Mira duduk termenung di dalam bilik pejabat. Selalunya dia jarang sekali termenung di tempat kerja. Mungkin penat kerana menghadap skrin komputer terlalu lama.
Terdengar pintu pejabatnya diketuk, Mira mula memandang ke arah pintu. Bang ngah. Setelah dia mengizinkan seketul manusia itu masuk, dia termenung semula.
"Adik ok? Banyak sangat termenung sepanjang masuk kerja ni." Soal Fattah prihatin.
"Entah la bang ngah. Mungkin Mira letih hadap skrin komputer ni kot." Dalih Mira.
Dia sendiri pun tidak tahu apa yang tak kena. Hanya moody sepanjang hari. Waktu mesyuarat tadi pun dia tidak fokus. Fikirannya banyak menerawang ke arah pergaduhan kecil di antara Khalif dan dirinya.
"Ish merepek betul. Alasan tak logik kot. Orang lain pun hadap skrin komputer la adik. Normal la tu bila kerja pejabat. Cuba share dengan bang ngah apa yang adik fikir." Pujuk Fattah. Bukan dirinya tak tahu yang adiknya suka memendam rasa.
"Takde apa la. Adik cuma tak sedap badan aje."
Jujur dia tidak menipu. Sejak kebelakangan ni, dia sering berasa lenguh-lenguh badan. Bukan itu sahaja, dia rasa penat dan kurang bertenaga. Sampai satu masa, encik suami dah sound supaya berhenti kerja. Memang tak la aku nak berhenti kerja.
"La, itu je ke? Kalau dah tahu tak sihat buat apa datang kerja? Kalau awak tu pengsan, apa bang ngah nak jawab dengan suami tercinta awak tu?" Bebel Fattah. Mana taknya, hari Mira pengsan pun, habis kalut satu office. Yang kat rumah pun sama.
"Hei senangnya dia cakap, habis gaji adik bang ngah nak bayar?" Dengan tiba-tiba Mira meninggikan suaranya.
Fattah terkedu. Tiba-tiba saja gadis setenang Mira naik angin tak kena masa. Dan dirinya pula menjadi mangsa keadaan.
Dia terdiam seketika. Memikirkan keadaan Mira yang sedikit moody, dia ingin mencadangkan adiknya pulang ke rumah dan berehat secukupnya.
Rasa bersalah, Mira kembali bersuara.
"Sorry bang ngah, adik pun tak tahula kenapa adik moody sangat."
"Dah berapa hari adik macam ni?"
"Entah la. Bukan bang ngah je yang kena marah. Kadang-kadang dengan Khalif pun adik hangin."
Mira ingat lagi dimana Khalif dimarah olehnya kerana satu bau perfume yang agak BUSUK baginya.
*flashback*
"Eh ni perfume yang mana pulak abang pakai. Lain betul bau."
"Apa yang sayang merepek ni? Ni kan perfume yang kita beli. Sayang sendiri yang pilihkan. Sayang dah lupa ke?"
"Abang biar betul? Lain betul bau dia. Kenapa saya rasa nak termuntah bila bau? Abang pakai perfume lain kot. Takkan la saya pilih bau dia macam ni."
"Betul la ni sayang. Abang pakai perfume yang awak beli. Meh sini abang tunjuk."
"Jangan datang dekat boleh tak? Nak termuntah saya tahu?"
"Pulak."
"Abang buang aje la. Nanti kita beli yang baru."
"Tak nak. Membazir."
"Abang...please?"
"Ok fine."
*flashback end*
Baru dia teringat. Yang mereka ada bergaduh tentang perfume. Kerana perfume itu juga dia tidur di bilik tamu sebab tak tahan dengan bau yang memeningkan kepalanya.
"Bila kali terakhir adik period?" Soal Fattah sambil mengulum senyum.
"Erk...rasanya dua bulan lepas kot." Jawab Mira yang masih blur. Ni dah kenapa tanya aku pasal period? Aku sakit ke? Memang betul aku dah dua bulan tak datang bulan.
"Lembap jugak eh adik bang ngah. Korang tak buat check up ke hah? Mana tahu dah ada isi."
Mira mencerna kata-kata Fattah. Tolong la otak agar berfungsi serta-merta. Ting!
Akhirnya Mira menekup mulutnya. Dia mula faham pertanyaan-pertanyaan dari Fattah. Setelah diam, dia memandang bang ngah sambil tersenyum lebar.
Ini rupanya maksud bang ngah!
"So macam mana? Nak pergi check up ke tidak?"
"No it's ok, adik pergi dengan Khalif aje."
♪♪♪
"CONGRATULATIONS. You're gonna be a mommy in 7 months." Kata doktor berbangsa Cina itu. Manakala Khalif pula terdiam seribu bahasa.
"Wait. Maknanya abang dah nak jadi ayah ke ni?" Kata Khalif teruja. Terimbas kembali pergaduhan kecil mereka kerana satu perfume.
"Yes! I'm sorry about that childish behavior of mine." Balas Mira yang tersenyum lebar di sebelah suaminya.
Khalif yang gembira mula memeluk Mira dengan erat. Sudah tidak peduli dengan persekitaran mereka. Tak cukup dengan itu, satu kucupan hangat diberikan di dahi Mira.
"Erm guys, at least tolong hormat I yang single ni ok?" Doktor yang tengok pun malu gila dengan laki bini ni. Terasa cemburu pun ada. Hahaha.
"Hahahaha, we're sorry. May we go?"
"Yes, but remember my advice. Make sure jangan biarkan your wife buat kerja-kerja berat. Makan kena jaga and please datang check up untuk make sure perkembangan baby you guys. Ok, that's all that I wanna say. Again, I ucapkan congratulations. God bless you two."
Khalif menggenggam tangan isteri tercinta dan Mira hanya membiarkannya. Terasa begitu bahagia bila mereka mengetahui kehadiran ahli baru dalam kehidupan mereka. Sudah lama mereka bersabar dengan penantian ini dan akhirnya Allah S. W. T makbulkan doa mereka.
Dari jauh, Firasy memerhati Mira dan Khalif. Sebenarnya dia datang menjemput Lina untuk memujuk gadis itu. Tapi, dia tidak sangka akan bertembung dengan pasangan yang Haris ingin hancurkan.
'Guess what, tak boleh ke kau terima orang yang banyak bersusah payah untuk kau Haris? Jodoh kau dah ada depan mata. Kau yang tak terima kenyataan. I admit that I use to make a mistake dalam relationship kau dengan dia. Tapi, kau boleh ubah masa depan kau kan? Belajar terima orang yang ambil berat pasal kau. Aku akan pastikan Lina cintakan kau macam mana aku cintakan dia Haris. I swear.' Monolog Firasy sambil memandang Mira dan Khalif yang sudah menjauh dari tempat parking.
Tudia aih, punya la lama author nk post. Hehet, maafkan saya 🙏. Apa ii pun, tak lama cerita ni dah nk sampai ke penghujungnya. Thx sbb tunggu and vote for cerita ni. Sya terharu sgt ii 😭😭.
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...