Bab 33 : Surprise Buat Khaylisa

597 36 1
                                    

Aku mempercepatkan langkahku ke Khalif's Cafe. Dah lambat lima belas minit wei! Aku akhirnya berlari-lari anak keluar dari kereta.

Aku segera membuka pintu kafe dengan gelojoh. Lantak kau la pintu! Pandai-pandai la aku repair kau nanti. Biarlah. Nanti aku check kau yer..

Kelibat encik Rayyan, encik Fattah dan seorang lelaki yang aku tidak kenali sudah duduk di meja itu. Tapi, aku ingat semuanya lelaki. Aku terpandangkan seorang pekerja perempuan yang duduk di sebelah lelaki tadi. Entah siapa la.

Tak menunggu lama, aku menyapa mereka.

"Sorry korang, saya ada urgent matter tadi."

Gadis tadi mula memalingkan kepalanya ke arah ku. Mata kami bertaut. Sejujurnya aku terkedu melihat raut wajah gadis di hadapanku ini. Raut wajahnya yang sentiasa tenang membuat aku amat merindui dirinya.

"Awak?!"

Kau Khaylisa?!

Khaylisa sedikit terjerit melihat diriku. Aku jugak tidak menyangka bahawa kami akan bertemu di sini. Kerana percaturan Ilahi, aku dan Khaylisa bertemu lagi buat kali ketiga. Eh bukan! Kali keempat. Termasuk dengan pertemuan zaman kanak-kanak kami!

Mata Khaylisa yang berkaca-kaca sedikit sebanyak membuatkan hatiku sakit. Khaylisa yang bertindak melarikan diri dari aku membuatkan aku rasa bersalah. Aku yang tergamam akhirnya berkeputusan untuk duduk di tempat perjumpaan kami.

Kalau boleh nak jerr aku peluk Khaylisa dan lampiaskan rindu aku padanya! Tapi aku tahu halal haram!

Tak semena-mena perasaan resah gelisah datang bertandang. Aku meraup mukaku yang sedikit serabut. Semua orang memandang ke arah ku.

Aku dah tak kisah kalau korang nak tenung-tenung aku! But please, boleh tak korang explain pada aku?

Takkanlah selama ni Nazrul jugak dah tahu tentang Khaylisa bekerja di sana? Ahh sudah. Balik rumah nanti siap kau aku kerjakan!


♪♪♪


AKU menyapu deraian air mata yang mengalir tak henti-henti. Aku masih memikirkan tentang perkara yang baru terjadi. Berasap jugak la kepala otak sekarang ni!

Pelanggan yang datang ke toilet, semuanya memandang aku pelik. Ada yang berbisik-bisik. Ada yang tenung-tenung. Heh ini NUR AMIRAH KHAYLISA la! Apa? Korang ingat aku heran ke dengan pandangan korang pada aku? Kalau korang di tempat aku pun, mesti korang meraung teruk dari aku. Heh.

Aku membasuh muka dan membuat muka ceria di hadapan cermin. Tak nak la aku dipanggil cenggeng oleh bang long dan bang ngah. Eeiyy.

Apabila aku rasa mood aku dah stabil. Aku membetulkan make up aku dan melangkah keluar dari toilet. Buat apa aku nak berlama-lama dekat sini?

Aku bergerak menuju ke meja perjumpaan kami tadi. Sempat jugak aku karang rancangan jahat untuk 'palau' si Khalif tu! Buat penat jerr aku cari kau merata. Tapi last last dia ada kat Malaysia ni?!

"Maaf korang, saya pergi toilet tadi. Perut buat hal", kataku sambil tersenyum plastik. Buat malu diri sendiri jerr la ter menangis depan Khalif. Hmm.

"Ermm...it's okay then. Should we start our meeting?"

Ok. Bang ngah memang pandai alih perhatian semua orang. Bangga kejap aku dapat abang macam ni! Hahaha.

Kami menumpukan perhatian sepenuhnya kepada bang long dan Kevin. Ye la, sebab diorang yang in-charge dalam projek ni. Akukan hanya kuli bergaji?

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now