7

4.5K 344 28
                                    

Arline berjalan kaki kerumahnya dengan hati yang riang. Walaupun hari sudah lewat malam namun itu bukanlah masalah baginya, lagi pula dia berada di kampungnya, jadi tiada apa yang ingin dia takutkan. Ini kerana, tiada seorang pun yang ingin mendekati dirinya kerana dia adalah Wanita Sihir yang digelarkan di kampung tersebut.

Dia berjaya larikan diri dari kesemua lelaki yang membawa dirinya dari rumah mereka, dan semestinya dia ada buat sesuatu, sesuatu yang hanya dia dan 'mereka' je tahu. Well, orang menggelarkan dirinya sihir, dia tidak kisah.

Lantaklah orang nak kata apa tentang dirinya, hidupnya bukan urusan orang lain. Dia tidak akan rugi satu sen pun. Sedang elok dia berjalan ada sebuah kereta berhenti di
depannya.

Pin! Pin!

Arline terkejut, terus dia menutup wajahnya menggunakan kedua telapak tangannya. Dia tidak mengahlikan tangannya walaupun sekejap.

"Assalamualaikum adik? Kenapa jalan sendirian? Bahaya tahu tak, kalau adik tak kisah mari saya tumpangkan, jangan risau saya tak jahat pun." kata orang tersebut. Arline hanya mendengar sahaja.

'Suara lelaki? Tapi, rasanya aku macam pernah dengar suara tu. Tapi, dekat mana ek?' desis hati Arline.

Perlahan-lahan dia mengahlikan tangannya dan melihat kearah tersebut. Dia terkejut, begitu juga dengan orang tersebut. Mata Arline dikecilkan kearahnya.

"Kenapa aku mesti jumpa kau eh? Menyesal pula aku tegur kau, kalau aku tahu baik aku jalan je terus." kata orang itu malas. Arline mengetap giginya.

"Hello! Aku tak suruh pun kau berhentilah! Kau ingat aku hadap sangat ke naik kereta kau ni? Eww! Tak ingin aku nak naik, nanti dengan aku sekali jadi gigi hitam macam kau! Sepadan sangatlah tu, semua barang kau semua warna hitam, mungkin hati kau pun hitam," balas Arline lalu menjelingkan matanya.

"Mulut tu elok sikit eh, hati aku ni suci, sesuci debu pekerti! Kau tahu apa? Semestinya hati hitam tu kau, bukan aku! Dahlah pelik lepastu keluar malam-malam buta. Kau ni memang tak tahu takut eh?Jangan cakap yang kau tak tahu jalan pulang dan sesat." ujar Syaril kepadanya. Arline menjulingkan matanya.

Tak sangka pula yang lelaki itu masih ingat ayat yang dia katakan waktu mereka berjumpa untuk pertama kalinya. Dan itu adalah hal yang membuatkan Arline menyesal seumur hidupnya. Kalau dia tahu, dia takkan menegur Syaril pada waktu itu dan hidupnya akan tenang.

"Kau ni memang mulut macam perempuan ke? Suka hati akulah nak keluar waktu apa pun! Kau nak sibuk apa hal? Ehh, macam je dia tu suami aku. Ish, tak ingin aku nak bersuamikan lelaki macam kau, bluerkk!" ejek Arline sambil menjelirkan lidahnya kearah Syaril.

'Perempuan ni kan memang sengaja nak sakitkan hati aku. Kalau aku tak fikir yang kau tu perempuan, dah lama aku belasah.' desis hati Syaril.

"Aku pun tak inginlah nak ada isteri pelik macam kau. Dah aku nak kau masuk kedalam kereta sekarang!Walaupun aku ni jahat, tapi aku ni ada hati yang baik, lebih-lebih lagi sekarang ni waktu malam dan kau pula perempuan, bahaya. Cepat masuk!" Arah Syaril kepadanya namun Arline hanya membuat muka menyampah dan meneruskan langkahnya tanpa menghiraukan arahan Syaril.

"Perempuan ni kan, memang sengaja sakitkan hati aku. Aku punyalah baik hati nak tumpangkan dia naik kereta aku ni, boleh pula dia palau aku, perempuan pelik." bebel Syaril lalu keluar dari keretanya untuk mengejar langkah Arline.

Tuk!

"Adoi"

Arline memandang Syaril dengan tajam sambil menggosok kepalanya yang diketuk dengan sedikit kuat oleh Syaril. Namun, lelaki itu hanya membuat muka tidak bersalah sahaja.

"Kau apa hal setan ketuk kepala aku? Kau fikir aku ni lesung ke apa yang kau main ketuk-ketuk!" marah Arline kepadanya. Sakitnya dia ketuk, tangan apalah mamat ni guna, kalau macam ni lah hari-hari boleh kena gegaran otak ni.

"Aku ketuk sebabnya kau tu degil, kau faham tak maksud degil? Aku dah nak tumpangkan kau naik kereta aku tapi kau boleh pula buat bodoh kan?" kata Syaril dengan geram. Pertama kali dalam hidupnya ada orang yang tidak memandangnya. Kalau gadis lain mungkin dah naik bulu namun Arline tidak sama dengan gadis yang lain.

"Ehh! Suka hatilah! Diri aku bukan diri kau. Yang kau nak paksa aku kenapa! Ehh! Aku menyesal tahu tak tegur kau waktu itu. Kalau aku tahu memang taklah aku nak kenal dengan mamat macam kau ni." jujur Arline lalu meneruskan langkahnya lagi. Namun, pergelangan tangannya ditahan oleh Syaril.

'Ish, suka hati kepala bapak dia je pegang tangan aku, ada juga yang aku buat jenazah nanti.' desis hati Arline dengan geram.

"Apa sentuh-sentuh orang ni? Mak bapak kau takde ajar kau ke tentang agama? Suka hati je nak sentuh anak dara orang, lempang kang baru tahu, kang semua gigi kau tu berguguran." marah Arline lalu cuba melepaskan cengkaman Syaril namum tidak berhasil.

"Kau dengar sini pelik, satu aku tak mahu bergaduh dengan perempuan pelik macam kau. Kedua, aku sekarang ni dah penat dan takde masa bergaduh dengan kau. Ketiga, aku bukan jahat sangat nak biarkan kau jalan sendirian malam buta macam ni. Jadi, tolong jangan bercakap lagi, just ikut apa yang aku cakap." kata Syaril mendatar memandang tepat keanak mata Arline.

Keluar keluhan dari bibir Arline. Nak ataupun tidak, dia terpaksalah ikut dengan Syaril. Lagi pula kaki dia memang dah lenguh berjalan dan rumah dia pun masih jauh lagi. Takpelah, rezeki jangan ditolak.

"Yelah, aku ikut," balas Arline lemah. Syaril sudah tersenyum kecil lalu dia menarik tangan Arline dengan lembut dan itu membuatkan Arline menyampah.

"Tak payahlah nak pegang bagai, kau ingat aku ni budak-budak ke nak kena pegang? Macam je dia tu ayah aku nak pegang-pegang." bebel Arline kepadanya.

"Mestilah kena pegang, kalau tak pegang nanti kau tipu pula," balas Syaril tanpa memandang wajahnya.

'Macam je aku ni tipu dia. Mamat sengal.' desis hati Arline.

Pintu kereta dibuka lalu tubuh Arline ditolak dengan kasar sehingga kepalanya terhantuk pada kereta tersebut. Syaril tersenyum mengejek kearahnya. Dia memang sengaja sebab gadis itu degil sangat nak dengar cakap dia.

"Oi, jantan! Kau tak pandai nak tolak elok-elok ke?Kau memang sengaja kan?" marah Arline setelah Syaril sudah mengambil tempat dibahagian pemandu.

"Yes! Aku memang sengaja, puas?" balas Syaril tanpa rasa bersalah, namun belum sempat dia membalasnya, Syaril terlebih dahulu menutup mulutnya menggunakan tangannya.

"Emphhh!"

"Kau boleh tak diam! Ada je kan benda kau nak menjawab. Lebih baik kau diam, kalau kau tak nak sesuatu buruk terjadi dekat kau." ugut Syaril. Arline hanya pasrah sahaja, dia bukan takut namun jika dia berperang mulut pun lelaki itu sama sahaja seperti dirinya, tidak pernah mahu kalah, ada je benda yang keluar dari mulut.

"Good girl! Kan bagus kalau kau diam je, senang sikit hati aku ni." kata Syaril dengan senyuman kecil. Arline membuat tidak dengar sahaja.

Keadaan dalam kereta sunyi sahaja, masing-masing tidak bersuara. Syaril fokus dengan pemanduannya manakala Arline pula sibuk bermain dengan jarinya.

Tuttt .......!

Mereka berpandangan sesama sendiri, Arline hanya membuat riak biasa sahaja dengan pandangan tajam dari Syaril.

"Shhh! Jangan takut jangan kuatir, itu kentut bukan petir." kata Arline tanpa rasa bersalah.

"Oi, kau kentut ke? Ehh, perangai tak senonoh langsung!" marah Syaril dengannya. Lantas dia membuka tingkap. Nak termuntah dia menghidu bau kentut Arline.

"Acah pula mamat ni, bukannya kentut aku bau sangat pun! Overlah." kata Arline lalu tersenyum mengejek kearahnya.

'Perempuan sengal.'

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now