28

3.7K 269 53
                                    

Arline menangis tersendu-sendu di hadapan rumah mereka. Dia melarikan diri dari Syikin dan Elyna kerana hatinya berasa tidak enak. Apa yang dia lihat waktu itu sangat menghancurkan hatinya.

'Ayah...maafkan Arline.' desis hatinya.

Tiada guna dia menangis semuanya sudah terlambat. Ibunya telah lakukan hal itu. Dia tidak sempat pun nak menghalang.

'Mereka' telah tiada. Tiada lagi rakan Arline yang akan membantunya ketika susah. Tiada tempat nak mengadu. Puan Kayla telah membakar sebuah peti yang sangat cantik dan berwarna putih. Di dalam peti tersebut adalah tempat tinggal 'mereka'.

Peti itu bukanlah tempat tinggal jin atau saka belaan. Tempat itu suci dan tiada unsur syirik. 'Mereka' adalah mahkluk yang merupakan keturunan nenek moyang Arline.

Dan itu diwarikan kepada Arline kerana arwah ayahnya tidak mahu memberikan kepada isterinya Puan Kayla sebab wanita itu sangat jahat.

Masih ingat sewaktu Arline bertengkar dengan seorang perempuan di mall? Sebenarnya, Arline tidak membunuh gadis itu. Dia hanya menghilangkan sihir dalam badan gadis itu.

Gadis tersebut disihir oleh teman lelakinya supaya arahan dari teman lelakinya dia turuti. Sebab itulah gadis itu sering meminta duit dengan ibunya, itu semua atas arahan dari teman lelakinya.

Arline juga menghilangkan ingatan ibu dan gadis itu. Dia hanya kekalkan memori indah mereka berdua sebelum teman lelakinya menyihir gadis itu.

Selepas itu, peristiwa sekumpulan lelaki yang mengikuti Arline di lorong yang sunyi. Dia tidak membunuh kesemua lelaki itu, dia cuma buatkan mereka tidak sedar sehingga beberapa jam kerana mereka hampir merogol seorang gadis dan memukulnya dengan kejam.

Darah yang melekat pada Arline waktu itu adalah darah gadis yang telah dipukul. 'Mereka' menyembuhkan gadis itu. Semua yang dilakukan oleh Arline bukanlah sesuatu jahat, sebaliknya dia membantu. Hal yang berkaitan dengan makan dan minum yang Arline katakan adalah solat dan zikir.

Jika 'mereka' menyembuhkan seseorang tidaklah secepat mana. 'Mereka' hanya mengaburi mata orang lain agar luka tersebut tidak dapat lihat dan akan menggangap luka itu telah tiada ataupun hilang.

Tapi, sekarang dia tidak mampu untuk menolong orang lagi. Ibunya telah memusnah tempat tinggal mereka. Akibat perasaan dengki dalam diri, Puan Kayla sanggup memusnahkan peti tersebut.

'Sampai hati ibu.' desis hatinya lagi.

Dia tidak dapat menghalang ibunya. Sampai sahaja di rumah mereka, dia lihat ibunya membakar peti tersebut sebelum jalan keluar.

"Maafkan aku. Maafkan aku." ucap Arline berkali-kali dengan airmata yang mengalir. Peti yang sudah hangus itu diambil lalu dipeluk seeratnya.

"Janganlah tinggalkan aku. Korang kan dah janji selalu ada bersama aku. Maafkan aku. Aku sayang korang tapi kenapa jadi macam ni?" katanya sendiri. Hatinya terasa sakit seperti di tusuk pisau berkali-kali.

Dia berjalan tanpa hala tuju dengan airmata yang setia mengalir. Peti tersebut dia tidak lepaskan. Hari sudah nak bertukar malam, namun dia tidak kisah.

Arline berjalan dengan esakan dibibirnya. Orang memandangnya dengan pelik. Mereka menyangka bahawa gadis itu gila.

"Aku sayang korang."

Arline berkata seperti itu secara berkali-kali tanpa henti, sama seperti airmatanya yang tidak berhenti mengalir. Dia hanya mahukan 'mereka' kembali sahaja.

Arline yang tidak melihat kawasan sekeliling, dia hanya berjalan sahaja tanpa melihat kanan dan kiri. Dan hari itu adalah malang untuknya.

Pin! Pin!

Dush!

Tubuh Arline terpelanting jauh. Kepalanya mengeluarkan darah yang banyak. Peti tersebut sekaligus terlepas dari pelukannya.
Pandangannya mulai kabur dan selepas itu dia sudah tidak sedarkan diri.










Syikin dan Elyna sudah seperti rasa nak menangis. Sudah berjam-jam mereka mencari Arline namun gadis itu tidak dijumpai juga. Mereka berdua takut jika Syaril tahu tentang perkara tersebut.

"Macam mana ni kin? Arline takde." kata Elyna kepada Syikin. Syikin meraup wajahnya dengan kasar.

"Nak tak nak kita kena beritahu Syaril juga pasal ni."  ujar Syikin. Dalam hatinya sudah berdoa sehabis mungkin supaya Syaril tidaklah menjadi singa nanti.

"Kena beritahu ke?"

"Kena kak,"

Elyna hanya mampu menurut sahaja. Dia juga berasa takut kerana jika mereka tidak membawa gadis itu keluar dari rumah, semua yang berlaku waktu itu takkan terjadi.

"Jom, kita pulang dulu." kata Syikin lalu dibalas anggukan dari Elyna. Mereka berdua melangkah keluar dari mall tersebut dengan perasaan risau di hati masing-masing.

'Akak, akak pergi mana?' desis hati Syikin risau.








Puan Kayla tersenyum puas kerana akhirnya dia berjaya menghapuskan 'mereka'. Dia berjaya jumpa peti tersebut kerana dia berusaha mencarinya. Dan dia pasti yang Arline lupa membawa peti tersebut bersamanya.

Dia benci dengan gadis itu kerana dia tidak dapat 'mereka'. Dia dari dulu lagi ingin menjadi seperti Arline yang mempunyai kuasa luar biasa dari 'mereka'. Sia-sia sahaja dia mengahwini arwah suaminya dulu tapi tidak dapat menjadi waris keturunan nenek moyang arwah suaminya.

Puan Kayla jugalah yang membunuh arwah suaminya dulu kerana arwah dulu mengetahui yang dirinya hanya mahukan warisan tersebut. Dia ingin mempunyai kuasa tersebut.

Sebab arwah tidak memberikan kepadanya adalah arwah tahu yang Puan Kayla akan menggunakan 'mereka' untuk kejahatan. Kerana wanita itu sangat gila harta dan kuasa.

Dia membenci Arline kerana gadis itu lebih hebat darinya. Sepatutnya yang hebat itu adalah dia, bukan Arline!

"Puas hati aku! Sekarang kau dah tak boleh buat apa-apa." gumam Puan Kayla lalu tergelak jahat. Kalau dia tak dapat 'mereka', Arline pun dia takkan benarkan!.

"Selamat menjalani kehidupan baru tanpa 'mereka'. katanya lagi lalu tergelak puas. Dia pasti Arline berasa sedih, tapi dia kisah apa? Baginya, gadis itu tidak penting! Semak!







Syaril dengan wajah yang tegang memandang anak buahnya seperti hendak makan sahaja. Berita yang baru disampaikan dari Malaysia membuatkan hatinya berasa marah.

"MACAM MANA BOLEH JADI MACAM TU SETAN!" marahnya dengan lantang. Anak buahnya tidak berani memandang wajah bengisnya.

"Miss Queen dan Miss Elyna yang membawa dia keluar. Tapi, tidak sangka yang Puan Arline hilang sewaktu berada di mall," terang anak buahnya kepada Syaril.

Bam!

''Shit! Sediakan Pj. Kita bertolak sekarang! Mereka memang nak kena dengan aku! Beritahu Karl dan yang lain supaya tangguhkan meeting dulu." Arahnya tegas. Laju sahaja anak buahnya mengganguk dan melangkah keluar.

Syaril memicit kepalanya. Hatinya tidak tenang memikirkan kemana gadis itu menghilang. Dia risau jika musuhnya menangkap gadis itu dan menjadikan umpan untuknya.

'Kau pergi mana pelik? Aku harap kau dalam keadaan yang selamat. Tunggu aku pulang pelik.' desis hatinya risau.


Kita update lagi sayang🤣❤. Sorry kalau chp ni mcm hmbar sikit. Haih, macam biasa eh jangan lupa tekan bintang comel dan komen😚❤.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now