35

3.9K 287 26
                                    

Arline masih memandang baju tersebut. Dah macam orang tidak betul. Dia duduk di atas katil, pakaian tersebut langsung tidak digunakan olehnya.

"Haih, ibu buat apa ek? Dah khawin ke dengan mamat sial tu?" gumamnya sendiri. Angin bertiup dengan sedikit kencang. Bibirnya sudah tersenyum.

"Macam mana korang semua boleh hidup? Ibu dah bakar tempat itu. Tapi, macam mana korang terselamat?" soalnya kepada 'mereka'. Soalan Arline tidak dijawab.

"Kenapa? Hmm, tak apalah. Yang penting korang semua selamat dan kembali dengan aku. Aku sayangkan korang tau, tak sanggup hilang korang lagi." luah Arline sebak. Airmatanya hampir tumpah waktu itu.

"Kami pun sayangkan tuan kami. Kami janji yang kami tidak akan menjauh dengan tuan lagi,"

"Terima kasih." ucap Arline dengan airmata setitik demi setitik tumpah. Tanpa 'mereka', dia tidak kuat dan akan menjadi lemah.

"Korang nak ikut dengan aku ke? Ibu macam mana? Dia sihat je kan? Dia dah khawin ke? Line rindu ibu." ujar Arline dengan soalan yang bertubi-tubi. Dia sangat rindukan ibunya.

"Ibu tuan sihat sahaja. Perkhawinan mereka telah pun dibatalkan dengan lelaki itu. Dan tuan nak pergi ke mana?"

Jawab 'mereka' bersama satu soalan. Arline tersenyum sinis. Dia tahu kenapa perkhawinan tersebut di batalkan. Itu pasti adalah kerja dari 'mereka'.

"Baguslah macam tu. Aku nak pergi majlis pertunangan Elyna," balas Arline lalu dibalas anggukan dari 'mereka'

"Salah seorang ikut aku. Dan lain, berpecah jaga ibu aku dan mamat Amri tak guna tu." Arahnya. 'Mereka' akur dengan arahan tuan mereka.

"Baik, tuan."

"Good. Aku nak bersiap dulu." kata Arline dan bergegas masuk ke dalam bilik air. 'Mereka' pula masih setia disitu menjaga tuan mereka.









Syaril menilik jam di pergelangan tangannya. Dah lewat 10 minit. Namun, kelibat Arline masih belum muncul lagi.

"Mana pula minah sewel ni? Aku suruh dia bersiap je pun, bukannya suruh dia menjadi jenazah dalam bilik. Lembab betullah minah pelik ni." bebelnya dengan geram.

Tidak lama selepas itu, Arline sudah muncul dengan wajah yang sangat cantik bersama pakaian yang diberikan oleh Syaril sebentar tadi.

"Sampai pun. Aku ingat kau nak berlatih jadi jenazah dekat dalam bilik tu." kata Syaril dalam nada memerli. Dia masih belum melihat wajah gadis itu kerana membelakangi Arline.

"Line dah siap. Jom, jalan." ujar Arline dengan semangat. Salah seorang dari 'mereka' mengikuti dia.

"Bagu-----"

Ayat Syaril tergantung setelah dia memusingkan badannya. Tidak berkelip dia melihat gadis itu. Walaupun tidak menggunakan makeup, tetap sahaja kelihatan cantik.

"Kenapa awak pandang line macam tu? Pakaian atau muka line buruk ke?" soalnya kepada Syaril. Syaril pantas menggelengkan kepalanya. Semakin bertambah pelik Arline dibuatnya.

'Haih, minah ni saje goda aku ke?Astaghfirullahalhazim.' kata Syaril di dalam hati.

"Awak?"

"Ya. Memang buruk pun. Dah macam mak nenek yang baru balik dari pasar," balas Syaril kepadanya. Arline merengus geram.

'Suka hati dia je cakap aku macam mak nenek. Macam je rupa dia tu kacak sangat.' getus hatinya.

"Mengutuk akulah dalam hati. Fikir orang tak tahu ke?" kata Syaril. Arline menjulingkan matanya keatas. Dasar mamat kerek.

Anak buah Syaril yang mengawal disitu memandang ketua mereka dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Tidak pernah mereka lihat ketua mereka banyak mulut bersama perempuan. Nampak sangat yang ketua mereka berlainan sikap apabila bersama gadis itu.

"Cepat jalan! Kau tunggu apa lagi? Dahlah aku penat tunggu kau, bersiap pun lama sangat. Jalan. Kau nak suruh aku angkat kau masuk dalam kereta lagi ke?" kata Syaril. Arline menjelingnya sekilas sebelum jalan mendahuluinya.

Kereta lamborghini berwarna hitam ditujui. Setelah pintu kereta dibuka, Syaril terlebih dahulu masuk ke dalam sebelum Arline.

Gadis itu menutup pintu kereta dengan sangat kuat untuk melepaskan geramnya dengan Syaril. Lelaki itu sudah memandangnya dengan tajam.

"Oii, pelik! Tak reti tutup elok-elok ke? Kau ingat kereta aku ni murah? Suka hati dia je tutup kuat macam boom." bebel Syaril bengang. Namun, gadis itu menjelingnya.

"Ada line kisah? Awak kan kaya. Setakat satu kereta rosak, macam tiada je untuk awak," balas Arline dengan senyuman senget membuatkan Syaril bertambah geram.

"Siap kau nanti bila pulang." ujarnya. Arline tidak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri sahaja. Kereta milik Syaril meninggalkan kawasan perumahan tersebut dan menuju ke majlis pertunangan Karl dan Elyna yang mengambil masa 1 jam.







Setelah mengambil masa yang lama, akhirnya mereka berdua sudah sampai di mana majlis pertunangan Karl dan Elyna dilangsungkan. Iaitu rumah milik daddy Elyna.

"Turun."

Arline masih tidak berganjak. Dia bukan apa, dia sebenarnya tidak biasa dengan majlis seperti itu. Seumur hidupnya dia tidak pernah datang ke majlis-majlis seperti itu, semenjak ayahya meninggal dunia.

'Ayah, line rindu dia.' sayu dia berkata dalam hati.

Syaril berasa pelik apabila wajah gadis itu bertukar menjadi mendung. Dia tahu, gadis itu ada memikirkan sesuatu. Tapi, dia tidak tahu apa hal yang difikirkan oleh gadis itu.

"Kenapa ni?"

Soal Syaril sambil memegang tangan Arline. Gadis itu tersentak sebelum dia memandang wajah kacak milik Syaril.

"Takde apalah. Jom, masuk." kata Arline dengan senyuman kecil.

"Betul?"

"Betul,"

Syaril melepaskan pegangan tangannya dan keluar dari perut kereta, begitu juga dengan Arline. Dan sekali lagi Arline tersentak apabila lelaki itu mengenggam tangannya dengan sangat erat.

"Jangan takut, aku ada." katanya kepada Arline. Gadis tersebut mengganguk faham dan jalan beringin masuk ke dalam.

Ramai mata yang memandang kearah mereka berdua, membuatkan Arline tidak selesa. Nak je dia cucuk mata orang yang melihat kearah mereka.

Ada yang tersenyum kearahnya dan ada juga yang menjeling kepadanya. Dia berfikir mungkin orang yang menjeling kearahnya itu, mempunyai perasaaan suka kepada Syaril.

"Awak, kenapa orang tengok kita macam tak pernah nampak lelaki dan perempuan?" soalnya kepada Syaril.

"Biarkan je. Mereka memang macam tu. Mata tak reti duduk diam. Kalau ada yang menjeling dengan kau, balas je balik. Mereka cemburu sebab lelaki kacak macam aku pegang tangan gadis nenek macam kau." dalam berkata sempat lagi dia memuji dan mengutuk Arline.

Arline sudah geram dengannya. Tangan cuba dilepaskan dari genggaman Syaril, namun lelaki itu semakin mengeratkan lagi genggamannya.

"Apa ni? Lepaslah. Awak sendiri cakap line macam nenek kan? Buat apa pegang lagi? Nanti lelaki kacak macam awak dapat malu." ujarnya dalam nada memerli.

"Diam je pelik. Jangan berani nak lepaskan genggaman tangan aku eh? Jangan banyak mulut." katanya. Arline hanya mampu pasrah sahaja.

Kalau diikutkan hatinya, dah lama lelaki itu dia belasah. Mulut macam perempuan, ada je benda dia bebel dan asyik nak menang je. Menyampah betul dia dengan mamat kerek tu.

Syaril pula tersenyum dalam hati. Dia suka mengusik gadis itu. Entah kenapa, tapi dia rasa bahagia je apabila disamping gadis itu.

"Just stay with me, girl."





#Sepertibiasasemua❤️❤️❤️
#janganlupavotedankomen❤️💕

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now