Bab 16 : Rahsia Fateh

657 38 0
                                    

Ya Allah, malunya aku hari ni. Kenapa kau sanggup berbuat demikian Khalif? Sudah lama jantungku tidak berdegup kencang sebegini kuat. Apa petunjuk yang Kau cuba berikan Ya Allah?

Sebelum ini, jantung aku tidak berdegup kencang jika aku bertemu dengan mana-mana lelaki lain. Mengapa setiap kali aku bertemu dengan dirinya aku sungguh malu nak berhadapan dengan dirinya?

Sedang aku memikirkan tentang hal itu, Lisa mencuit bahuku. "Oi mak kau!" Eh, eh dia ni, suka sangat kau main terjah-terjah macam wartawan dekat Melodi tu yerr? Ternyata mereka semua memang nak aku mati awal...

"Oh sahabatku, I'm very sorry.",ujar Lisa. Mujur kau kawan aku. Kalau tak memang kau akan dipedajal oleh aku.

"Ha kau dari mana Lisa?",soalku yang pelik dengan kemunculan Lisa. Memang ummi ada cakap yang Lisa akan datang kejap lagi, tapi dia datang dengan siapa?

Macam la kau tak tahu soalan apa yang perempuan ni nak bagi kat kau Lisa. "Aku dari rumah aku la. Encik abang tersayang tolong ambilkan.", sambung Lisa lagi.

Aku mencebik bibir tanda aku geli dengan 'label' yang Lisa berikan kepada abang long aku. Mahunya aku muntah saja disini. Tapi takpe la, diorang pun dah nak kahwin lagi seminggu. Tahniah.......

Aku berlalu pergi ke bilikku setelah Lisa dan abang long ku membuat drama tak berbayar di hadapan kami semua. Oh please, gediknya kau Lisa! Aku macam nak cekik-cekik kau sekarang ni kau tahu tak? Mentang-mentang la aku ni single.

♪♪♪

NAZRIN Khalif. Kenapa nama kau macam familiar di dalam ingatanku? Kenapa aku panggil kau Khalif? Setahu aku, dia pernah cakap yang dalam banyak-banyak orang yang dia jumpa, hanya aku sahaja yang memanggil namanya seperti itu. Dia pula hanya tersenyum sekiranya aku memanggil nama itu. Pelik? Ya memang pelik bagi aku. Namanya bagaikan tidak asing di dalam diriku. Kenapa aku tak ingat apa-apa tentang sebaris nama itu?

Ketukan di pintuku yang bertalu-talu mematikan lamunanku. Aku hanya melihat gerangan siapakah yang berani mengetuk pintuku pada waktu-waktu begini. Pintu bilikku aku buka. Oh, Fateh rupanya. Aku seterusnya mengangkat kening seperti mengisyaratkan mengapa dia bertindak mahu berjumpaku. Tak pernah-pernah adik aku nak cakap personal lagi-lagi kalau dengan aku.

"Ada apahal Fateh nak jumpa akak personal macam ni?"
                                    ~ Nur Amirah Khaylisa

"Fateh nak tanya akak boleh?"
                      ~ Muhammad Al-Fateh Rafiqie

Aiii.....pelik bunyinya soalan kau tu dik. Ada apa-apa yang korang semua rahsiakan lagi ke dari aku?

"Apa?"
                                     ~ Nur Amirah Khaylisa

"Akak keluar dating eh tadi?"
                      ~ Muhammad Al-Fateh Rafiqie

Satu saat. Dua saat. Tiga saat. Aku tayang muka blurr dan tidak faham akan butir bicara adikku. Aku keluar dating? Dengan siapa? Boyfriend pun aku takde.

"Akak keluar dating? Bila? Dengan siapa? Akak tak faham la dik. Apa yang adik nak cakap ni?"
                                      ~ Nur Amirah Khaylisa

Fateh tersenyum senget dan mengeluarkan phonenya dari poket seluar slack miliknya. Dia akhirnya menunjukkan photo yang diambil olehnya petang tadi.

Gambar seorang perempuan dan seorang lelaki yang sedang berbual di meja makan. Kini, otakku mula mencerna gambar itu dan melihat muka adikku yang tersenyum nakal. Kau stalk aku ke dik?

Mataku membulat dan aku cuba menghalang adikku dari keluar dari bilikku. Kang ditunjukknya gambar tu pada walid, memang habis aku kena bebel dengan walid. Aku cuba berunding dengan adikku dan ternyata adikku mempersetujui cadangan aku.

                                    ♪♪♪

HABIS duitku dikebas akibat berunding dengan adikku, si Fateh. Namun apakan daya, demi mengelakkan gambarku diberikan kepada walid, aku sanggup dijadikan 'bank simpanan'. Heh, tak guna kau Fateh!

Time-time macam ni la Kak Aira datang mengetuk pintu bilikku. Katanya, ummi menyuruh Fateh memanggilku untuk turun makan malam. Tetapi Fateh tak turun-turun lagi. Ummi yang pelik pun suruh kak Aira datang menjenguk kami dan ternyata kami tengah 'perang dunia kedua' di dalam bilikku.

Fateh tersenyum kemenangan dan menjelirkan lidahnya kepadaku. Hatiku yang terbakar dengan sikap adikku hanya aku biarkan sahaja.

Siap kau lepas ni, dik. Aku akan ikhtiar macam mana aku nak kenakan kau.





















































Maaf typo 💦

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now