8

4.2K 333 48
                                    

Kereta Honda milik Syaril berhenti dihadapan rumah Arline. Mata Syaril memerhari segenap rumah tersebut. Nampak mewah walaupun tidaklah sebesar mana.

"Ni rumah kau ke?" soalnya kepada Arline dengan perlahan. Gadis itu seperti berada dalam dunia sendiri.

"Oi, pekak! Aku tanya ni rumah kau ke?" jerit Syaril sehingga mmbuatkan Arline tersentak. Hilang semua lamunannya selepas mendengar jeritan dari lelaki tersebut.

"Ha? Ye, ye. Ni rumah ibu aku, bukan rumah aku," jawab Arline. Namun, dihujung ayatnya sangat perlahan tetapi cukup untuk Syaril dengar.

"So, kau keluarlah. Nak tunggu aku tolong buka pintu untuk kau ke?" perli Syaril dengan sebelah kening dijongketkan. Arline menggigit bibir bawahnya. Debaran didada sangat laju.

"T-tapi----"

"Ahh, tiada alasan! Aku nak kau keluar sekarang, aku dah mengantuk ni. Jadi, tolong keluar Puan pelik." halau Syaril selamba. Arline menundukkan kepalanya sebelum diangkat semula.

"Boleh tak kalau kau temankan aku?" soal Arline. Akhirnya terkeluar juga ayat tersebut dari mulutnya.

"Asal pula aku kena temankan kau? Kau jangan eh, kalau aku tahu kau ada rancang apa-apa, siap kau!" ujar Syaril berbaur amaran.

"Macam je aku ni jahat sangat nak rancang yang bukan-bukan." cebik Arline. Boleh pula dia fikir macam tu. Mamat sengal.

"Mestilah aku fikir macam tu, permintaan kau tu tak masuk akal tahu tak. Kenapa mesti aku temankan kau? Bagi aku sebab." ujar Syaril kepadanya. Sekali lagi Arline mengeluh kecil.

"Aku tak minta banyak pun. Aku cuma minta kau temankan saya sahaja. Tak apalah, saya masuk dulu." kata Arline lalu melangkah keluar dari keretanya.

Dia berdiri dihadapan pintu mereka. Tangannya menggigil dengan jantung yang berdegup laju. Dia takut ibunya akan marah dan memukulnya nanti.

Nafas ditarik lalu dihembus. Dia cuba berlagak tenang walaupun dalam hati dia sangat takut.

Tok! Tok!

"Assalamualaikum, ibu." Arline memberi salam. Apalah reaksi ibunya nanti bila melihat dirinya.

Klak!

"Ibu." seru Arline dengan senyuman kecil. Ibunya memandangnya dengan tajam, tanpa menjawab salam Arline, dia terus menarik rambut gadis itu.

"Kenapa kau boleh dekat sini? Macam mana kau boleh terlepas hah? Kau buat apa dengan mereka semua? Lebih baik kau beritahu aku anak setan!" marah Puan Kayla dengan lantang. Rambut Arline dilepaskan dengan kasar sehingga kepala gadis itu terhantuk pada bucu meja kaca.

"Auch!"

Arline memegang kepalanya yang terasa sakit. Darah mengalir sedikit dari dahinya. Matanya sudah mula berkaca-kaca. Sekuat mana pun dirinya, dia pasti akan kalah jika berkaitan dengan orang yang dia sayang.

"Aku tanya kau iblis! Kau buat apa dengan mereka semua? Mesti kau ada buat sesuatu dengan mereka kan? Kau ni memang ada pembawa sial, setan. Menyesal aku lahirkan anak macam kau!" marah Puan Kayla lagi dengan nafas yang turun naik. Matanya penuh dengan kebencian memandang Arline.

"Ibu, line tak buat pun ibu semua tu. Ibu percayalah cakap line." kata Arline dengan airmata yang mengalir.

"Kau nak suruh aku percaya cakap kau? Aku takkan pernah percaya dengan orang syirik macam kau! Kau memang tak pernah takut tuhan ke Arline? " soalnya kepada Arline. Dia mencapai tali pinggang dan mendekati tubuh anaknya yang sedang menangis.

"Ib..u...jan.gan..ibu." rayu Arline dengan nada bergetar ketakutan. Badannya mengundur kebelakang apabila melihat Puan Kayla sedang menghampiri dirinya.

"Anak tak kenang budi. Selalu saja buat dosa!" marahnya lagi lalu melibaskan badan Arline dengan kuat sehingga gadis itu menjerit kesakitan.

Zapp!

Zapp!

"Ibu..sa..kit.."

"Kalau kau mati lagi baguslah!"

"Sakit...i..bu..."

Arline menangis teresak-esak. Pandangannya pun mulai kabur ditambah lagi dengan tubuhnya yang sakit.

"Berhenti!"

Puan Kayla memandang kearah jeritan tersebut. Syaril terus menerpa menuju kearah Arline yang lemah terbaring diatas lantai.

"Kau keluarlah! Jangan masuk campur. Ini urusan aku dan setan ni." ujar Puan Kayla kepada Syaril. Lelaki itu tidak memperdulikan kata-katanya, namun sebaliknya dia membantu Arline.

"Oi, pelik kau okey tak ni?" soalnya kepada Arline. Walaupun dia tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi, namum dia berasa kasihan terhadap gadis itu.

"A-aku okey," jawab Arline dengan senyuman tawar. Bibirnya dikemam menahan sakit dibelakang tubuhnya.

"Kau dengar tak ni? Aku nak kau keluar dari rumah aku sekarang!" halau Puan Kayla. Syaril berdiri bersama Arline disebelahnya. Tangannya memeluk pinggang gadis tersebut agar tidak jatuh.

"Makcik saya minta maaf. Walaupun saya tak tahu apa yang terjadi sebenarnya antara makcik dan anak makcik, tapi makcik tak boleh buat macam ni. Kalau saya bawa kes ini ke mahkamah, makcik akan dipenjarakan tahu. Kalau betullah anak makcik ni ada buat salah, takkan makcik nak pukul dia tanpa belas kasihan. Mana sifat hati ibu makcik? Makcik memang tak sayang anak ke? " soal Syaril dengan lembut namun ada ketegasan dalam ayatnya. Arline hanya mampu mendengar sahaja. Tubuhnya sangat lemah ketika itu.

"Kau jangan nak ceramahkan akulah. Sepatutnya kau ceramahkan perempuan dekat sebelah kau tu. Sebab dia tu buat perkara yang Allah larang, sebab tu aku benci! Kau jangan nak bela sangat dia tu. Mesti kau pun dah kena sihir dari perempuan ni kan? Sebab tu kau tolong dia kan?" tuduh Puan Kayla.

"Makcik benci macam mana pun dia tetapi hakikatnya dia tetap anak makcik, darah daging makcik. Kalau dia buat salah, makcik boleh tegur dia," balas Syaril kepadanya.

"Menyampah pula aku. Suka hati kaulah! Bela lah perempuan tu. Perempuan sihir, setan!" ujar Puan Kayla sebelum masuk kedalam biliknya meninggalkan Syaril dan Arline.

Arline memandang susuk tubuhnya dengan sayu. Dia teringin seperti hidup orang lain yang disayangi dan dikasihi oleh orang yang bernama ibu. Namun, itu hanyalah mimpi. Selagi dia masih bersama dengan 'mereka'. Selagi itulah, Puan Kayla membencinya.

"Kau okey tak ni? Nak aku bawa kau pergi hospital?" soal Syaril namun dibalas gelengan dari Arline.

"Takpe kau balik je, aku okey. Terima kasih." ujar Arline lalu tersenyum kecil.

"Betul?"

"Ye,betul. Kau balik jelah." kata Arline kepadanya. Syaril mengganguk perlahan. Jika itu yang dimahukan oleh gadis itu, dia tidak boleh memaksanya.

"Oh ya, sebelum aku pulang, aku nak nasihatkan kau gadis pelik. Kalau betullah apa yang ibu awak cakap tu, lebih baik kau tinggalkan semua perbuatan kau tu. Kau masih ada masa untuk berubah. Kalau kau nak ibu kau sayang dengan kau, tinggalkan semua itu." pesan Syaril serius kepada Arline.

"Aku dah cakap kan yang aku tak guna sihir!" balas Arline dengan geram. Well, orang tak tahu pun dia guna sihir ke tak. Yang tahu hanya dia dan 'mereka' sahaja.

"Kau ni taknak mengaku pula. Dahlah aku nak blah. Perempuan pelik! Sewel," kutuk Syaril dan melangkah keluar. Arline hanya memandang pemergian Syaril.

Belakang tubuhnya sangat sakit namun dia tahan. Selagi dia bersama dengan 'mereka' kesakitan yang dia rasai tidak akan lama.

Setelah kelibat Syaril sudah tiada, dia memandang pula kearah 'mereka' yang sedang melihat kearahnya. Arline mengukirkan senyuman kecil.

'Masa untuk bebuat sesuatu untuk pulihkan badan aku.'

So macam mana guys ? Banyak sangat mystery watak Arline ni , korang rasa Arline memang bela saka ke atau pun tidak? Apapun jumpa lagi tau . Jangan lupa vote dan komen 💗✨

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now