Bab 46 : Haris Airiel

534 30 0
                                    

"Hello adik. Adik bila nak masuk kerja?" soal bang ngahku dengan teruja. Amboi, rajin pulak dia nak calling calling aku. Selalunya bukan main lagi spam aku dengan macam macam sticker di aplikasi Whatsapp. Heh.

"Waalaikumussalam." Sempat la aku perli. Bang ngah kalau call aku mesti diskip kan salam tu. Sengaja aku jawab macam tu.

Kedengaran Fattah tertawa geli hati dengan kesilapannya sendiri. Gelak pulak dia. Ternyata orang angau memang macam tu ke?

"Sorry la. Ada hal ni bang ngah call adik. Adik free tak? Kalau boleh heret sekali suami awak tu.." Balas Fattah. Ada sebab kenapa aku cakap macam ni.

Apahal pulak aku kena hangkut suami aku sekali? Mustahak sangat ke?

"Adik free aje. Lupa la tu yang walid bagi cuti kahwin seminggu. So bang ngah nak jumpa kat mana?" Soalku dengan hati yang berdebar-debar.

"Kalau dah adik cakap macam tu, kita berempat jumpa kat kafe Nazrin lah."

Jap jap. Tadi kata nak jumpa aku ngan Khalif je. Asal jadi berempat pulak? Mencurigakan betul bang ngah aku!

"Hei bang ngah, asal berempat pulak?" Mana boleh dia tak inform awal-awal. Dibuatnya bang long aku turun padang, mampus aku! Tak pun walid. Ergh.

"Bang ngah bawak Erina."

La, aku ingatkan siapa la tadi. Rupa-rupanya Erina aje. Tapi dah kenapa pulak dia nak bawak minah tu sekali? Lagi pelik.

"Kenapa bang ngah perlu bawak dia pulak ni? Bang ngah ada buat something tanpa pengetahuan adik ke hah?" Tak pernah pernah pun sebelum ni dia babitkan orang yang takde kena mengena. Tiba-tiba je ni. Hmm.

"Adik datang je la. Jangan lupa bawak Nazrin. K bye. Love you.."

Tut. Panggilan dimatikan begitu saja. Apa ni? Asal ringan betul mulut aku nak mencarut hari ni? Oh, aku lupa yang aku red flag. Hihihi.

Kalau dah bang ngah cakap camtu, better aku cari encik suami cepat.

Aku bergegas keluar dari bilik. Mana pergi si Khalif ni? Tadi kata nak bertandang kat dapur. Cari punya cari, last last aku duduk di ruang tamu.

Oh! Sebelum aku terlupa, kitaorang bercuti di sebuah homestay. Maklum la, walid bagi cuti. Khalif big boss pulak kan? Kerja dia Nazrul yang handle kejap sementara kami cuti.

"Haih..mana pergi suami aku ni..." Keluhan kecil sempat dilepaskan.

Krekkk. Kuakan pintu homestay dikuak oleh Khalif. Mira yang bersandar lemah di kepala sofa mula mengangkat kepala.

"Eh abang. Abang pergi mana?" Tanya Mira. Iye la, tadi punya la rabung cakap nak pergi dapur minum air. Tengok tengok je dah lesap entah ke mana.

"Argh..abang pergi kedai hujung kampung kejap. Kenapa? Sayang rindu abang ke?" Kata Khalif sambil tersenyum meleret. Sampai ke telinga yer?

Memandangkan dia dah balik, aku memulakan agenda yang sebenar. Aku memanggilnya agar duduk bersebelahan denganku. Khalif hanya akur dengan permintaanku.

"Kenapa ni sayang? Muka monyok je? Tell me why my sayang Khaylisa." Respon Khalif sambil menggengam erat tangan isteri tercinta.

Mana tak risau, tadi elok je aku tinggalkan dia, lepas panggil nama aku, muka monyok semacam. Angin kus kus ke tu? Takut pulak aku yang kaum adam ni!

"Abang, kita kena pergi kafe abang kejap. Bang ngah nak jumpa. Ada hal katanya." Tak lama selepas itu, Mira kembali bersuara perlahan.

Khalif tersenyum lembut dengan pernyataan Mira. Sebenarnya aku dah tahu pun pasal hal ni. Saja aku inform pada Fattah suruh dia call adik dia sendiri.

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now