10

4.5K 317 31
                                    

Syaril membuka matanya perlahan-lahan. Dia meraup wajahnya sebelum dia memandang kearah Arline yang sudah sedar dengan posisi yang duduk.

Gadis itu memandangnya dengan pandangan dingin dan kosong. Syaril membuka langkah menghampiri tubuhnya dan duduk ditepi Arline.

"Kau dah lama sedar ke pelik? Kenapa kau tak kejut aku?" soalnya kepada Arline namun gadis itu hanya berdiam diri sahaja.

"Oi, aku tanya kau kot, kenapa kau jadi bisu pula ni? Perut kau yang kena tikam, tapi mulut kau pula yang diam." perli Syaril namun gadis itu tetap berdiam diri. Seperti dalam dunia sendiri.

"Pekak oh pekak, bisu oh bisu, sewel oh sewel, kau dengar tak ni pelik?" kata Syaril dengan kuat. Namun, tetap tiada yang berubah, gadis itu seperti biasa, diam dan kaku sahaja.

'Kenapa pula dengan minah pelik ni? Kena sampuk ke apa?' desis hati Syaril.

Syaril mengeluh kecil. Dia tiada niat nak berkasar dengan gadis itu, tetapi entahlah, dia memang macam begitu.

"Awak...kenapa dengan awak ni? Awak ada masalah ke?" soal Syaril dengan lembut. Tiada lagi nada yang kasar. Gadis itu memandangnya dengan tatapan yang sayu, membuatkan hatinya tersentuh.

"Kenapa ni? Cuba cerita dekat aku." kata Syaril lagi lalu memegang erat kedua tangannya sambil merenung kedalam mata Arline.

"Kau rasa aku ni tak layak ke dapat kasih sayang seorang ibu? Aku ni tak layak ke hidup bahagia dengan orang yang aku sayang? Aku tak layak ke?" soalnya sayu dengan Syaril. Matanya sudah berkaca-kaca.

Walaupun dia nampak jahat dengan semua orang dan dirinya digelar seorang sihir, namun dia juga masih punya hati yang ingin dikasihi dan disayangi oleh orang yang bergelar 'ibu'.

"Kenapa kau macam tu? Semua orang layak, tiada siapa pun yang tak layak. Dia juga yang lahirkan kau kan, jadi dia mestilah sayang kau," jawab Syaril kepadanya. Airmata Arline setitik demi setitik jatuh.

"Tapi bagi aku, aku tak layak, aku jahat, ibu aku tak pernah pun sayang aku walau sedikit. Apa salah aku? Kenapa ibu aku sanggup buat aku macam ni?" ujar Arline dengan airmatanya yang berlinangan. Syaril berasa kasihan terhadapnya.

"Shh! Jangan nangis. Perempuan pelik yang aku kenal tak macam ni. Dia seorang yang garang dan kuat. Bukan lemah macam ni. Kau kena kuat," balas Syaril memberi semangat kepadanya. Ibu jarinya menyeka airmata Arline dengan lembut.

Arline seperti tersedar apabila ada suara halus yang membisikkan sesuatu ditelinganya. Lantas dia menghentikan tangisannya.

'Jangan lemah, kalau kau lemah kami akan bunuh ibu kau.'

"Tak! Korang tak boleh bunuh ibu aku!" jerit Arline. Syaril terkejut. Dia mengerutkan keningnya memandang Arline.

"Kau kenapa ni?" soal Syaril pelik. Tersentak Arline. Dia baru ingat yang Syaril masih berada dengannya. Kepala digelengkan sebelum dia bersuara.

"Takde apalah, saje nak berlakon sikit," balas Arline selamba kepadanya. Syaril menjulingkan matanya.

"Kau ni pelik betullah, tadi sedih macam nak mampus je aku tengok. Sekarang, kau macam gembira pula. Kau ni memang ada penyakit sewel eh?" ujar Syaril selamba kepada Arline.

Pak!

"Aduhh! Kenapa kau tampar lengan aku? Sakit tahu tak! Tangan aku ni berharga tahu tak?" marah Syaril namun Arline hanya beriak biasa sahaja.

"Saje je nak tampar, siapa suruh kau berani pegang-pegang aku?" ujar Arline dengan sebelah kening dijongketkan. Syaril sudah berasa geram dengannya.

"Aku tolong tenangkan kau je pelik, kau tu dah macam mayat hidup, diam je. Lepastu, sedih-sedih. Macam orang kehilangan suami je. Sebagai jejaka yang baik, aku tolonglah tenangkan kau," balas Syaril dengan muka menyampah. Arline memandangnya tajam.

"Kau cakap apa tadi sengal?"

"Aku cakap aku tolong tenangkan kau!"

Pak!

"Tenangkan kepala otak kau! Aku tenang bukan sebab kaulah! Aku boleh tenangkan diri aku sendiri." ujar Arline dengan senyuman senget dibibirnya.

Dia hanya beriak biasa sahaja melihat Syaril yang memandangnya tajam kerana menampar sekali lagi lengan lelaki tersebut.

"Kau ni memang tak reti bersyukur, kau sepatutnya beruntung pelik sebab ada lelaki kacak dan baik hati seperti aku tolong kau." kata Syaril dengan memuji dirinya sendiri.

"Erk..kacak ke?"

"Kacaklah!"

"Kacak kepala otak kau, dah macam babun je aku tengok muka kau ni, pfttt hahahahah," ejek Arline lalu menghamburkan tawanya. Syaril yang berasa geram kerana gadis itu mentertawakan dirinya lantas meluku kepala Arline.

Tuk!

"Kau ni kenapa jin, syaiton,saka! Kenapa kau suka ketuk kepala aku hah?" marah Arline sambil mengusap kepalanya yang terasa sakit aikbat diluku oleh Syaril sebentar tadi.

'Suka betul dia ketuk kepala aku, dia ingat kepala aku ni pintu ke.' desis hati Arline.

"Saje nak ketuk," balas Syaril dengan senyuman senget. Dia meniru kembali ayat gadis itu waktu Arline menampar lengannya.

"Mamat sengal!" gumam Arline dengan sangat perlahan dengan wajah yang menyampah. Nak je dia bunuh lelaki itu.

"Aku nak balik, kau akan stay sini selama seminggu. Luka kau tu dalam dan tunggu kesan jahitan tu sembuh. Kau bukannya boleh percaya sangat." ujar Syaril membuatkan Arline mengerutkan dahinya.

"Kenapa pula kau cakap macam tu?"

"Sebab kalau kau pulang awal, aku tahu kau bukannya berehat dekat rumah kau. Mesti kau tidak akan duduk diam. Jadi, lebih baik kau stay dekat sini. Kalau kau keluar, kang kau buat kerja jahitannya perut kau terbuka pula," balas Syaril kepadanya. Arline mengecilkan matanya.

Semua yang dikatakan oleh Syaril semua betul. Walaupun dia masih cedera, dia tidak akan duduk diam pasti dia akan melakukan kerja. Ditambah lagi ibu dia, memang tidaklah dia diberi rehat.

"Apa-apa jelah," balas Arline acuh tak acuh. Wajahnya dipalingkan dari memandang wajah Syaril.

Syaril melangkah keluar dari bilik itu, dia ingin pulang, pasti ibubapanya mencari dirinya kerana hampir seharian dia keluar.

Arline memandang segenap bilik itu, dia lihat 'mereka' sedang melihat kearahnya dengan senyuman dibibir mereka masing-masing.

"Kenapa kau cakap macam tu? Aku ni tuan korang semua! Jangan cuba cari nahaslah!" marah Arline kepada mereka semua. Wajahnya sudah membengis.

"Kalau korang cakap macam tu lagi, aku takkan beri korang 'makan' dan 'minum'. Cubalah kalau berani."  ujar Arline berbaur amaran.

Kesemua 'mereka' menundukkan kepala, mereka yakin setiap kata-kata yang terkeluar dari mulut gadis itu sama sekali tidak boleh diambil ringan. Jika, itu yang dia cakap pasti dia akan lakukan.

"Korang dengar tak ni?" soal Arline dengan kuat. Kesemua mereka menggangukkan kepala sebagai jawapan kepada Arline.

"Bagus! Sekarang aku nak tidur, korang boleh pergi." kata Arline dan sekali lagi mereka semua menggangukkan kepala dan hilang dalam sekelip mata.

Zapp!

Bibir Arline menguntumkan senyuman yang sukar ditafsir. Dia merebahkan badannya pada katil.

'Tahu pun takut, ini Arlinelah hahhaha.'

Upadate lagi guys♥️, so macam mana dengan ceta ni, komen dan vote tau. Komen anda semua amat dialu-alukan. Hrp korang suka eheks, jumpa lagi🤭

𝐒𝐓𝐑𝐀𝐍𝐆𝐄 𝐖𝐈𝐅𝐄Where stories live. Discover now