17

3.6K 262 58
                                    

Elyna keluar dari kereta dan melangkah masuk ke dalam sebuah cafe. Setelah berada di dalam, matanya meliar mencari kelibat seseorang. Bibirnya mengukirkan senyuman setelah melihat susuk orang yang dia cari.

Kaki melangkah menghampiri meja tersebut dan terus melabuhkan punggungnya di hadapan orang tersebut dengan senyuman manis.

"Assalamualaikum, awak. Maaf sebab buat awak menunggu lama." ujar Elyna kepada orang tersebut.

"Waalaikumsalam, tak apa. Saya pun baru je sampai awak," balas orang tersebut kepadanya. Elyna menggangukkan kepalanya dengan senyuman.

"Awak kenapa belum pesan makanan?" soal Elyna pelik. Mata tidak lepas memandangnya.

"Saya tunggu awak,"

"Buat apa nak tunggu saya?"

"Awak kan buah hati saya," balas orang tersebut membuatkan Elyna menjadi malu. Dia hanya tersenyum sahaja sambil menggaru keningnya.

"Merepek je kau ni Karl." kata Elyna menghilangkan rasa malu dan hati yang berdebar. Karl tergelak kecil melihat buah hatinya yang jelas malu terhadapnya.

"Awak nak malu buat apa? Tak lama lagi nak bertunang. Awak kenalah biasakan diri awak dengan aku." ujar Karl dengan lembut membuatkan Elyna tersenyum lebar.

Karl Macross seorang jejaka yang tampan dan berkacukan Inggeris. Merupakan seorang CEO Jaya Holding's. Mempunyai seorang adik yang bernama Qistina Asyikin yang berupa menawan dan baik hati. Dia juga merupakan rakan kepada Syaril sejak sekolah menengah lagi. Namun, dia tidak sempat bertemu dengan rakannya itu kerana dia ada hal yang diuruskan di Amerika.

Mereka memesan makanan kepada seorang pelayan. Setelah selesai, mereka kembali borak seperti biasa.

"Urusan awak dekat Amerika dah selesai?" soal Elyna prihatin kepada bakal tunangnya. Karl menggangukkan kepalanya.

"Yup, dah selesai awak," balas Karl lalu dibalas anggukan dari Elyna. Senyumannya mati bila mendengar soalan dari Karl.

"Kakak awak  masih bencikan awak ke?" soal Karl ingin tahu. Elyna tersenyum tawar sebelum dia mengganguk.

"Akak masih bencikan saya. Salahkan saya nak berbaik dengan dia? Saya rindukan kakak saya yang dulu. Tak boleh ke dia menjadi seperti dulu?" sayu Elyna berkata dengan mata yang berkaca. Mengenangkan hubungan dia dengan kakak kembarnya membuatkan dia berasa sedih.

"Awak janganlah macam ni. Inshaalllah kakak awak akan jadi seperti dulu. Awak kena bersabar jangan putus asa." pujuk Karl. Nak peluk tapi haram pula, belum ada ikatan sah lagi. Hanya mampu tengok jelah.

"Okey,"

Karl tersenyum bahagia. Baginya, Elyna sangat sempurna dimatanya. Baik hati, cantik, budi pekerti, pendek kata perfect.

"Mana adik awak? Biasanya awak akan datang sekali dengan dia waktu jumpa saya." ujar Elyna pelik. Biasanya,adik buah hatinya akan ikut kemana sahaja Karl pergi.

"Oh...Syikin. Tak lama lagi dia sampai, ada hal yang dia urus lagi," jelas Karl kepada bakal tunangnya.

Sedang elok mereka berborak, ada seorang gadis cantik molek mengambil tempat duduk disebelah Elyna dengan sengihan dibibirnya.

"Assalamualaikum. Hye, kakak ipar yang cantik."  kata gadis itu dengan riang lalu memeluk tubuh Elyna dengan erat. Elyna tergelak melihat gelagatnya.

"Adik, janganlah peluk sangat, kang mati anak orang tu."  tegur Karl membuatkan Syikin menyampah.

"Eh, suka hatilah, abang cemburu en sebab tak dapat nak peluk akak lyna. Abang kena sabar eh, tunggu kahwin baru boleh peluk." kata Syikin dengan senyuman mengejek.

"Menyampah pula aku."

Elyna tergelak lalu kepala digelengkan. Dua beradik tu ada sahaja benda nak digaduhkan. Tetapi, mereka adalah pasangan adik beradik yang sweet.

"Syikin makin cantik eh. Guna apa?" soal Elyna ingin mengusik bakal adik iparnya. Gadis kecil itu tergelak mendengar pujian darinya.

"Syikin guna bomoh,"

Tuk!

"Auch!''

"Guna bomoh kepala otak kau. Cuba cakap yang betul-betul." kata Karl dengan senyuman sinis membuatkan Syikin berasa marah. Nak je dia cekik abang dia yang hensem tu.

"Sengal,"

"Jangan khawin dengan dia kak, dia ada sakit mental." selamba sahaja Syikin menuturkan katanya. Karl pula sudah menahan geramnya dengan sikap adiknya.

"Dah, jangan nak gaduh. Makanan dah sampai, jom kita makan. Awak baca doa." pinta Elyna lalu karl membaca doa makan. Setelah membaca doa, mereka menjamu makanan dengan penuh selera.





Eryna tersenyum sinis mengenangkan rancangannya dengan Amri. Selepas berjaya mendapat harta wanita tua itu, dia akan tinggalkan Amri, senang kata bunuh lelaki tersebut.

Walaupun Amri mempunyai rupa yang kacak, namun dia tetap tidak suka. Dia hanya nak mempergunakan sahaja lelaki itu.

"Beb, kau pasti ke rancangan kau berjaya?" soal rakannya kepada Eryna. Bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

"Mestilah berjaya, orang tua tu dah masuk perangkap Nana.'' ujar Eryna yakin kepada rakannya yang bernama Nurul Amanda atau dikenali sebagai Nana.

"Yes, tak sabarlah beb, orang tua tu dahlah kaya. Mesti harta dia berkepuk-kepuk kan?" kata Nana dengan teruja membuatkan Eryna tergelak kecil.

"Memang kaya pun. Lepas je aku dapat harta tu, aku akan suruh orang upahan aku bunuh Amri sekali dengan orang tua tu." kata Eryna dengan senyuman penuh bermakna.

"Tapi, bukan kau kata dia ada anak perempuan ke?" soal Nana pelik.

"Alah perempuan je kot. Senang aje nak handle sampah tu. Jangan risau," balas Eryna dengan yakin sekali.

"Okey, bila dah dapat harta dia beb, kongsilah dengan aku eh. Banyak benda aku nak beli ni, okey?" kata Nana sambil membuat muka comel.

"Mestilah, harta tu kita kongsi bersama," balas Eryna lalu ruangan tersebut bergema dengan suara gelak tawa mereka.

"Kau masih tak berbaik dengan adik kau ke, Elyna?" soal Nana kepadanya. Mendengar sahaja nama tersebut membuatnya Eryna hilang mood.

"Kenapa kau sebut nama sial tu? Jangan nak rosakkan mood akulah setan! Dia bukan adik aku!" suara Eryna naik seoktaf membuatkan Nana menjadi seram.

"Chill lah beb, aku tanya je kot."  kata Nana ingin menenangkan Eryna yang tiba-tiba sahaja naik angin setelah mendengar nama Elyna.

"Jangan sebut nama dia lagi."

"Okey,"

Akhrinya, Nana mengambil keputusan untuk tidak bertanya mengenai hal Elyna lagi. Tak pasal-pasal ada yang jadi singa .

'Aku benci kau! Aku takkan pernah anggap kau adik aku. Elyna dah lama mati!' desis hati Eryna.

So kita up lagi gais, jangan lupa vote dan komen.❤

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now