Arline terasa terganggu tidurnya bila ada sesuatu yang membisikkan di telinganya. Matanya terus terbuka luas bila mendengar butir bicara yang dibisikkan di telinganya itu.
"Ibu!"
Jerit Arline dengan nafas yang sesak. Dengan langkah yang laju, dia mengambil tudung, beg dan kunci kereta untuk bergegas pulang ke rumah ibunya.
Enjin kereta dihidupkan dan gear dimasukkan. Arline memandu dengan laju sekali, memandangkan hari sudah lewat malam, senang untuk dirinya memandu dengan laju kerana kereta kurang yang ada diatas jalan raya.
Dalam hatinya sangat risau akan keadaan ibunya yang berada jauh dengannya. Dia tidak kisah jika ibunya tidak suka kehadirannya nanti disana, yang penting adalah dia harus pergi berjumpa dengan ibunya juga.
Mata Arline melihat kearah belakang keretanya yang ada lembaga sedang menemaninya. Mata dipejamkan sebentar sebelum dia membukanya kembali .
"Tolong perhatikan ibu aku disana, aku arahkan korang untuk jaga ibu aku. Tentang aku, korang tak perlu risau. Dalam masa 1 jam setengah lagi aku sampai. Ini arahan, jangan ingkar!" serius Arline memberi arahan kepada lembaga tersebut.
"Dan lagi satu, jangan apa-apakan ibu aku. Walaupun dia benci aku tapi dia tetap syurga aku dan dia tetap bidadari aku yang lahirkan aku. Jadi, jangan apa-apakan dia, faham tak?" ujarnya lagi laju sahaja lembaga-lembaga tersebut mengganguk dan menghilang diri dalam sekelip mata.
Zapp!
"Ibu, line datang ibu. Line rindu ibu, tunggu line ye bu." gumamnya sayu dengan mata yang berkaca-kaca. Pedal minyak ditekan dan meluncur laju diatas jalan raya.
"Mana anak kau line huh? Baik kau beritahu aku mana dia?" marah seorang lelaki yang bertatoo pada lehernya dan beberapa orang konco-konconya.
"Anak aku tiada dekat sini, berapa kali aku nak cakap yang aku dah halau dia dari rumah ni, takkan korang susah nak faham lagi," jawab Puan Kayla dengan perasaan takut. Lebih-lebih lagi bila melihat pistol pada tangan konco-konco lelaki tersebut.
"Dia dekat mana sekarang? Aku pasti kau tahu dia ada dekat mana." ujar lelaki itu dengan mata yang tajam melihat Puan Kayla yang nampak sangat takut dengan mereka.
"Aku kata tak tahu! Buat apa aku nak kisah tentang anak setan tu! Tiada masa aku nak ambil berat. Buat malukan aku je dengan sikap syirik dia tu," balas Puan Kayla dengan lantang. Hilang terus perasaan takutnya jika berkaitan dengan anaknya Arline, anak iblis dan syirik yang dia gelarkan. Sedikit pun dia tidak menyayangi gadis itu dari kecil hingga ke besar.
"Hei, orang tua! Kau memang nak mati ke? Kau sendiri yang buat perjanjian dengan aku untuk jual anak kau tu. Aku dah bayar anak kau sebanyak 1 Juta! 1 Juta bukanlah sejumlah yang sedikit kau tahu tak! Dan sekarang kau boleh kata kau halau dia!" tengking lelaki tersebut dengan perasaan yang marah. Urat-urat hijaunya timbul disekitar lehernya.
Gulp!
Puan Kayla terdiam seribu bahasa, masih segar diingatannya dia membuat perjanjian kepada lelaki yang mempunyai sebuah club yang terkenal untuk menjual anak kandungnya untuk kepentingannya sendiri. Dia juga menjual Arline kerana gadis itu sentiasa membuatkan dia berasa malu dengan sikap syiriknya.
"A...aku..ak..an..ca..ri..d..dia.." ujar Puan Kayla tergagap-gagap. Dahinya sudah berpeluh. Dalam hatinya sudah banyak makian untuk anaknya itu. Selalu sahaja menyusahkan hidupnya, anak tak guna langsung. Dia terlupa akan perjanjian tersebut kerana terlalu marah dengan anaknya dan terus menghalaunya tanpa berfikir. Dia mengaku itu memang kesalahannya sendiri .
"Ibu! Ibu!"
Jerit Arline dari luar rumah mereka. Semuanya memandang kearah jeritan tersebut. Puan Kayla sudah tersenyum lebar. Nampaknya , dia tidak perlu mencari gadis itu, kerana Arline sendiri yang datang kepadanya.
'Perempuan bodoh!' kutuk Puan Kayla dalam hatinya.
"Ibu, Ib----" terhenti terus jeritannya bila melihat ramai lelaki yang berwajah bengis memandang kearahnya. Namun, dia hanya beriak biasa sahaja. Kaki melangkah menghanpiri ibunya yang jelas memandangnya dengan penuh kebencian.
"Ibu, ibu tak apa-apa? Mereka ada sakiti ibu ke?" soal Arline dengan risau dengan mata yang berkaca-kaca. Sungguh dia sangat merindui wanita dihadapannya itu, walaupun dia tahu ibunya tidak akan pernah merinduinya seperti dia merinduinya Puan Kayla.
"Kau tak payah nak berlakonlah setan! Mereka semua ni cari kau! Kau faham tak? Sekarang kau pergi ikut dengan mereka dan jangan jejak kaki kau dekat sini lagi." marah Puan Kayla kepadanya, dengan kasar dia menarik tangan Arline pergi menghampiri dengan lelaki yang dia pernah membuat perjanjian dulu.
"Ibu, kenapa bu? Kenapa ibu suruh line ikut mereka semua?" soalnya pelik, namun soalan hanya dibiarkan sahaja oleh Puan Kayla.
"Nah, sekarang kau dapatkan anak aku. Kamu semua boleh berambus! Dia bukan lagi anak aku. Dia ni layak jadi pelacur, bagus sangat kau beli dia. Tak ingin aku nak jaga anak macam dia ni, menyusahkan aku!" ujar Puan Kayla tanpa memikirkan perasaan Arline berada disebelahnya.
Hati Arline hancur berkecai mendengar butir bicara yang dikatakan oleh ibunya. Sanggup ibunya menjual dirinya, tiada rasa sayang ke dalam diri wanita itu?
"Ibu! Sampai hati ibu cakap macam tu. Line anak ibu, darah daging ibu! Ibu tak sayang line ke? Ibu tak sayangkan darah daging sendiri ke?" soalnya dengan airmata yang berlinangan.
"Sedar diri sikit anak iblis, yang aku takkan pernah pun rasa sayang dekat kau! Dan kalau boleh aku tak mahu ada anak seperti kaulah!" tengking Puan Karlya dengan penuh kebencian dalam hatinya.
Mata Arline diahliakan kepada lembaga yang ingin membuat sesuatu kepada ibunya. Mata Arline dipejamkan dan berkata dalam hati untuk berinteraksi dengan kesemua lembaga tersebut.
'Jangan apa-apakan ibu aku. Tunggu sahaja arahan dari aku.' desis hati Arline.
Mata dibuka semula, dia lihat lembaga tersebut akur dengan arahannya membuatkan dia lega sedikit. Nasib sahaja lembaga itu tidak mmbuat sesuka hati mereka. Kerana setiap arahan darinya akan mereka patuhi sepenuhnya kerana Arline adalah tuan mereka.
"Shown, Jian bawa dia." Arah ketuanya kepada konconya yang bernama Shown dan Jian. Laju sahaja mereka menganggukkan kepala.
"Ibu..line taknak ibu! Tolonglah jangan buat line macam ni bu, ibu!" jerit Arline dengan tangis yang bergema dalam rumah tersebut. Namun, ibunya hanya memandangnya dengan pandangan mengejek sahaja.
Lengan Arline ditarik dengan kasar lalu diheret keluar dari rumah tersebut. Arline tidak berhenti menjerit nama ibunya berharap ibunya akan mempertahankan dirinya. Namun, itu hanyalah mimpi kerana ibunya tidak akan melakukan hal itu.
"Ibu! Ibu! Line sayang ibu! Ibu syurga line" jerit Arline lagi yang kini berada diluar halaman ruma mereka. Lembaga-lembaga miliknya setia mengikuti kemana sahaja dirinya.
Tubuh Arline ditolak dengan kasar masuk kedalam kereta. Arline tidak berhenti menjerit memanggil nama ibunya. Tersendu-sendu dia menangis didalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan dan meninggalkan kawasan perumahan itu. Semakin lama semakin jauh dan Arline menatap rumah mereka dengan pandangan sayu.
"Kau perempuan lebih baik kau diam! Kalau kau tak nak sesuatu yang kau tak ingin terjadi dekat kau!" kata lelaki yang bernama Shown kepadanya.
Wajah Arline ditundukkan dan airmata dikesat dengan ibu jarinya sebelum dia mengukirkan senyuman yang sinis dan menyeramkan. Well, dia hanyalah berlakon sahaja dihadapan ibunya tadi agar belangnya tidak ketahuan. Senang sikit dia nak larikan diri dari lelaki-lelaki tak guna tu.
'Now, jom kita main. Terima kasih ibu sebab berikan Arline mainan baru.' desis hati Arline lalu tergelak jahat.
Baca ye guys! jangan lupa tekan bintang comel tu. Hehe memandangkan Putri ada masa jadi putri update untuk korang . Btw happy new year guys loveyouu ♥️♥️✨
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...