Arline hanya mendiamkan diri sahaja. Dia tidak berkata sepatah langsung. Syaril pula sudah risau terhadap gadis itu.
Syaril menghentikan keretanya di tepi jalan. Waktu itu, mereka sedang dalam perjalanan pulang. Tangan Arline ditarik lalu digenggam.
"Kau kenapa ni pelik? Kepala kau masih sakit ke?" soalnya prihatin. Anak matanya melihat ke dalam anak mata Arline.
"Okey je," balas Arline kepadanya. Dahlah hanya mereka berdua sahaja, seram pula tu.
"Kau tidurlah dulu. Nanti dah sampai rumah, aku kejut." ujarnya lembut membuatkan jantung Arline kembali berdegup dengan laju.
'Mamat ni okey ke tak? Kalau macam ni hari-hari, boleh dapat sakit jantung aku.'
"Takpe, line tema-----"
"Tiada alasan. Ikut je cakap aku. Boleh tak kau jangan degil?" dingin Syaril berkata. Geram dengan perangai gadis itu.
"Tapi----"
"Diam dan tidur," potong Syaril dengan laju. Arline menjeling sebelum dia menutup mata. Dalam hati sudah berbakul kutukan untuk Syaril.
Lelaki itu menggelengkan kepalanya sebelum melanjutkan perjalanan mereka semula. Semasa dalam perjalanan, kereta musuh mereka sedang mengejar kereta milik Syaril.
"Damn it!"
Syaril melajukan lagi keretanya. Dan malangnya pada waktu itu, dia tidak membawa seorang pun daripada anak buahnya.
Bang!
Bunyi satu tembakan dilepaskan, tetapi Syaril pantas mengelak. Arline terkejut lalu membuka matanya. Terlihat ada dua buah kenderaan yang mengejar mereka. Satu kereta dan satu lagi van. Kedua-dua kenderaan tersebut berwarna hitam.
"Awak, apa jadi?" soalnya kepada Syaril. Wajah lelaki itu sukar ditafsirkan.
"Takde apa. Tenang je okey." ujar Syaril kepadanya. Namun, Arline bukannya bodoh. Matanya memandang kearah salah seorang dari 'mereka'. Arline berinteraksi di dalam hati.
'Kenapa kereta itu kejar kami?'
"Mereka adalah musuh kepada Syaril,"
Arline terdiam sejenak. Matanya memandang kearah kereta tersebut. Setiap tembakan yang dilepaskan dapat dielak oleh Syaril.
'Mereka nak apa?'
"Mereka ingin menculik, tuan. Kerana tuan adalah perempuan yang rapat dengan Syaril,"
Arline terdiam lagi. Dia tidak boleh biarkan musuh Syaril berjaya. Dia mesti menghalangnya.
'Aku nak kau lakukan sesuatu, buatkan salah satu kereta tersebut rosak dan buatkan orang di dalam kereta tersebut tidak sedarkan diri.'
"Baik, tuan,"
Selepas mendapat arahan dari Arline, dia terus lesap dalam sekelip mata. Walaupun Arline ada 'mereka', tetapi dia tidak mahu menyalahgunakan 'mereka' dalam melakukan kejahatan. Sebab itu adalah amanah dari arwah ayahnya.
Tidak sampai seminit salah satu kenderaan tersebut rosak dan tidak bergerak seperti yang diarahkan oleh Arline. Syaril memandang cermin sisi dan berasa pelik.
'Apa jadi dengan kereta tu? Lantaklah! Yang penting, mereka tidak dapat Arline.'
Arline tersenyum sinis. Selepas itu, dia memeriksa laci kereta tersebut dan terjumpa sebuah pistol.
"Jangan buat kerja bodoh, pelik!" marah Syaril seperti tahu sahaja apa yang hendak gadis itu lakukan.
"Line nak buat juga! Mereka orang jahat! Mana boleh biarkan," balasnya kembali membuatkan Syaril menahan rasa dengan gadis itu.
YOU ARE READING
𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄
Mystery / Thriller( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 3 ) 🏆BEST MYSTERY BOOK AWARD 🏆TOP 2 BEST GOLD AWARD 🏆TOP 2 MYSTERY BRILLANTE AWARD Seorang gadis yang pelik, dimana saja dia berada, pasti orang akan menganggapnya pelik kerana sikapnya yang suka membant...