30

4.2K 297 100
                                    

Arline tidak senang duduk apabila ada sepasang mata yang tajam memandangnya dengan tajam. Peluh didahi tidak dihiraukan olehnya. Tangannya menggeletar habis.

"Kenapa? Takut?" soal orang itu kepadanya. Gadis itu tidak menjawab. Dia memejamkan matanya mencari kekuatan.

'Aku rindu korang. Kalau ada korang mesti aku takkan lemah macam ni.' desis hati Arline.

"Dah bisu?" soal orang iu lagi kepada Arline. Bibir dikemam sebelum dia menjawab soalan orang tersebut.

"De...ngar," jawab Arline takut. Terdengar gelakkan sinis dari orang tersebut. Seakan mengejek dirinya yang lemah tika itu.

"Nurul Arline..anak kepada bakal isteri aku." kata Amri kepadanya. Arline hanya berdiam diri sahaja. Sakit hatinya bila lelaki itu mengejek dan mentertawakan dirinya.

"Lebih baik kau batalkan perkhawinan kau dengan ibu aku setan! Kau cuma nak harta je kan?" marah Arline dengan lantang. Anak matanya tajam melihat kearah Amir yang tidak langsung takut dengannya.

"Woo! Bertenang sayang. Ibu kau yang cintakan aku separuh mati. Memandangkan aku ni lelaki yang baik, aku terimalah cinta orang tua tu."  sinis Amri berkata membuatkan Arline bertambah marah.

Pang!

"Jaga sikit mulut kau! Orang tua yang kau panggil tu adalah ibu aku!" marahnya. Amri mengusap pipinya yang terasa kebas akibat tamparan Arline sebentar tadi.

Tangan Arline dicengkam dengan kuat dengan senyuman mengejek. Gadis itu meronta meminta untuk dilepaskan.

"Kau siapa nak tampar aku? Berani kau eh?" soalnya dengan Arline. Urat hijaunya mula keluar disekitar lehernya. Arline menjadi takut namun perasaan tersebut dia tepis.

"Aku manusia dan kau setan!"

Buk!

"Auch!"

Arline memegang perutnya yang terasa sangat sakit. Bibir dikemam dengan mata yang terpejam. Lelaki itu menumbuk perutnya dengan sangat kuat.

Apalah nasib dirinya. Dengan kepala yang berbalut, selepas itu keadaan tubuh dia yang belum pulih sepenuhnya tetapi Amri pula menumbuknya.

'Aw..ak..tolong..saya.' desis hati Arline sayu.

"Balasan sebab kau berani lawan aku. Takkan ada yang akan tolong kau. Dah, aku nak berambus dari sini. Well, kau pun mesti tahu hari ini adalah hari perkhawinan aku dengan orang tua tak sedar diri tu." sinis Amri berkata.

"So, bye gadis malang."

Selepas sahaja berkata begitu, Amir terus melangkah keluar dari bilik tersebut dengan gelakan yang kuat. Arline pula hanya mampu menangis dan menangis.

"Awak tolong saya. Saya merayu." gumam Arline dengan airmata yang setia mengalir di pipinya. Dia berharap sangat Syaril akan menemui dirinya.






Syaril dengan wajah dinginnya menghampiri rakan-rakannya. Karl masih lagi menjejaki kedudukan Arline. Manakala, Syikin pula membantu abangnya untuk menjejaki kedudukan Arline.

"Bro! Aku dah dapat." kata Karl dengan gambira. Syikin pula sudah tersenyum gembira dan tak sabar nak jumpa gadis itu. Jujur dalam hatinya yang dia mulai menyayangi Arline seperti dia menyayangi Elyna.

Syaril hanya menggangukkan kepalanya. Tiada senyuman yang dia pamerkan kerana itu memang adalah sikapnya.

"Dia dekat mana sekarang?" soalnya. Walaupun riak wajahnya dingin dan seperti tidak kisah dan gembira sahaja namun Karl tahu yang Syaril gembira mendapat berita tersebut.

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now