Bab 9 : Cerita Pahit Hidupku

696 46 0
                                    

Makan malam kami begitu meriah sekali kerana keluarga Lisa juga turut serta. Aku mengucapkan tahniah kepada Lisa dan abang long aku yang akan berkahwin pada bulan Disember nanti.

Maka dengan ini, Qaisara Alisa akan bergelar seorang isteri kepada Muhammad Ar-Rayyan Haikal. Mungkin lepas ni aku akan kesunyian sebab Lisa akan mengikut abang long aku setelah berkahwin. Tinggal la aku yang bujang ni.

Aku amat takut untuk bercinta lagi. Ya, aku mengaku yang aku pernah bercinta dengan seorang lelaki. Haris Airiel. Sebaris nama yang membuatkan aku mengenal erti cinta dan bahagia. Tapi kerana cinta juga aku mengenal erti derita dan kecewa.

♪♪♪

Setahun yang lepas.........

"Airiel, awak nak pergi mana lepas ni? ",soalku dengan muka yang polos. "Jom lunch di kafateria la kalau macam tu. Saya dah lapar ni",balas Airiel sambil tersenyum.

Aku tersenyum suka dan mengikuti langkah Airiel. Kami berdua menuju ke arah kafeteria dan duduk di meja makan. Airiel bangun dan membuat pesanan untuk makan tengah hari.

AIRIEL menyatakan hasratnya untuk membawa aku pulang ke rumah ibunya. Aku amat teruja untuk bersua muka dengan ibunya buat kali pertama. Airiel memandu dengan muka yang tenang dan tersenyum melihat aku. Dia memandu ke kawasan yang amat sunyi.

Aku memandang ke arah Airiel dengan pandangan yang seram. Kitaorang kat mana ni? Apahal dia bawak aku ke tempat ni? Kenapa aku rasa tak sedap hati? Ya Allah, Kau bantu la aku untuk berfikir yang baik-baik.....

Airiel mula menghentikan kenderaan yang dipandu olehnya dan mula menunjukkan senyum seram kepada aku. Dia kemudiannya mula memegang peha aku. Aku menepis tangan Airiel dalam ketakutan. Namun, dia bertindak dengan lebih kasar dan membuat aku kegigilan dengan sikapnya.

"Apa yang awak nak buat ni Airiel! Lepaskan saya!"
                                     ~ Nur Amirah Khaylisa

"Aku nak kau! Kenapa kau cantik sangat Mira?"
                                                     ~ Haris Airiel

"Lepaskan saya Airiel! Awak dah gila ke! Saya nak balik la!"
                                     ~ Nur Amirah Khaylisa

"Bodoh la kalau aku lepaskan kau. Aku nak kau ikut cakap aku!"
                                                      ~ Haris Airiel

Sejujurnya pada waktu ini, aku menggigil ketakutan dan tidak berdaya untuk melawan kekuatan Airiel yang lebih kuat dari aku. Setelah aku tidak meronta-ronta lagi, Airiel tiba-tiba seperti berhalusinasi di dunia ciptaannya sendiri dan membolehkan aku membuka pintu kereta.

Aku berlari sejauh yang mungkin sambil menangis dan berharap tidak jumpa Airiel lagi pada ketika itu. Airiel pula tidak menunjukkan ura-ura pergerakan untuk mengejar aku kembali.

Aku telah tiba di balai polis berdekatan dan membuat laporan. Syukur alhamdulillah kerana aku temui balai polis di sini. Seolah-olah aku terasa seperti dilindungi oleh yang maha kuasa. Aku menangis sepuas-puasnya di situ.

Setelah aku selamat pulang ke rumah atas bantuan pihak polis di situ, aku terus mencari ummi dan menghamburkan tangisan yang tidak tertahan sedari tadi. Ummi agak kaget dengan sikap aku dan bertanyakan apa yang terjadi.

Aku tidak teragak-agak menceritakan tentang peristiwa hitam yang hampir meragut kesucian aku. Ummi agak terkejut apabila aku menceritakan kesemua kisah pahit yang aku lalui. Mengaibkan? Aku akui semuanya ya! Ummi memeluk aku dan akhirnya aku terlelap kerana keletihan.

Seminggu sudah berlalu dan aku masih mengurungkan diri di dalam bilik tanda aku masih tertekan dengan peristiwa itu. Semua orang risau dengan keadaan aku. Sejujurnya, aku tak mampu melupakan seinci pun tentang hal itu. Ummi juga ada beritahuku bahawa Airiel hilang tanpa khabar berita.

"Aku benci kau! Aku benci kau Haris Airiel! Aku nekad yang aku tak akan menagih kasih dari mana-mana kaum lelaki lagi!"
                                     ~ Nur Amirah Khaylisa

                                     ♪♪♪


MATA aku terasa panas dengan air mata yang ditahan agar tidak jatuh mengenai kulit tangan. Kalau aku menangis kat sini, dituduh pulak sebagai cengeng. Kau tak boleh menangis Nur Amirah Khaylisa! Lupakan cerita pahit tu! Kau kena kuat demi teruskan hidup dan bahagiakan orang sekeliling kau! Ingat tu!








































































Sorry klau part ni anoyying. Author tak tau mcm mna buat part yg agak ehem.
Maaf typo 💦

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now