13

3.9K 292 48
                                    

Seminggu kemudian.........

Arline sudah dibenarkan pulang kerumahnya. Sewaktu dia berada di hospital dulu, Syaril selalu datang menjenguknya dan juga selalu membuli Arline sehingga membuatkan mereka berdua sering bergaduh.

Waktu itu, Syaril menghantar Arline pulang kerumahnya. Seperti biasa, ada sahaja lelaki itu lakukan untuk membuli Arline sehingga gadis itu berasa berang. Keadaan dalam kereta Syaril penuh dengan amarah Arline.

"Berhentilah setan! Kau nak aku bunuh kau ke?" soal Arline berang. Sakit pula hatinya lelaki itu berkali-kali menghentikan keretanya secara mengejut sehinggakan kepalanya terhantuk.

"Bila masa pula aku bunuh kau pelik? Tak nampak ke aku sekarang tengah drive ni," balas Syaril dengan senyuman senget. Arline mengancing giginya.

"Kau tak payah bohonglah! Kau ingat aku tak tahu ke kau sengaja buli aku? Kau tak boleh pun berbohong dengan aku walau sedikit, sebab aku tetap akan tahu juga! Kau sengaja buli aku sebab kau sakithati yang aku ni selalu lawan cakap kau kan?" ujar Arline berang. Syaril menjongketkan keningnya sebelah.

"Wow, hebatnya kamu, HAA TEPOK!" ujar Syaril menambahkan lagi kemarahan Arline. Kecil besar kecil besar je dia tengok mamat ni. Nak aku bunuh sangat ke?

"Lebih baik kau diam je, jangan nak buli aku lagi." ujar Arline mendatar. Malas nak berdebat dengan lelaki itu. Jika berdebat pun hanya menambahkan sakithatinya dengan sikap lelaki tersebut.

"Siapa kata aku buli kau?" soal Syaril namun Arline sudah tidak mengeluarkan suaranya. Dia berpaling memandang pemandangan diluar tingkap kereta berbanding bercakap dengan mamat sengal tu.

"Pelik?"

"Woi?"

"Pekak?"

"Bisu?"

Krik...Krik....Krik...

Syaril mendengus geram. Dia tunggul ke apa sehingga dia tidak dilayan oleh Arline. Marah sangat tu.

"Tak sangka pula yang orang tu dah jadi cacat, tak nak pun bercakap langsung. Kasihan dengan orang tu dah cacat." ujar Syaril dengan senyuman mengejek. Tetapi, tetap sahaja gadis itu tidak bersuara. Semua yang dikatakan oleh Syaril dibiarkan sahaja.

'Nak marah konon, tak apa nanti ada masa aku buli kau lagi.' desis hati Syaril.

Senyuman senget terukir dibibirnya. Keadaan dalam kereta sunyi, hanya kedengaran bunyi radio sahaja. Masing-masing dengan wajah serius mereka.

Setelah mengambil masa yang agak lama, akhirnya mereka berdua sampai dirumah ibu Arline. Gadis itu memandang rumah tersebut dengan tatapan sayu.

"Kau tunggu apa lagi? Nak aku angkat kau keluar dari kereta aku ke?" kata Syaril kepadanya. Dijeling sekilas lelaki tersebut sebelum dia keluar.

Nafas ditarik lalu dihembus. Jantungnya kembali berdegup dengan kencang. Dia takut nak berjumpa dengan ibunya, tetapi jika dia tidak berjumpa dengan ibunya, dia berasa rindu. Ini kerana ibunya hanya satu-satunya keluarga yang dia ada dalam hidupnya.

Pintu rumah ditujui. Sampai sahaja di pintu tersebut, dia mengetuk sebanyak tiga kali dengan sedikit kuat.

Klak!

"Ibu, Arline dah balik." ujarnya dengan senyuman kecil. Puan Kayla tidak menghiraukan Arline malah dia hanya menjelingnya dengan tajam.

Matanya memandang kearah Syaril yang sedang melihat kearah mereka berdua. Dia pasti lelaki itu berfikir yang dialah yang menikam gadis itu. Syaril tidak boleh tahu, dia tak nak masuk ke dalam penjara.

"Ya Allah nak, akhirnya kamu pulang juga. Ibu sangat risau sayang bila dengar yang line masuk ke dalam hospital." ujar Puan Kayla dengan wajah yang dibuat-buat risau.

"Tak apalah ibu, line dah sihat pun," balas Arline lalu tersenyum tawar. Gadis itu tahu yang ibunya hanya berlakon semata-mata agar Syaril tidak tahu dia ditikam oleh ibu kandung sendiri. Sakit? Ya, memang sakit.

Puan Kayla mengukirkan senyuman terpaksa apabila Syaril datang menghampiri mereka berdua. Jika lelaki itu tiada, tak ingin dia nak senyum dengan anak setan tu.

"Assalamualaikum, makcik. Alhamdulillah makcik dah boleh terima anak makcik. Saya tahu makcik seorang yang baik. Kan bagus kalau makcik terus sayang dia. Dia layak dapat kasihsayang seorang ibu. Saya doakan hidup korang berdua bahagia." ujar Syaril dengan senyuman terlakar dibibirnya.

'Anak setan ni layak dapat kasihsayang? Tak ingin aku nak beri dia kasihsayang. Nak pegang pun rasa jijik.' desis hati Puan Kayla.

"Amin, terima kasih sebab tolong anak kesayangan makcik ni. Makcik tahu semua orang pun pernah buat silap kan? Tak apa makcik maafkan anak makcik ni. Lagi pula dia je satu-satunya anak makcik dengan arwah suami makcik." ujar Puan Kayla lembut. Syaril senang mendengarnya.

Arline pula hanya tersenyum tawar. Airmatanya ditahan agar tidak pecah. Dia teringin sekali disayangi oleh ibunya sendiri. Alangkah indahnya jika ibunya jujur, bukan berbohong seperti itu.

"Baguslah kalau macam tu, saya balik dulu ye makcik. Assalamualaikum." kata Syaril lalu dibalas anggukan dari ibu Arline. Arline memandang kelibat Syaril dengan tatapan sayu. Nak je dia beritahu yang ibunya hanya berlakon, tetapi dia tidak sanggup membuka aib ibunya sendiri.

"Auch!"

Arline memejamkan matanya bila rambutnya ditarik oleh Puan Kayla dengan kasar dan kuat. Dirinya ditarik masuk kedalam lalu ditolak dengan kasar.

Kedebuk!

"Amboi, bukan main gedik kau eh dengan lelaki tu. Kau jangan beranganlah yang lelaki itu suka kau. Sedar diri kau tu sikit. Gadis setan, iblis. Kau jangan berani beritahu dia yang aku tikam kau! Kalau kau beritahu dia juga, tahulah apa yang aku buat dengan kau!" ugut ibunya lalu dibalas anggukan dari Arline sahaja.

"Aku nak kau kemas rumah. Memandangkan kau ni tak pandai malu, dah dihalau pun masih berdegil nak duduk rumah ni. Kemas rumah je, kalau masak kau tak payah buat. Aku sanggup makan dekat luar berbanding makan masakkan dari kau. Jijik aku dengan tangan kau tu." sinis Puan Kayla berkata kepadanya.

Arline hanya mampu tersenyum tawar mendengar setiap butiran bicara ibunya yang jelas menyakitkan hatinya. Jika itu yang membuatkan ibunya bahagia, dia tidak kisah.

"Baik, ibu."

"Aku nak keluar, tengok muka kau macam aku tengok haiwan haram pula. Pastikan kau kemas rumah sehingga bersih. Aku akan makan dekat luar. Dan kau, pandai-pandailah kau cari makanan kau sendiri. Tak pun kau suruh jin kau carikan makanan. Makanan kau tu tak sesuai makanan manusia. Kau tu layak makan cacing je, sebab kau kan iblis." sinis Puan Kayla lalu meninggalkan Arline dan berlalu keluar.

Arline memandang pemergian ibunya dengan tatapan sayu. Namun, selepas itu dia mengukirkan senyuman yang sukar ditafsirkan. Matanya memandang kearah 'mereka'.

"Emm, ingat aku kisah sangat ke? Kau tak belikan aku makanan pun, aku tak kisahlah. Bukannya aku mati pun kalau tak makan, tch!" kata Arline dengan senyuman senget dibibirnya.

"Kemaskan rumah ni, korang buat apa-apa sahaja asalkan rumah ni nampak kemas, aku nak rehat. Tak ingin aku nak dengar kata dia tu. Macam je dia tu tuan aku. Dah korang semua kemas rumah ni. Kalau ibu aku dah sampai, korang beritahu aku." kata Arline lalu dibalas anggukan dari 'mereka'.

'Ini Arlinelah, aku takkan terima sebarang arahan. Sebaliknya, aku yang memberi arahan.'

Huhu, update lagi. Wahh Arline ni baik ke jahat eh?mystery betul Arline ni kan. Happy reading guys. Jangan lupa tekan bintang comel ii tu dan komen okey❤️❤️❤️

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang