41

4.2K 260 26
                                    

Syaril telah tiba di hadapan markasnya. Kaki melangkah keluar dari dalam perut kereta dan melangkah masuk ke dalam.

Anak buahnya menunduk hormat kepadanya. Syaril membalas seperti biasa, iaitu dengan menggangukkan kepala.

Bilik seksaan ditujui dengan riak wajah yang tegang dan ketat. Pergerakkan kakinya dilajukan lagi.

"Bilik?" soalnya.

"1 boss,"

Syaril terus menuju ke bilik no 1. Pintu dibuka dengan kasar. Bibirnya terus mengukirkan senyuman sinis apabila melihat mangsanya.

"Bro! Akhirnya, sampai pun." kata Karl dengan senyuman. Syaril hanya mengganguk sahaja.

Dia mendekati mangsanya yang masih belum sedarkan diri. Selepas itu, dia memandang kearah Karl, Adha, Yarham dan Syikin dengan senyuman senget.

"Tak nak join ke?" soalnya kepada mereka semua. Yang lain menggelengkan kepala, manakala Syikin dengan terujanya bangkit dari tempat duduknya dan menuju kearah Syaril.

"Ikin nak!" ujarnya dengan semangat.

"Ye, sure," balas Syaril. Isyarat mata diberikan kepada anak buahnya untuk membawa sebekas air untuk menyiram mangsanya.

Anak buah Syaril terus mengambil apa yang diarahkan olehnya. Lalu, air tersebut disimbahkan ke atas mangsa mereka.

Splash!

"Uhuk! Uhuk!"

"Lena sangat tidur?" sinis Syaril berkata kepada mangsanya. Syikin pula sudah menuju ke alat penyeksaan untuk memilih alatan yang dia gunakan untuk menyeksa orang tersebut.

"Dekat mana ni?" soalnya takut. Bibirnya bergetar melihat kesemua alat seksaan di hadapan matanya. Syaril memandangnya dengan sinis.

"Dalam syurga," jawab Syaril sambil tersenyum penuh makna. Wajah tersebut ditenung dengan perasaan marah.

"You nak apa dekat i. I dah takde kacau hidup you pun!" tengking orang tersebut. Syaril tergelak sinis.

"Yakin tiada kacau hidup aku? Kau ingat aku tak tahu yang kau nak hapuskan bakal isteri aku. Kau ingat aku tak tahu ke? Nerry, aku ingat kau bijak, rupanya otak kau lembab juga," ejek Syaril kepadanya.

Orang itu adalah Nerryna. Gadis yang menampar Arline pada majlis pertunangan Karl dan Elyna. Selepas sahaja kejadian itu, Syaril terus mengarahkan anak buahnya dan termasuk rakannya untuk menangkap gadis tersebut.

"Macam..mana...you..tahu?" soalnya dengan nada bergetar. Syaril memandangnya sinis.

"Bukan urusan kau. Sekarang, kau terima balasan atas apa yang kau buat." sinis dia berkata kepada gadis itu.

"Jangan apa-apakan, I! I minta maaf, i cuma nak you jadi milik i. Salah ke?" ujarnya dengan esakkan. Syaril memandangnya malas.

"Memang salah sebab aku tak cintakan kau!" tengking Syaril dengan wajah yang membengis, membuatkan gadis itu menjadi takut.

Syaril melangkah kearah alat penyeksaan. Dia memilih gunting yang tajam dan kembali kearah Nerryna.

"You nak buat apa dengan gunting tu?" soal Nerryna dengan jantung yang berdegup dengan laju.

"Buat apa? Mari, aku tunjukkan" kata Syaril lalu menarik telapak tangannya dan menggunting kesemua jari-jemari gadis tersebut.

"Arghh!!! To-long be-rhenti" rayu Nerryna dengan tangisan yang bergema dalam bilik tersebut. Syikin tergelak sinis.

'Siapa suruh cari pasal? Kan, diri sendiri yang tanggung.' desis hati Syikin.

"Berhenti? Tak boleh, sayang. Aku akan berhenti bila aku dah puas seksa kau." ujar Syaril membuatkan airmata gadis itu mengalir tanpa henti.

Dia menyesal cari pasal dengan gadis itu dan dia menyesal mencintai Syaril. Jika dia tahu lelaki itu kejam, dia takkan mencari pasal dan mncintai lelaki itu. Tidak akan!

"Hai! Kenal aku? Aku Syikin, adik kepada perempuan yang kau tengking dan tampar pada majlis pertunangan abang aku."  kata Syikin pula kepadanya.

Nerryna memerhati wajah tersebut. Dia kenal. Gadis itu adalah adik kepada Karl. Dan sejak bila, dia ada seorang kakak? Itu yang membuatkan dia pelik.

Syikin memegang asid dengan senyuman seram. Dia tidak memakai alatan untuk menyeksa, dia cuma menggunakan asid untuk menyimbah wajah cantik gadis itu.

Asid disimbah pada wajah Nerryna tanpa belas kasihan. Menjerit kesakitan gadis itu, panas pedih, itulah yang Nerryna rasakan.

"Arghhh!!!"

"Aww! Sakit ke? Minta maaf tapi bohong." katanya lalu tergelak sebelum menuju ke tempat abangnya semula. Cukup dengan itu, dia menyeksa gadis tersebut. Selebihnya, biar Syaril sahaja yang uruskan.

"Memandangkan kau bernasib baik hari ni. Aku lepaskan kau. Tapi, pandai-pandailah kau hidup." sinis Syaril lagi berkata. Gadis itu hanya mampu menangis dan menangis.

Kenapa perlu menyeksanya dengan kejam? Dan kenapa biarkan dia hidup lagi jika dia sudah cacat? Kenapa? Tidak cukup ke lagi balasan yang Syaril bagi? Bunuh sahajalah dirinya, kenapa harus biarkan hidup lagi.

"You kejam!"

"Yes! Memang aku kejam," balas Syaril sinis.

"Buka tali dia dan bawa dia keluar dari bilik ni. Korang buang je dia dekat mana-mana asalkan dia masih hidup." ujar Syaril kepada anak buahnya.

"Baik, boss!"

Ikatan Nerryna dibuka dan dirinya dibawa keluar dari tempat tersebut, seperti yang diarahkan oleh ketua mereka, Syaril.

Lelaki itu terus mendekati rakan-rakannya dengan riak wajah yang puas kerana dapat menyeksa gadis itu.

"Kau nak balik dah ke?" soal Karl kepadanya. Mata semua memandang kearahnya.

"Yup. Sebab petang, aku dan Arline akan bertolak ke kampung ibunya," jawab Syaril dingin. Mereka yang lain menggangukkan kepalanya.

"Takkan kena jumpa lagi? Ibu dia bukannya suka dekat Arline pun." sampuk Yarham kepada mereka.

"Orang tua tu memang nak kena dengan aku.Tapi, aku tak sanggup bunuh dia sebab dia adalah orang yang disayangi Arline. Aku tak sanggup tengok dia sedih." ujar Syaril dengan keluhan.

Jika bukan wanita itu adalah ibu kepada orang dicintainya, sudah lama dia membunuh orang tersebut. Tapi, orang itu adalah ibu kepada Arline, gadis yang dicintainya sepenuh hati.

"Aku faham, bro. Apapun keputusan kau, kami akan sokong." kata Karl lalu dibalas anggukan dari yang lain.

"Thanks. Aku gerak dulu." katanya.

"Kami pun nak gerak balik juga." kata Syikin dan dibalas anggukan sekali lagi dari mereka yang lain.

"Okey,"

Mereka semua melangkah keluar dari markas tersebut dan menuju ke tempat kereta masing-masing.

#macambiasa
#votedankomen

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now