku tak tahu kau cintakan aku ke tak." katanya dengan keluhan dibibir.

Bibirnya dirapatkan pada dahi Arline dan mengucupnya dengan lembut. Dia sangat sayangkan gadis itu seperti nyawanya sendiri.

"Goodnight my future wife. Sweet dreams. I love you."

Selepas berkata seperti itu, dia terus melangkah keluar. Dia tahu yang gadis itu selalu dipukul oleh ibunya. Tetapi, dia tidak tahu lagi apa yang dikatakan oleh anak buahnya betul atau tak.

Berdasarkan maklumat yang dia dapat, gadis itu sering dipukul kerana melakukan syirik dan orang kampung menggelarkannya perempuan sihir dan sebagainya.

Tetapi, dia masih ragu-ragu hendak percaya ataupun tidak. Tapi, dia yakin yang gadis itu tidak melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Pasti ada hal yang lain.

Dia tetap percayakan Arline kerana dia sudah sayangkan gadis itu dan dia mestilah mempercayai Arline.

Done update❤️
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang