Elyna termenung jauh memikirkan peristiwa yang menimpa dirinya beberapa jam yang lalu. Dia berfikir siapakah orang yang ingin membunuhnya? Setahunya dia tidak pernah pun bermusuhan dengan sesiapa.
Tetapi, dia bersyukur kerana dia masih hidup. Ini semua atas pertolongan seseorang yang membantunya.
Flashback
Pin! Pin!
No! AKAK!
Jerit Syikin seperti orang gila. Airmatanya sudah mengalir dengan deras. Elyna pula seperti berada di dalam dunianya sendiri.
Belum sempat dirinya dilanggar, secara tiba-tiba kereta tersebut hilang kawalan dan menghala kearah lain. Jika sebelumnya kereta tersebut menghala kearah Elyna, namun tidak kali itu. Kereta tersebut bertembung dengan kereta lain.
Streetttt
Bam!
"Akak!"
Jerit Syikin lalu memeluk erat tubuh kakak iparnya dengan airmata. Dia menangis tersendu-sendu melihat Elyna yang hanya berdiri kaku sahaja.
"Akak! Okey tak ni?" soal Syikin dengan risau. Elyna tersentak, jantungnya berdegup dengan laju. Perlahan-lahan dia menggangukkan kepala lalu tersenyum.
"Akak okey,"
Jawab Elyna menyakinkan gadis tersebut. Kucing yang tadinya ada sudah hilang entah kemana. Mungkin kucing itu sudah pergi ke tempat lain. Dia tersenyum lega.
"Jom, kita pulang."
"Jom!"
End Flashback.
Sampai waktu itu dia berasa pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja kereta itu bertukar haluan. Itu yang dia fikirkan tika itu.
"Hmm..siapalah yang berdendam dengan aku ni." gumamnya perlahan. Kepala digelengkan sebelum dia menuju ke katil untuk merehatkan badan sekaligus merehatkan fikirkannya.
Tidak sampai berapa minit, Elyna sudah terlelap dengan lena sekali. Malas nak ambil tahu dan dia berasa penat kerana hampir seharian mereka keluar pergi ke mall.
Karl memandang adiknya dengan pandangan tajam. Bukannya dia tidak tahu yang adiknya sedang diekori orang seseorang.
Syikin yang melihat pandangan tajam dari abangnya hanya tersengih tidak bersalah sahaja.
"Kenapa abang pandai Syikin macam tu? Tahulah Syikin cantik, tak payahlah nak tengok sampai nak terkeluar biji mata tu.'' ujar Syikin menambahkan lagi geram Karl.
"Abang dah kata jangan pergi jauh kan. Asal adik jalan jauh sangat. Kalau terjadi sesuatu dekat adik macam mana? Abang juga yang susah tahu tak!" geram Karl dengan sikap Syikin yang hanya menunjukkan riak wajah tidak bersalah sahaja.
"Jangan risaulah abang. Adikmu yang cantik ni kan hebat. Macam abang dia, hebat." bangga Syikin membuatkan Karl berasa menyampah.
"Apa-apa jelah dik, adik tahu ke siapa nak ikut adik tu?" soalnya dingin. Syikin terus berubah muka. Wajahnya kelihatan dingin seperti abangnya.
"Adik tahu abang," jawabnya dengan dingin. Dia menghampiri Karl lalu membisikkan sesuatu di telinga abangnya sebelum dia menjarakkan bibirnya kembali.
"Shit!"
"Relax, okey. Adik dah belasah pun orang tu dengan secukup rasa dan perisa. So, tak payah marah-marah." ujar Syikin sambil tersenyum sinis. Karl membalas senyuman tersebut.
"Well, macam inilah adik abang,"
"HAHAHAHAHA."
Syaril melangkah masuk ke dalam bilik rahsia yang hanya ahli itu sahaja yang boleh masuk. Riak wajahnya sudah bertukar dingin dan serius.
Pintu bilik dibuka, dia terus melangkah masuk ke dalam. Sapaan dari anak buahnya dia hanya balas dengan anggukan.
"Yow! Bro kau dah sampai pun." kata Yasren kepadanya. Syaril hanya menggangukkan kepala lalu duduk berhadapan dengan rakan-rakannya.
"So, apa hal?" soalnya dengan kaki yang disilangkan dengan rambut yang depan yang sikit terjuntai.
"Kumpulan Fei dah mula bertindak," kata Karl dengan serius. Yasren, Syikin dah Adha menggangukkan kepala mereka.
"Yup betul tu ril. Mereka ada serang aku waktu aku keluar dari pejabat abang. Tapi, jangan risau seperti biasa aku cepat bertindak." ujar Syikin dengan senyuman sinis. Syaril tergelak kecil.
"Well, sebab tu kau digelar Miss Queen." kata Syaril lalu dibalas gelakkan oleh gadis yang cantik molek itu.
Syaril adalah seorang Ketua Mafia pada tangga pertama. Pekerjaan keduanya adalah seorang ahli mafia. Semua orang tidak tahu pun dia adalah seorang ahli mafia. Orang hanya tahu dia adalah usahawan muda yang berjaya.
Diikuti dengan Karl, Syikin, Yasren dan Adha. Mereka juga merupakan ketua mafia pada kumpulan mereka masing-masing.
"Kau nak ambil tindakan ke?" soal Karl kepada Syaril. Lelaki itu berfikir sejenak sebelum dia menjawab.
"Nope! Kita biarkan saja mereka dulu," balas Syaril dengan senyuman sinis. Namun dia menjadi serabut bila mendengar apa yang dikatakan oleh Karl.
"Tapi, ada seorang gadis yang mereka target ril. Gadis itu yang kau tolong waktu kau ada urusan dekat kampung dia." ujar Karl dengan serius.
"Apa hal pula kena libatkan minah tu! Aku tak kenal pun dia sial!" marah Syaril tidak berpuas hati.
"Kau yang tolong dia waktu dekat kampung. Dan mereka anggap gadis itu penting dalam hidup kau." sampuk Yasren pula. Syaril meraup wajahnya dengan kasar.
"Habis tu, korang nak suruh aku buat apa? Lindungi minah tu. Oh, come on! Dia bukan bini aku sial!" marah Syaril lagi dengan wajah yang bengis.
Dia sama sekali tidak menyukai gadis itu. Sudahlah pelik memanglah tak lah dia nak jadikan isteri. Tak ingin dia nak bercalonkan isteri yang berperangai pelik.
"Ril, takkan kau nak biar je musuh kau bunuh dia? Dia tak bersalah pun dalam hal ni. Jangan disebabkan kau, dia mati dibunuh oleh musuh kau." sampuk Syikin pula dengan serius.
"Semaklah!"
Yang lain hanya menggelengkan kepala melihat Syaril yang jelas tidak suka. Tetapi, nak buat macam mana. Dia kenalah bertanggungjawab, musuh dia bukan musuh mereka.
Arline tersenyum puas kerana dapat membantu Elyna dari kemalangan. Dialah yang mengarahkan 'mereka' untuk melakukan sesuatu kepada kereta tersebut.
Dia tahu yang kakak kembar kepada Elyna yang merancang semuanya. Namun, dia tidak mahu mengambil tindakan dulu. Dia ingin lihat sejauh mana permainan Eryna.
Setiap rancangan Eryna dan rakannya Nana dia akan pastikan rancangan mereka selalu gagal. Dia takkan benarkan kedua gadis itu melakukan sesuatu kepada gadis yang bernama Elyna.
Sebab kenapa dia membantu gadis itu? Sebabnya dia tahu yang Elyna adalah seorang gadis yang baik dan lemah lembut. Dia juga tahu masalah silam Elyna dan Eryna dulu yang membuatkan hubungan kedua kembar itu menjadi renggang.
"Eryna, Eryna. Asal kau bodoh sangat eh? Kalaulah kau tahu kebenaran yang sebenar. Mesti kau dah minta ampun dengan adik kau."
kata Arline sendiri dengan senyuman sinis.Dia tahu dalang yang membuatkan hubungan kedua kembar itu menjadi renggang. Dia tahu semuanya. Tetapi, dia tidak ingin beritahu. Biar Eryna teruskan sahaja rancangannya dan kebenciannya terhadap Elyna. Suatu hari nanti dia akan menyesal jika tahu kebenaran.
"Dasar bodoh!"
Katanya lalu tergelak jahat. Penuh ruangan biliknya dengan gelak tawa jahat miliknya. Tidak sabar nak menunggu hari dimana Eryna akan menyesal.
Done update lagi guys. Jangan lupa vote dan komen okey❤. So, korang dah tahu kan siapa Syaril, Syikin, Karl, Yasren dan Adha sebenarnya. Jumpa lagi sayang muahh❤❤❤❤
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...