26

3.7K 263 17
                                    

Puan Kayla tersenyum sendiri. Esok adalah hari perkhawinan dia dengan Amir, kekasih hatinya. Dia berasa sangat gembira, akhirnya zaman jandanya akan berakhir esok.

Fikirannya melayang memikirkan anak tunggalnya Arline yang dia tidak tahu dimana keberadaannya sampai sekarang. Namun, dia tidak kisah. Baginya, gadis itu sudah lenyap di muka bumi.

"Esok aku dah nak khawin. Akhirnya, zaman janda aku akan berakhir dan tiada siapa yang akan halang perkhawinan aku dengan Amri." kata Puan Kayla dengan gembira.

Dia melihat wajahnya di cermin. Wajah yang hampir seiras dengan Arline. Dia benci akan gadis itu.

"Aku harap sangat kau mati! Kau tak layak hidup dekat dunia ni. Kalau kau mati, akulah orang pertama yang akan bahagia." sinis Puan Kayla berkata lalu tergelak.

Suis lampu dimatikan. Dia memejamkan matanya bersama senyuman di bibirnya. Tidak sabar rasanya dia nak berkhawin dengan Amri. Lelaki yang dicintainya sepenuh hati.





Syikin melangkah keluar dari kereta dan bergegas masuk ke dalam rumah bakal kakak iparnya. Dia ingin membawa kakak iparnya pergi ke rumah Syaril untuk menemani Arline.

Kerana Karl, Syaril dan lain-lain pergi ke Jepun dan Amerika untuk berjumpa dengan ahli-ahli mafia. Syaril yang meminta untuk Syikin dan Elyna menemani Arline. Dia takut gadis itu akan melarikan diri.

"Assalamualaikum akak. Ikin dah sampai darling!" jeritnya dengan riang. Matanya meliar memerhati segenap rumah tersebut.

"Waalaikumsalam," jawab Eryna kepadanya. Senyuman Syikin terus hilang apabila melihat wajah Eryna. Wajah yang dia bencikan.

"Aku ingat setan macam kau tak reti jawab salam." sinis Syikin berkata sambil kening di sebelah dijongketkan.

"Kau ingat kau tu malaikat ke?" Eryan juga turut melemparkan senyuman sinis kepadanya.

"Well. Aku ni kira macam malaikat jugalah. Sebab aku selamatkan orang daripada dijadikan mangsa bunuh kau," balas Syikin sambil membuat gaya diva.

"Baguslah." kata Eryna dingin. Dia terkejut apabila mendengar perkataan bunuh dari mulut Syikin. Jantungnya sudah berdegup laju.

"Dan orang itu adalah kau! Sanggup upah orang untuk bunuh adik kembar sendiri. Kau memang tiada hati perut eh?" soal Syikin dengan senyuman mengejek. Eryna hanya membuat riak wajah tenang.

"Aku tak tahu apa yang kau cakap. Aku nak keluar. Semak tengok muka kau dekat sini." kasar Eryna berkata lalu meninggalkan Syikin disitu.

Syikin tersenyum sinis melihat pemergian Eryna. Suka dia melihat wajah pucat Eryna. Dia tahu Eryna terkejut dengan apa yang dikatakan sebentar tadi.

"Nak menipu pun tak pandai. Cubalah kau contohi aku ni." kata Syikin sendiri lalu tergelak kecil.

"Contohi apa Ikin?"

Syikin tersentak. Dia terus memusingkan badannya lalu tersengih memandang wajah bakal kakak iparnya.

"Erk..contohi gadis cantik dan baik seperti Ikin," balasnya dengan cepat. Elyna tergelak lalu meraih tangannya.

"Jom, dah lewat ni." ujar Elyna lalu dibalas anggukan dari Syikin.

"Eh, jap. Daddy akak mana?" soal Syikin mencari kelibat ayah Elyna.

"Daddy awal lagi dah keluar. Ada kerja katanya," jawab Elyna dan sekali lagi Syikin mengganguk.

Mereka berdua melangkah keluar dari rumah agam tersebut dan masuk ke dalam perut kereta lalu meninggalkan kawasan perumahan tersebut.





Arline termenung jauh. Dah nak hampir sebulan dia dikurung dalam rumah Syaril. Hatinya merintih merindui ibunya yang jauhnya.

Bibirnya mengeluarkan keluhan. 'Mereka' pun telah lama dia tidak lihat kerana sibuk menjaga ibunya yang berada di kampung.

"Bosannya." keluhnya.

Tok!  Tok! Tok!

Pintu biliknya dibuka. Dia lihat ada dua orang gadis yang sangat cantik sedang menghampirinya. Dia tersenyum tawar kepada mereka.

"Assalamualaikum, akak Arline." sapa seorang gadis dengan ceria lalu memeluknya. Arline terkejut, namun perlahan-lahan dia membalas pelukan tersebut.

"Hai." katanya dengan senyuman. Dua gadis itu mengambil tempat disebelah kiri dan kanannya dengan senyuman manis.

"Akak ni cantiklah. Kenalkan saya Syikin dan sebelah akak tu akak Elyna, bakal kakak ipar saya." ujar Syikin dengan riang. Arline mengganguk faham.

"Kau tak payah malu. Buat macam biasa je." sampuk Elyna pula. Arline hampir sahaja menitiskan airmatanya. Seumur hidupnya, tiada seorang pun yang nak berkawan dengannya. Dia tidak pernah rasa dikasihi dan disayangi. Apalagi nak mengambil berat tentang dirinya. Kecuali arwah ayahnya sahaja.

"Terima kasih," ucapnya lalu airmatanya mengalir setitik kerana terlalu gembira. Syikin dan Elyna terkejut melihatnya.

"Eh, asal akak nangis? Akak sakit ke?" soal Syikin cemas. Laju sahaja Arline menggelengkan kepalanya.

"Tak. Aku tak sakit. Aku cuma gembira je," balas Arline lalu tersenyum hambar. Elyna terus memeluk tubuhnya dengan erat.

"Kau janganlah sedih. Anggap je kami dua ni keluarga kau." kata Elyna dengan senyuman bahagia. Jika, kakak kembarnya tidak menyukainya, sekurang-kurangnya ada Arline untuk dia menjadikan tempat untuk bermanja. Memandangkan gadis itu 2 tahun tua darinya.

"Ikin pun nak peluk juga." kata Syikin lalu memeluk tubuh kedua-dua gadis itu dengan senyuman. Mereka bertiga tergelak sesama sendiri.

"Kau tak kisah ke aku panggil kau dengan gelaran 'aku, kau'?" soal Elyna.

"Tak kisah pun. Aku okey je," balas Arline dengan senyuman.

"Akak tak bosan ke asyik terperap je dalam bilik ni?" soal Syikin pula. Elyna menggangukkan kepalanya.

"Ya. Kau tak bosan ke?"

"Bosan tu adalah. Tapi, nak buat macam mana." ujar Arline pasrah. Syikin dan Elyna berpandangan sesama sendiri.

"Jom, keluar!" jerit mereka berdua serentak. Arline mengurut dadanya kerana terkejut dengan jeritan Syikin dan Elyna.

"Keluar pergi mana?" soal Arline pelik.

"Keluar jalan-jalan. Daripada asyik terperap je dalam bilik ni." kata Syikin.

"Betul tu." sampuk Elyna pula.

"Boleh ke?"

"Bolehlah! Siapa kata tak boleh pula?" soal Syikin tidak puas hati. Tidak lain tidak bukan, mesti Syaril yang tidak benarkan gadis itu keluar.

"Takde siapa. Okeylah." ujar Arline kepadanya. Syikin sudah menjerit suka lalu memeluk tubuhnya lagi.

"Hah! Macam tulah. Sekarang akak pergi mandi, and then bersiap cantik-cantik eh." ujar Syikin lalu dibalas anggukan dari Arline.

Arline melangkah masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Syikin tersenyum lebar. Suka sangat dia melihat wajah gadis itu, tenang sahaja.

"Amboi, Ikin bukan main gembira lagi eh?" kata Elyna kepadanya. Syikin tersengih kepada Elyna.

"Gembira sebab ada geng barulah akak. Macam je akak tak gembira. Eley, ikin tahu akak pun gembirakan?" duga Syikin. Elyna tergelak.

"Mestilah gembira," balas Elyna lalu mereka berdua tergelak bersama-sama. Tawa mereka bergema di dalam bilik Arline.



Done update gais. Jumpa malam ni lagi eh. Macam biasa sayang, jangan lupa komen dan vote eh. Jumpa pada bab yang sterusnya tatatatata❤❤

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now