Ish dia ni! Tahu la yang kaki dia panjang. Aku yang pendek hanya separas dadanya penat mengejar langkah si dia. Kalau tak kenangkan budi baik kau hari ni, memang gaduh tak habis lagi!
Jujur aku cakap, yang mamat beku tu tinggi bagaikan galah! Aku ni pulak tinggi setakat paras dada dia jer. Sadisnya aku. Dalam aku membebel seorang diri, dia tiba-tiba brek 360 darjah dan menyebabkan aku melanggar bahagian belakang badannya.
Aku masih memproses kejadian yang baru terjadi. Kemudian dia beralih memandang aku yang mungkin terkejut dengan pelanggaran antara kami.
Aku tak berkata apa-apa sebaliknya hanya mengangkat kening memberikan isyarat mata. Kau dah kenapa brek mengejut? Aku malu tau tak sebab langgar kau tadi? Mujur tak ada siapa-siapa yang kenal kami. Mungkin?
Dalam tak sedar, aku bertindak spontan menanya kepada si mamat beku kenapa si dia 'brek' mengejut.
"Awak dah kenapa brek mengejut macam tu?"
~ Nur Amirah Khaylisa"Salah aku ke? Yang kau tu jalan tak tengok depan dah kenapa cik Khaylisa? Saja nak sentuh aku?"
~ Tengku Nazrin Khalif"Apa yang awak merepek ni Khalif? Dah salah awak,saya pulak yang awak salahkan."
~ Nur Amirah KhaylisaKhalif yang agak tergamam mengaku salah dirinya sambil terus melangkah meninggalkan aku seorang diri sekali lagi. Dah kenapa encik mamat beku tu? Apasal muka dia merah dan dia tak nak pandang aku? Kau malu heh?
Tahu pulak kau nak malu dengan aku. Selalunya aku yang malu. Aku yang geli hati dengan kelakuan encik mamat beku terus mengejar si dia sehingga tiba di kafeteria.
♪♪♪
KHALIF bangun dan menuju ke kedai makan seusai kami memilih tempat duduk pilihan kami. Aku tak membantah kali ni. Selalunya aku la yang paling kuat protes kalau encik mamat beku tu memandai buat keputusan. Malas menunggu, aku hanya bermain Iphoneku dan mendapat pesanan message dari Lisa. Aku mula tekun membaca message yang dikirim itu.
Mira, kau ada mana? Aku ada cita hot ni. Sumpah kali ni aku ada cita yang gila-gila hot punya!
~ Qaisara AlisaAku tetap membalas message dari Lisa. Padahal aku tak ada minat pun nak dengar. Ni mesti cita entah pa-pa.
Aku ada kat kafeteria. Aku tengah 'lunch date' dengan mamat beku tu sebab nak deal dengan dia. Apa cita hot kau tu?
~ Nur Amirah KhaylisaKau tau tak ramai student cakap yang ada sorang mamat hot ni pergi ke bahagian kelas interior designer. Bukan kau ada dalam kelas ke hari ni? Takkan kau tak tahu cita ni langsung?
~ Qaisara AlisaAku hampir tersedak dengan kenyataan Lisa. Gulp! Mampus aku! Kenapa setiap kali aku keluar dengan encik mamat beku tu ada jerr yang tahu? Aku selepas itu tidak lagi membalas message dari Lisa setelah Khalif kembali ke tempat duduk semula.
"Sorry tau wei, ramai sangat orang order makan kat situ. Kau tak makan?", soal Khalif yang seakan-akan prihatin terhadap diriku.
"Saya dah habis makan dah. Tak apa,saya tunggu awak habis makan." Aku pun malas nak panjang-panjangkan cerita, so aku mengarah dia supaya makan terlebih dahulu sebelum kami memulakan agenda sebenar.
♪♪♪
AKU segera mengeluarkan paperwork yang dah aku siapkan dan menghulurkan kepada Khalif. Khalif mencapai huluran aku dan mula menyelak helaian kertas yang lain. Reaksi mukanya yang berubah secara drastik mendapat perhatian aku.
Dia merenung wajahku bagaikan tidak puas hati dengan hasil kerja aku. Aku menelan air liur yang kesat dan menundukkan pandangan.'Aku buat tak sama ke macam yang dia nak?', bicaraku di dalam hati.
Tak cukup dengan itu, Khalif mula meletakkan paperwork tadi ke atas meja dan mula tersenyum. "Pandai kau buat. Perfect!", kata Khalif lagi.
Aku yang takut memandang sepasang mata hazel miliknya kembali memandang dia dan mula menghembuskan nafas lega. Syukur alhamdulillah, dia puas dengan hasil tangan aku. Cuak aku tadi tengok muka dingin plus serius dia. Memang nak bagi jantung aku tercabut ke apa?
Aku mula berdiri berura-ura mahu beredar dari situ. Dia memandang aku sambil tersenyum manis seolah-olah tak mahu membenarkan aku pergi. Tiba-tiba deringan Iphoneku berbunyi sekaligus mematikan tingkah laku Khalif.
Dengan sepantas kilat aku mengangkat panggilan dari ummi. Aku segera berlalu pergi dan meninggalkan Khalif seorang diri. Katanya ada hal urgent. Mamat beku tu pun tak halang aku. Dengan ini, rasmi sudah bahawa aku tak ada urusan lagi dengan Nazrin Khalif!
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...