3

6.8K 473 54
                                    

"Senangnya dalam hati, kalau selalu begini, senangnya dalam hati, hari-hari macam ni." nyanyi Arline dengan riang dan kuat. Tangannya juga ikut menari dengan rentak lagunya. Hari sudah berganjak pukul 12:30 tengah malam, namun dia masih berkeliaran diluar, baginya hari malam seperti hari siang sahaja. Perasaan takut tiada sedikit pun dalam dirinya.

"Air pasang pagi, surut pukul lima, Arline bangun pagi, jumpa dengan mereka. Mereka sangat cantik seperti bidadari syurga, oh gembiranya hati Arline dapat berjumpa dengan mereka." nyanyi Arline lagi.

Sedang dia sibuk bernyanyi dengan riangnya, matanya terarah dengan susuk tubuh manusia yang sedang duduk ditepi tempat yang agak sunyi seorang diri selepas ditinggalkan oleh sekumpulan lelaki yang bersama benda yang tajam ditangan mereka masing-masing.

Kaki ditujukan kearah lelaki itu, terlihat dia sedang termenung dan meraup rambutnya dengan kasar, dan perkara itu membuatkan Arline berasa pelik. Ada lagi orang yang berani berada diluar pada lewat tengah malam sama seperti dirinya. Sampai sahaja dihadapan lelaki itu, dia terus menegurnya.

"Hi, encik. Kenapa encik ada dekat sini, tak takut ke nanti ada sesuatu yang terjadi pada encik?" soalnya dengan wajah yang pelik. Lelaki itu tersentak dan mengurut dadanya akibat terkejut dengan teguran Arline terhadapnya secara tiba-tiba.

"Aku lelaki, tak perlu takut pun sebab aku pandai jaga diri aku sendiri. Semestinya, kau yang patut takut sebab kau tu perempuan," balas lelaki tersebut mendatar. Arline hanya tersengih sahaja mendengarnya.

"Heheh, saya sebenarnya lupa jalan pulang sebab tu saya ada dekat sini, em encik jangan fikirkan sangat eh dengan orang yang beri amaran dengan encik tu, bekas kekasih encik tu sengaja je cakap yang dia hamilkan anak encik, sebabnya dia ingin khawin dengan encik dan ingin harta encik. Dan lagi satu, anak yang dia hamilkan itu bukan anak encik ye, tapi anak lelaki simpanan dia. So, encik jangan pening okey!" kata Arline tanpa ada silap. Lelaki itu memandangnya tanpa berkelip.

Setahunya, dia tidak pernah pun kenal Arline apalagi berjumpa dengannya. Entah bagaimana pula gadis itu boleh mengetahui masalah yang membuatkan dirinya berasa pening dan marah terhadap bekas kekasihnya. Semuanya yang dikatakan oleh gadis itu, semuanya betul, tiada satu pun yang silap.

"M..acam..mana..kau..tahu?" soalnya dengan riak terkejut malah Arline hanya tersenyum senget sahaja sebelum dia menjawab soalan lelaki itu yang nampak jelas terkejut dengan apa yang dia katakan sebentar tadi.

"Encik tak perlu tahu, encik diam sahaja okey, diam dan dengar cakap ibu ni, jangan pusingkan kepalamu ye anakku, ibu pulang dulu ye." katanya dan melangkah pergi dari tempat tersebut. Namun, baru beberapa langkah, lelaki itu mengatakan sesuatu yang membuatkan dia sakithati.

"Kau ni hantu jembalang ke? Aku rasa kau ni setanlah, tiba-tiba muncul lepastu cakap semua masalah aku yang kau tahu. Kau memang jin ke apa?"" kata lelaki itu dengan kuat. Arline sudah menjeling kearahnya.

"Saya bukan jin mahupun jembalang okey! Saya ni manusia. Kau faham tak maksud manusia? Kalau kau tak faham lagi bagus kau pergi sekolah semula. Itulah, dulu waktu sekolah asyik buat hal je, pemalas lagi tu, cikgu tengah mengajar pun, kau tidur je, and last akhirnya SPM kau gagal. Kau tu bernasib baik je sebab keluarga kau kaya, kalau tak mungkin kau dah jadi pengemis tahu tak," balas Arline dengan berang dan sekali lagi lelaki itu terkejut.

"Kau ni siapa huh? Kenapa kau tahu semua tentang aku, aku tak kenal kau pun! Atau kau suka aku eh, sebab tu semua tentang aku, kau tahu, betul kan?" tuduh lelaki tersebut kepadanya. Arline sudah memandangnya dengan perasaan yang geram.

"Takde masa aku suka kaulah! Dahlah rupa macam papa zola, mulut pula macam mama zola, badan macam gopal, ada hati nak aku suka!" ejek Arline selamba badak sahaja. Dahlah hati dia tengah panas.

"Oi, perempuan. Kau jaga sikit mulut kau eh? Kau tu dahlah pelik, perangai pun macam setan je, semua benda kau tahu! Dasar perempuan gila, pelik," balas lelaki tersebut. Sakit pula hatinya diejek oleh gadis itu.

"Oi, encik Syaril. Mulut tu jaga sikit, aku ni bukan pelik, bukan setan! Kau tu yang setan! Kau ni tak reti bersyukurlah, kau semestinya berterima kasih dengan aku sebab dah beritahu niat jahat bekas kekasih kau tu, bukannya tuduh aku. Kerek betullah mamat ni, memang padan pun mulut kau macam mama zola," balasnya lalu menjulingkan matanya keatas .

"Kau ni perempuan pelik betullah, pertama kau tahu masalah aku, kedua kau tahu masa silam aku yang tidak berguna waktu sekolah, dan sekarang kau tahu pula nama aku, bagus kau beritahu aku, kau ni siapa sebenarnya." kata Syaril dengan serius memandang kearahnya.

"Ehhh, kalau aku tak nak pun, apa je kau boleh buat. Dahlah aku nak balik, mengantuk pula rasanya bila dapat jumpa makhluk bunian macam kau ni, dahlah sewel, bunian lagi tu, gigi pun hitam," ejeknya dengan senyuman senget.

"Gigi aku putihlah, berbau wangi lagi tahu tak, macam wangi syurga! Nampak hitam sebab gelap! Kau ni memang betul-betul pelik lah, otak pun macam terputus wayar je aku tengok," balas Syaril namun Arline malas hendak berdebat lagi dengan lelaki itu, buat sakithati je.

"Apa-apa jelah, aku nak pulang." kata Arline dan meninggalkan lelaki itu dengan perasaan yang berang. Nak je dia buat sesuatu dengan lelaki itu tetapi bila mengenangkan nasib lelaki itu membuatkan niatnya terus terpadam.

Sebenarnya dia tahu yang lelaki itu mempunyai seorang bekas kekasih yang sangat cantik, dan mereka bercinta sudah lama, tetapi Syaril memutuskan hubungan mereka kerana bekas kekasihnya itu curang terhadapnya. Dan membuatkan lelaki itu pening adalah dia diperangkap oleh bekas kekasihnya dan menuduh Syaril merogolnya.

Dan selepas kejadian itu, dirinya selalu diugut oleh gadis itu, jika Syaril tidak ingin bernikah dengannya, dia akan melaporkan kepada pihak polis dan keluarga Syaril juga yang akan mendapat malu kerana keluarga lelaki itu sangat kaya dan ternama. Semuanya Arline tahu tanpa harus mengupah orang.

"Menyesal pula aku tolong beritahu kau, dahlah tak reti bersyukur, kerek betul." gumamnya sendiri lalu menuju ketempat parking keretanya untuk begegas pulang kerumahnya. Terasa badannya penat kerana dah berapa jam dia berjalan dan hilang terus mood bahagianya setelah berjumpa dengan lelaki itu. Sakit tahu tak hati ni, suka hati dia cakap aku pelik, aku ni bukan peliklah, dia tu yang pelik.

'Aku tak pelik. Kalau aku pelik, 'mereka' takkan rapat dengan aku. Jadi, sebenarnya aku tak pelik tapi aku ni istimewa.'

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now