42

4.3K 274 18
                                    

Arline terkejut dengan bunyi tembakan yang berlaku di rumah agam milik Syaril. Jantungnya sudah berdegup dengan laju.

Pintu biliknya dibuka sedikit lalu kepalanya dikeluarkan sedikit untuk melihat apa yang terjadi. Membulat matanya melihat beberapa anak buah Syaril sudah mati dan terbaring di lantai.

Pintu ditutup kembali. Matanya mencari 'mereka' di dalam bilik tersebut. Airmatanya hampir sahaja mengalir.

"Mana korang? Tolong line." gumamnya dengan jantung yang berdegup dengan laju. Dia tidak berhenti menyeru 'mereka'.

"Tolong datang." katanya lagi dengan airmata yang sudah mengalir. Bunyi tembakan yang berlaku menambahkan lagi perasaan takutnya.

"Tuan."

Arline terus memandang kearah mereka. Kaki mendekati mereka dengan perasaan yang takut. Airmata dikesat dengan laju.

"Korang pergi mana? Line ingat korang tak nak datang." sayu dia berkata.

"Maafkan kami, tuan. Salah kami,"

"Tak apa. Sekarang, line nak kamu semua selamatkan orang yang berada dalam rumah ini. Cepat!" gesa Arline lalu dibalas anggukan oleh 'mereka'.

Arline memejamkan matanya sebelum di buka kembali. Salah seorang dari 'mereka' sudah masuk ke dalam tubuhnya.

Warna mata Arline sudah bertukar warna putih sepenuhnya. Arline segera turun ke bawah untuk menyelamatkan anak buah Syaril.

Sampai sahaja di tingkat bawah, semuanya memandangnya dengan seram. Dengan mata yang berwarna putih.

"P-puan." kata salah seorang anak buah Syaril dengan tersekat-sekat. Berdiri bulu romanya melihat gadis itu.

Arline tidak menghiraukannya, matanya memandang kearah musuh-musuh Syaril dan 'mereka' yang lainnya sudah membuat kerja masing-masing dengan tidak menyedarkan diri mereka.

"Tangkap perempuan tu!" jerit salah satu musuh tersebut. Arline tersenyum sinis. Saat matanya bertentangan dengan lelaki itu, lelaki tersebut terkaku dan tidak bergerak walau sedikit pun.

Anak buah Syaril memandang kearah Arline tidak percaya. Seakan semuanya itu hanyalah mimpi bagi mereka.

Mata musuh lelaki itu sudah bertukar menjadi putih sebelum dia turut tidak menyedarkan diri. Cahaya putih yang keluar dari tubuh Arline sangat terang.

Kesemua musuh Syaril sudah tidak sedarkan diri. Ramai anak buah Syaril cedera. Arline masih lagi dalam keadaannya dengan warna mata yang berwarna putih.

"Tolong kumpulkan semua orang yang cedera." Arahnya kepada mereka. Anak buah Syaril tidak membantah walaupun masih terkejut, mereka akur dengan arahan Arline.

Anak buah Syaril yang tercedera dikumpulkan sekali. Arline memejamkan matanya. Satu cahaya keluar dari tubuhnya dan masuk ke dalam tubuh-tubuh anak buah Syaril yang cedera.

Luka itu bukanlah sembuh sepenuhnya, tetapi luka tersebut tidak dapat dilihat lagi orang ramai. Orang hanya akan nampak tubuh tersebut tiada luka dan sihat sahaja.

Kesemua luka tersebut sudah hilang, tetapi sebenarnya luka itu masih ada cuma kuasa Arline hanya mengaburi mata orang dan menghilangkan rasa sakit.

Dan sekali lagi orang yang berada dalam rumah tersebut terkejut. Tidak berkelip mereka memandang Arline.

Arline memejamkan matanya sebelum membukanya kembali. Warna matanya kembali seperti normal. Dia tersenyum lega melihat semuanya sudah selamat walaupun yang lain sudah tidak bernyawa. Dia tidak mampu berbuat apa-apa jika orang itu sudah mati.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now