38

4.2K 256 29
                                        

Ketua kumpulan Fei menengking kesemua anak buahnya kerana gagal menculik Arline. Suara lantangnya memenuhi segenap bilik tersebut.

"Aku suruh korang buat kerja yang senang je! Tapi, itu pun korang tak boleh buat! Lembab!" tengkingnya dengan wajah yang membengis.

Kalau diikutkan, mereka senang sahaja menculik gadis itu kerana tiada seorang pun anak buah Syaril ikut bersama lelaki itu.

Tapi, yang peliknya, mereka tidak berjaya. Dan anak buahnya yang lain sudah hilang ingatan dan tidak ingat apa-apa. Itu membuatkan lagi ketua dari kumpulan tersebut berasa marah.

"Walau apa cara sekalipun, aku nak korang culik dan bawa kesini perempuan tu! Kalau tak, nyawa korang aku ambil." ugutnya dengan keras. Kesemua anak buahnya sudah kecut perut.

"FAHAM TAK!"

"Faham boss!"

"Dah, korang semua berambus! Pastikan rancangan yang seterusnya korang berjaya" ujarnya lagi lalu dibalas anggukan dari anak buahnya sebelum mereka semua melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Sial! Aku akan pastikan gadis itu jatuh ke tangan aku! Walau apa cara sekalipun." tekadnya dengan perasaan yang membara.

Dia yakin yang gadis itu sangat istimewa kepada musuhnya Syaril. Dengan itu, dia ingin menangkap Arline dan menjadikannya mangsa.

Sudah lama dia perhatikan, namun menunggu masa untuk bertindak sahaja. Peluang dah ada, tetapi semuanya hancur apabila anak buahnya tidak berjaya.

"Syaril, aku akan pastikan gadis yang kau sayang akan jatuh di tangan aku." katanya lalu tergelak jahat.








Karl, Syikin, Syaril, Adha dan Yarham berkumpul di markas bersama anak buah mereka sekali. Wajah Syaril tegang sahaja dan bengis.

"So, apa cerita?" soal Karl kepadanya. Riak wajah masing-masing dingin sahaja.

"Kumpulan Fei bertindak lagi, shit!" marahnya dengan wajah yang bengis.

"Mereka dah melampau. Aku yakin mereka akan menculik Arline sebagai mangsa." sampuk Syikin pula kepadanya.

"Aku takkan biarkan itu terjadi, ikin. Takkan," balasnya dengan keras. Rakan-rakannya sudah menyimpan senyuman dalam hati. Nampak sangat yang lelaki itu sayangkan Arline.

"Kau dah sayangkan dia lah ni?" soal Adha pula sambil tersenyum senget membuatkan Syaril berasa menyampah.

"Woo! Kau sayangkan dia ke, Ril?" sampuk Yarham pula. Syaril memandang mereka dengan tajam.

"Yes! Aku sayangkan dia dan cintakan dia. Aku tak sanggup nak kehilangan dia lagi. Aku nak jadikan dia milik aku yang sepenuhnya," kata Syaril dengan tenang.

"What? Maksudnya, kau nak khawin dengan akak line ke?" soal Syikin dengan riak gembira. Syaril menggangukkan kepalanya.

"Wahhh! Abang, Syaril nak khawin abang. Kalau macam tu, ikin pun nak khawin juga. Adha jom khawin." ajaknya membuatkan Karl dan yang lain ternganga.

"Kau kenapa sengal? Memang taklah aku nak khawin dengan kau,"  ejek Adha membuatkan Syikin mencebik. Gurau sikit tak boleh. Tumbuk kang hah baru tahu.

"Aku gurau jelah. Kau ingat aku nak sangat ke khawin dengan kau? Eww! Muka macam sajat, ada hati nak khawin dengan aku," balas ikin tidak mahu kalah.

"Siapa yang nak khawin dengan kau? Kau yang tadi ajak aku!" geram Adha. Karl dan yang lain sudah menggelengkan kepala mereka.

"Jangan benci sangat bro. Nanti jadi macam Syaril. Mula-mula benci, lepastu sayang." sakat Yarham kepadanya.

"Tak ingin aku!"

Kata mereka berdua serentak. Mata mereka bertembung dengan pandangan yang tajam. Masing-masing tidak mahu kalah.

"Lelaki sengal!"

"Minah goblok!"

"Dah, diam! Sebelum aku khawinkan korang berdua!" marah Karl menghentikan pergaduhan pasangan yang tidak berapa sweet itu.

"Fine!"

Mereka berdua terus mendiamkan diri dengan riak wajah tidak puashati. Yarham pula tergelak kecil melihat mereka.

"Bila kau nak langsungkan perkhawinan kau?" soal Karl kepada Syaril. Tak sangka lelaki itu akan mendahuluinya.

"Secepat mungkin," balas Syaril lalu dibalas anggukan dari mereka.

"Baguslah kalau macam tu. Aku pasti kumpulan fei akan perhatikan gerak-geri kau. Kau kena pastikan kawalan keselamatan dalam rumah kau lebih diperketatkan." kata Karl lagi serius.

"Itu semestinya bro. Nyawa dia adalah nyawa aku. Aku takkan benarkan sesiapa pun sentuh my future wife." katanya dengan senyuman sinis.

" katanya dengan senyuman sinis

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Yarham

Yarham

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Adha

Done update lagi💕👀chp kalini pendek shaja heheh
#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang