Arline memerhati segenap bilik itu. Dia mengeluh, dia sangat bosan berada di hospital. Baru sehari pun dah bosan, kalau seminggu, memanglah bertambah bosanlah.
Dia lihat jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi, sekali lagi dia mengeluh. Bilik itu sangat sunyi, 'mereka' pula tiada disitu kerana Arline menyuruh mereka untuk pergi.
"Ibu, ibu, tsk hahahahah, haih orang tua ni asyik nak pukul aku je kan. Takpe, kalau ibu tetap nak pukul aku juga, silakan. Tapi, jangan salahkan anak syirik ibu ni kalau ada sesuatu terjadi dekat ibu ye hahahahaa." kata Arline.
Dia mengukirkan senyuman sinis dibibirnya. Senyumannya terus mati bila pintu wadnya dibuka oleh seseorang.
Klak!
"Assalamualaikum pelik."
"Waalaikumsalam sengal!"
Arline tersenyum sinis melihat Syaril, lelaki itu membawa plastik ditangannya dan menghampiri tubuhnya dengan riak wajah yang dingin.
"Nah makanan untuk kau. Aku tahu makanan dekat hospital ni kau tak suka." ujar Syaril dingin lalu menghulurkan plastik makanan tersebut kepadanya.
"Kan elok je kalau kau baik macam ni, tenang juga hati aku ni." kata Arline dengan senyuman senget.
"Sebelum ni aku tak baik? Aku ni selalu baik, bukan macam kau syirik," pedas Syaril menuturkan katanya. Serta-merta pandangan tajam diberikan kepada Syaril.
"Kau jangan berani cakap macam tu, kau tak tahu apa aku boleh buat jantan!" kata Arline dengan mata yang sangat tajam memandang Syaril.
Syaril pertama berasa seram sejuk, terasa aura gadis itu lain dari yang lain. Namun, selepas itu dia memberanikan diri juga. Buat apa nak takut, Arline pun seorang manusia juga.
"Lantaklah apa yang kau boleh buat pelik, aku masih ada tuhan. Aku tak perlu takut dengan manusia macam kau," balas Syaril berani dengan senyuman sinisnya. Arline tergelak jahat, namun Syaril hanya beriak tenang sahaja. Walaupun dalam hati dia sudah berasa seram dengan sikap gadis itu.
"Well, kalau itu yang kau kata, aku tak boleh buat apa-apa. Tapi, jangan salahkan aku kalau ada yang terjadi dengan kau." kata Arline dengan senyuman sukar ditafsirkan.
Kau ni sebenarnya siapa eh? Kau ni mahkluk gersing dari mana muncul, kau guna sihir ke?" Syaril berkata dengan geram. Gadis dihadapannya itu sungguh misteri. Ada kalanya gadis itu baik, ada kalanya gadis itu macam syaitan.
"Bukan gersing, tapi asing. Saya bukan mahkluk asing, saya manusia juga," balas Arline dingin.
"Ah, tak kisahlah, gersing ke, gersung ke, gerseng ke, songkeng ke, songking ke, asing ke, lantaklah! Tapi, yang aku tahu, kau ni memang guna sihir, tak takut tuhen ke?" Syaril berkata lagi dengan nada yang sedikit kuat. Tajam anak matanya melihat gadis itu. Namun, Arline hanya beriak biasa sahaja, sedikit pun dia tidak takut.
"Bukan tuhen, tapi tuhan! Saya dah cakap, saya tak guna sihir pun," balas Arline menyakinkan Syaril. Namun, lelaki itu tetap tidak percaya, dia yakin gadis itu menggunakan ilmu sihir.
"Kau ingat aku percayakan kau? Memang taklah!Dasar perempuan pelik, sihir." selamba sahaja Syaril menuturkan katanya. Arline menjelingkan matanya.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...