Bab 43 : Suwit Sawit

749 36 3
                                    

Ok. Sebelum korang baca chapter ni, author ada peringatan. Bab ni mmg rumit sikit author nk tulis sbb author tk ada pengalaman mcm ni. So harap korang boleh terima dgn baik. Apa ii pun, klau korang tak puas hati, korang boleh komen dan beri pendapat. Mana tahu nanti author dpt idea nk mengubah kan? 😜🥰

♪♪♪

Aku bangun terpisat-pisat apabila terdengarkan ringtone telefon seseorang. Sejujurnya aku malas nak bangun. Huwargh....mengantuknya.

Disebabkan pembaringan aku yang tak selesa, aku segera bangun. Namun aku terbaring semula kerana ada satu objek besar yang menghempap aku.

Gulp. Siapa pulak yang bertandang kat bilik aku ni? Jangan macam-macam! Dalam berapa saat, aku terimbas moment moment dimana aku telah diijabkabul dengan seorang manusia. Ya, aku dah jadi isteri mamat beku!

Mataku membesar. Wait, what?! Aku segera menoleh di sebelah ku. Ya Allah! Macam mana aku boleh terlupa yang aku dah jadi isteri orang ni?

Kenapa la aku boleh terlupa habis pasal hal pagi tadi? Malunya aku! Aku yang malu dengan berhati-hati cuba bangun dari pembaringan. Kalau boleh aku tak nak la mamat ni sedar yang aku dah hilang. Yep, hilang. Hilang kat dapur.

Aku sempat meng 'scan' diriku. Mmmm, takde perubahan. Bagus bagus. Baju kurung masih tersarung elok. Tudung pun sama. Tak cukup dengan tu, aku renung pulak Khalif.

Dia pun sama! Bezanya cuma songkok dah hilang entah ke mana! Aku bergerak perlahan.

Cuba punya cuba, aku terhempap pada dada si dia. Erk. Apa aku nak buat ni? Aku buntu. Wei lepas la! Aku nak gi masak ni!

"Awak." Aku mencuit perlahan bahu Khalif. Nak tak nak aku kena kejutkan dia jugak. Hmm.

"Awak." Kali ni ada sedikit pergerakan. Aku mencuit lagi bahu Khalif. Asal dia ni tak bangun-bangun lagi? Tidur mati ke apa ni? Nak guna cara kasar tak?

Aku berdehem untuk kejutkan Khalif. Kali ni, Khalif menenyeh matanya perlahan. Aku tersenyum senget. Eeiyy, comel pulak dia ni! Khalif mula bangun dan duduk tegak. Dia memandang muka aku yang bersepah seperti dia.

"Yes sayang?" Khalif menyoalku. Sebelum aku meneruskan bicara, aku berkira-kira sama ada nak panggil panggilan 'abang' atau kekalkan saja panggilan 'awak' tu. Kalau aku panggil awak, macam biadap sangat. Kalau aku panggil abang, terasa dia macam abang aku pulak. Haih.

Dengan peluang yang ada, Khalif segera memeluk aku dan menyembamkan mukanya di bahuku. Aku terkedu. La...dia ni dah bangun ke belum? Aku menarik wajah Khalif untuk menghadapnya.

Aku mengusap-usap perlahan rambutnya yang sedikit panjang dan serabut itu. Keputusan sudah dibuat! Aku akan panggil dia abang! Ye la, dulu aku yang panggil dia abang. Abang Khalif.

"Abang. Abang dah bangun ke belum? Saya nak mandi ni. Pastu saya nak turun masak. Boleh lepaskan saya?"

Aku cuba meleraikan pelukan. Tapi pelukan itu dieratkan sehingga aku sendiri pun lemas!

"Abang. Do you hear me?" Aku menyoal Khalif dengan nada tidak berpuas hati. Mana tak geramnya, aku tanya dia, dia boleh jawab 'hurm' jerr!

"I'm listen to you my sayang Khaylisa. Ha kan sedap sikit bunyinya kalau sayang panggil nama panggilan abang?" Aku dapati yang Khalif tersenyum riang sambil matanya terpejam. Suka la tu!

Tak semena-mena aku juga tersenyum kecil. Ish, kenapa manja sangat ni? Mana Tengku Nazrin Khalif yang sejuk beku plus biadap tu?

"Abang, boleh lepas kejap tak? Saya dah lemas ni." Ujarku sambil menampar perlahan lengannya. Khalif akhirnya melonggarkan pelukan tapi tak pulak dia lepaskan aku.

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now