9

4K 332 17
                                    

"Arline!"

Jerit Puan Kayla dengan sangat kuat. Arline yang terdengar jeritan tersebut, terus bergegas menuju ke ibunya.

"Ye, bu line datang ni."  kata Arline dengan jantung yang berdebar. Sampai sahaja dihadapan ibunya, dia terus menelan airliur.

Gulp!

"Siapa lelaki yang tolong kau semalam tu? Apa kau buat dengan dia? Sampai dia bela sangat anak setan macam kau ni!" herdik ibunya. Terhinjut bahu Arline mendengar herdikan ibunya.

"Arline tak tahu bu, Arline tak kenal pun dia," jawab Arline dengan wajah yang pucat. Mata Puan Kayla melihat tubuh gadis itu. Arline sudah menggigil.

"Kau buat apa semalam?"

"Arline t-akde bu-at a-pa apa,"

"Aku tanya kau buat apa semalam setan!"

Airmata Arline sudah mengalir dan sekali lagi dia dipukul oleh ibunya sendiri tanpa belas kasihan. Dia terima dengan hati yang terbuka, dia tidak sanggup untuk menderhaka kepada Puan Kayla.

"Aku tanya kau elok-elok kan, kau buat apa semalam? Kenapa badan kau ni cergas je, kesan lebam kau pun hampir hilang. Kau buat syirik lagi kan? Kau suruh jin kau sembuhkan badan kau kan?" marah Puan Kayla. Arline hanya mampu menangis sahaja. Sedikit pun dia tidak melawan.

"Ibu, sakit bu."

"Kau memang layak matilah anak setan!"

"Sakit bu."

Kedebuk!

"Arghh!"

Arline terkejut, dia lihat ibunya sudah mengerang kesakitan. Tangannya dilihat, dia tidak sengaja menolak ibunya. Dia hanya ingin ibunya menghentikan perbuatannya dari memukul tubuhnya.

"I-bu."

"Kau memang nak aku mati kan? Anak sial! Mari sini kau!"

Selepas berkata begitu, Puan Kayla mencapai gunting lalu mendekati tubuh Arline yang nampak menggigil.

"Ibu, letak gunting tu bu." kata Arline namun Puan Kayla tidak menghiraukannya. Dia terus menikam perut Arline menggunakan gunting tersebut.

Zapp!

"I-bu."

Kedebuk!

"Itu balasan sebab kau berniat nak aku mati, anak sial, setan! Puih!" ujar Puan Kayla dengan senyuman sinis lalu keluar meninggalkan rumah tersebut. Sebelum dia keluar, dia mencuci tangannya terlebih dahulu agar tidak diketahui oleh orang.

"I-bu t-olong." ujar Arline dengan nafas yang tersekat. Dia lihat 'mereka' sedang memandangnya dengan perasaan marah. Arline tahu yang 'mereka' marah dengan ibunya. Namun, dia sudah memberi pesanan awal lagi agar tidak melakukan sesuatu kepada ibunya. Termasuk masuk campur dengan urusan mereka.

"Sa-kit." Arline cuba berdiri dibantu oleh 'mereka'. Tubuh Arline dipapah oleh 'mereka', tetapi hanya Arline sahaja yang dapat melihatnya, orang lain tidak.

"Tolong carikan Syaril, aku nak korang bawa dia jumpa aku." Arah Arline kepada 'mereka'. Sekelip mata sahaja 'mereka' hilang dan meninggalkan Arline.



Syaril yang sedang memandu, terkejut melihat beberapa orang kanak-kanak yang sedang menangis. Seperti hilang tuju sahaja dia lihat kesemua kanak-kanak tersebut. Hampir sahaja dia melanggar mereka.

Kereta dihentikan lalu dia keluar dan mendekati mereka. Hatinya tersentuh melihat mereka menangis. Pasti ada yang terjadi, fikirnya.

"Adik, kenapa adik semua ni menangis? Ibu dan ayah adik hilang eh?" soalnya dengan lembut. Salah seorang dari kanak-kanak tersebut terus memeluknya sebelum menjawab.

"Abang hensem, tolong kakak abang hensem." kata kanak lelaki kepadanya. Tersendu-sendu dia menangis. Yang lain pun masih menangis lalu memeluk tubuh Syaril dengan erat.

"Hey, kenapa ni? Cuba cerita dekat abang, kenapa dengan kakak adik?" soal Syaril kepada mereka. Dia mengukirkan senyuman kecil buat mereka semua.

"Tolong akak line, dia kena tikam. Sekarang dia ada dekat rumah dia. Tadi, kami pergi rumah dia nak ajak main sama-sama. Tapi, akak tak sedarkan diri, lepastu perut akak kena tikam dengan gunting. Tolong akak abang," rayunya kepada Syaril. Lelaki itu terkejut mendengar cerita dari kanak lelaki tersebut.

"Ya Allah, jom kita pergi rumah akak adik." gesa Syaril lalu membawa kesemua kanak-kanak tersebut masuk kedalam keretanya. Mereka bergerak menuju ke rumah Arline.

Keempat kanak tersebut menunjukkan jalan menuju ke rumah Arline. Syaril mengerutkan keningnya. Sepertinya, dia kenal jalan rumah tersebut.

'Bukan ke ini jalan menuju ke rumah perempuan tu.' desis hati Syaril.

Syaril malas fikir hal itu, yang penting adalah nyawa yang dikatakan oleh kanak-kanak yang berada dalam keretanya itu. Sampai sahaja dirumah Arline, terus tangannya ditarik oleh kesemua kanak-kanak itu masuk kedalam.

"Abang hensem, tolong kakak abang. Kami sayang akak line. Tolong selamatkan dia," rayu seorang kanak lelaki kepadanya. Syaril berlari anak menuju kearah Arline yang tidak sedarkan diri.

"Ya Allah, apa dah jadi ni?" ujar Syaril lalu dia mencempung tubuh gadis itu menuju ke hospital.

"Abang hensem nak bawa akak pergi mana?"

"Abang nak bawa akak korang pergi hospital, korang tinggal dekat sini eh. Kalau ibu akak cari, cakap yang abang bawa dia pergi hospital." kata Syaril lalu dibalas anggukan dari kesemua kanak-kanak tersebut.

Syaril meletakkan tubuh Arline dibahagian penumpang, sebelum dia mengambil tempat duduk pemandu. Enjin kereta dihidupkan lalu meninggalkan kawasan perumahan tersebut.

Kesemua kanak-kanak itu memandang pemergian kereta Syaril dengan hati yang sayu beserta dengan airmata. Namun, selepas itu mereka semua berpandangan antara satu sama lain sebelum mereka bertukar semula ke bentuk asal.




Syaril menunggu diruangan kecemasan. Dia berasa pelik dengan gadis itu. Apa sebenarnya yang terjadi. Siapa yang menikam gadis itu. Memikirkan hal itu membuatkan dirinya pening.

Klak!

"Keluarga Cik Arline ke?"

"Tak, saya kawan dia,"

"Okey, keadaan Cik Arline dalam keadaan stabil. Cuma tadi dia banyak kehilangan darah tapi yang membuatkan kami pelik, darah dia tak berkurang walaupun sudah banyak darah yang keluar. Mungkin ini kuasa Tuhan. Alhamdulillah." ujar doktor wanita itu kepada Syaril bersama senyuman dibibirnya. Syaril mengukirkan senyuman nipis.

"Terima kasih."

"Sama-sama. Saya minta diri dulu,"

Syaril memandang kelibat doktor itu yang semakin menjauh. Selepas itu, dia masuk kedalam wad dimana Arline diletakkan. Wajah gadis itu sangat pucat namun tetap tenang untuk dilihat.

Diambil tempat disebelah Arline lalu melabuhkan punggungnya disitu. Direnung wajah itu dengan perasaan yang pelik.

"Kau ni cantik, tapi sayang kau pelik tambah gila. Kenapa kau jadi macam ni eh? Kau memang bela saka ke apa? Betul ke apa yang ibu kau cakap tu?" soal Syaril walaupun dia tahu gadis itu tidak akan mendengarnya.

"Ish, kalau betullah kau bela saka, memang takdelah orang yang nak dekat kau. Haih kau ni, muka dah lawa tapi buat benda syirik. Entah-entah muka kau ni pun nampak cantik sebab kau buat yang 'itu' kan?" kata Syaril dengan kedua matanya yang dibesarkan sedikit dengan wajah yang macam terkejut.

Selepas itu, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan menuju ke sofa untuk meregangkan tubuhnya. Dia tidak pasti sama ada gadis itu cepat sedar ataupun tidak. Cuma dia akan temani Arline kerana dia berasa kasihan bukan sebab dia suka.

'Haih...nasib je hati aku ni baik. Aku tolong sebab aku kasihan bukan sebab suka. Memang taklah aku nak suka kau. Dahlah pelik, lepastu sewel.'

Done update sayang ii♥️, Patut ke kita rasa kasihan dekat Arline ataupun tak? Heheh apapun jngn lupa komen dan vote ye ✨♥️

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now