27

3.6K 239 28
                                    

Arline dan Elyna hanya berdiam diri sahaja. Kesemua anak buah Syaril yang mengawal di rumah tersebut menghalang mereka untuk keluar.

Syikin pula tidak berhenti membebel dan berdebat dengan mereka. Tidak padan dengan kecik, tapi mulut dia boleh tahan lancang juga.

"Kau siapa nak halang kami? Kami nak keluar bukannya larikan dia dari rumah ni!" marah Syikin dengan wajah yang bertukar merah.

"Maafkan kami. Tapi, boss dah beri amaran kepada kami kalau Puan Arline keluar, kami akan dihukum," balas seorang anak buah Syaril.

Arline menundukkan kepalanya. Dia fikir bersama Syaril hidupnya tidak dikongkong. Rupanya, sama sahaja.

"Tak apalah ikin. Lain kali jelah kita keluar eh." ujar Arline lalu tersenyum segaris. Namun, Syikin tidak berputus asa.

'Kau sial memang nak kena dengan aku.' desis hati Syikin.

Dia mendekatkan bibirnya di telinga anak buah Syaril dengan senyuman sinis. Elyna dan Arline memandangnya pelik.

"Kau belum kenal aku boy. Aku Miss Queen. Aku rasa kau tahu siapa dia. Tapi, kau tak pernah jumpa dia. Kau jangan nak berlagak kuat. Kau baru je kerja dekat sini. So, jangan nak memandai halang aku." bisik Syikin. Lelaki itu terkejut. Wajahnya bertukar pucat.

"I'm sorry, Miss." ujar anak buah Syaril lalu menundukkan kepalanya. Arline memandangnya pelik. Dia yakin pasti Syikin ada ugut lelaki itu.

"So, kami dah boleh keluar kan?" soal Syikin dengan serius. Lelaki tersebut menganggukkan kepalanya dengan laju. Arline sudah tersenyum bahagia dalam hati.

"Jom, akak." kata Syikin riang lalu meraih kedua tangan gadis itu dan melangkah keluar. Sempat lagi dia mengenyitkan matanya sebelah kepada anak buah Syaril.

'Tahu takut.' desis hati Syikin.









Syaril termenung jauh. Lagi sehari mereka berada di Amerika. Selepas itu, mereka akan pulang semula ke Malaysia.

Fikirannya melayang memikirkan Arline. Gadis pelik yang cantik. Jujur dia katakan, dia berasa pelik dengan gadis itu. Dia dapat rasakan yang Arline ada menyimpan sebuah rahsia yang besar dalam dirinya.

"Rahsia apa yang kau sembunyikan?" gumamnya sendiri. Kepala digelengkan memikirkan hal itu.

Dia malas nak ambil tahu. Perasaan suka dalam dirinya tiada langsung. Dia hanya menjaga gadis itu daripada menjadi mangsa musuhnya nanti.

'Aku harap kau baik-baik sahaja di sana. Tunggu aku pulang esok pelik.' desis hati Syaril.







Arline berasa gembira kerana akhirnya dia dapat keluar bersama rakan-rakannya. Iaitu, Syikin dan Elyna. Dia teringat akan rakannya Meimei. Sudah lama dia tidak mendengar khabar gadis itu semenjak dia tinggal di rumah Syaril.

'Meimei, aku rindu kau.' sayu Arline berkata dalam hati.

"Akak line okey ke? Kenapa muka akak sedih je?" soal Syikin prihatin. Arline menggelengkan kepalanya.

"Takde apalah. Akak gembira sangat sebab korang berdua sudi nak berkawan dengan aku." kata Arline dengan senyuman manis.

"Mestilah! Bukan setakat kawan tau. Kita dah macam adik beradik." sampuk Elyna pula dengan senyuman melebar. Syikin menggangukkan kepalanya tanda dia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Elyna.

"Tapi, aku tak layak. Aku jahat. Pembawa malang." sayu Arline berkata lalu kepala ditundukkan. Dia menahan airmatanya daripada mengalir.

"Kenapa cakap macam tu? Semua orang layak." kata Elyna lagi. Arline tersenyum hambar. Perasaan gembira yang dia rasakan tidak dapat diungkapkan.

'Ya Allah. Andai sahaja yang berkata itu adalah ibu. Aku sangat bahagia. Tapi, semua itu hanyalah mimpi sahaja.' desis hati Arline.

"Janganlah sedih. Kita keluar nak happykan diri kita. So, jangan sedih tapi kalau gembira boleh." kata Syikin kepadanya. Arline mengangkat wajahnya lalu tersenyum manis.

"Baik,"

"Macam itulah." kata mereka berdua lalu tergelak. Ketiga gadis itu melanjutkan lagi perjalanan mereka untuk membeli barang keperluan.

Sedang Syikin dan Elyna berbual, mata Arline tidak sengaja terlihat Amri bersama seorang gadis yang sangat dia kenali.

'Well, berok sekor ni memang miang.' desis hati Arline.

Gadis yang bersama Amri adalah kakak kembar kepada Elyna. Pasangan tak betapa sweet tu sedang bergelak tawa. Gedik nak mampus je dia tengok.

"Eh, mana akak line?" soal Syikin kepada Elyna. Mereka memusingkan badan mereka mencari kelibat Arline namun tiada.

"Ya Allah, mana dia pergi?" cemas Elyna. Mata mereka melihat kawasan sekeliling mall tersebut. Dengan keadaan orang yang ramai menyukarkan mereka mencari kelibat Arline.

'Mampus aku oleh Syaril.' bisik hati Syikin.

"Macam ni kin? Arline takde." kata Elyna dengan cemas. Syikin pun tidak kurang juga seperti dirinya. Dia lagilah yang berkali ganda cemas. Dia risau mamat singa tu tahu yang Arline hilang. Memang mengamuk dia nanti.

"Takpe kak. Kita berpecah. Kalau jumpa akak, terus call ikin eh." ujar Syikin lalu dibalas anggukan dari Elyna. Kedua gadis itu berpecah mencari Arline.






Nana berjalan di kawasan taman permainan. Dia tidak keluar bersama Eryna kerana gadis itu sedang bersama kekasihnya Amri.

Tenang sahaja keadaan kawasan tersebut. Dia tersenyum sendiri. Mata dipejamkan dengan senyuman.

Apabila dia membuka matanya dan memusingkan badannya, secara tidak sengaja dia terlanggar seorang lelaki.

Kedebuk!

"Eh, mak kau hijau!" jerit Nana lalu terjatuh. Dia menggosok punggungnya yang terasa sakit.

"I'm sorry, Miss" ucap lelaki itu kepadanya. Nana membuka matanya memandang orang tersebut. Dia terkejut selepas itu dia tersenyum manis.

"Erk..takpe. Salah aku sebab tak tengok orang," balas Nana lalu bangun berdiri. Jantungnya sudah berdegup dengan laju.

'Dia buat apa dekat sini? Jodoh ke atau cuma kebetulan?' Nana berteka-teki dalam hati.

"Baguslah. Aku pergi dulu." kata lelaki itu dan melanjutkan perjalanannya. Nana hanya menganggukan sahaja kepalanya. Dia memandang pemergian lelaki itu dengan senyuman.

"Alamak! Aduh..asal aku boleh lupa! Kenapalah aku tak tanya nama dia tadi. Bodoh kau Nana, bodoh. Ergh!" geram Nana lalu menjerit. Wajahnya sudah cemberut habis.

"Takpelah. Kalau jodoh takkan kemana." gumamnya sendiri. Dengan hati yang senang dia bergegas pulang ke rumah mereka. Berbunga-bunga hatinya kerana berjumpa dengan crush yang dia tidak kenali.


Update lagi sume😚❤. Macam biasa jangan lupa tekan bintang comel tu eh. And komenlah🥰❤

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now