Bab 39 : Confession

573 40 0
                                    

"Aku cintakan kau. So kau terima atau tak, aku tetap dengan keputusan aku!"
                                       ~ Tengku Nazrin Khalif

Arghhhh. Kenapa korang buat keputusan melulu! Hatiku yang serabut mula berfikiran negatif. Ni semua disebabkan rancangan gila Khalif.

Aku memang cintakan dia. Angan-anganku untuk bersuamikan dia wujud. Tapi aku tak nak semua tu jadi kerana sebuah pengorbanan.

Aku tak nak dia yang menanggung beban untuk melindungi aku. Aku tak nak semua tu. Kalau perkahwinan ini diteruskan, pergaduhan kami akan berlanjutan. Haih.

Bang ngah yang terlebih 'bijak' pergi cakap kat walid tentang hal ni. Walid pula serta merta setuju. Aku cuba berunding dengan walid, tapi walid bertindak palau aku. Hahaha. Sedih betul life aku...

Kata walid lagi, hari ni jugak pihak lelaki hantar rombongan meminang. Aku kalau boleh nak lari rumah jerr sekarang ni!

Yang Khalif pulak hilang begitu saja. Ish, tak guna betul. Sampai hati dia buat aku camni.

Aku yang serabut mula menumpukan perhatian pada telefon pintarku yang bergetar. Satu nombor tak dikenali menghantar message paling annoying padaku. Siapa pulak nak jahanamkan mood aku?

My sayang Khaylisa. It's me your future husband.
                                       ~ Tengku Nazrin Khalif

Kalau yerr pun kau nak inform aku pasal kau, tak payah la mention 'your future husband' tu. Nampak sangat macam terpaksa. Meluat pulak aku. Erghh.

Awak nak apa? Tak cukup ke awak sakitkan hati saya?
                                          ~Nur Amirah Khaylisa

Messageku tak dibalas. Dia hanya bagi bluetick. Aku ulang, BLUETICK! Siapa yang marah siapa sekarang ni?

Lepas message tak dibalas, telefon aku berbunyi lagi. Kali ni ada orang call pulak. Apa ni?

"Hello Assalamualaikum. Ni sapa yerr?"
                                         ~ Nur Amirah Khaylisa

"Ni abang la."
                                          ~ Tengku Nazrin Khalif

Aku memandang skrin telefon terkebil-kebil. Abang? Abang mana? Oh oww. Ni Khalif tak? Asal suara dia lain sangat ni?

"Awak nak apa? Seronok hilangkan diri camtu?"
                                      ~ Nur Amirah Khaylisa

Aku mula jadi dingin. Kalau boleh main teleport-teleport, dah lama aku luku kepala dia!


"Sorry Khaylisa. Aku tak berapa sihat hari ni. Uhuk uhuk.."
                                          ~ Tengku Nazrin Khalif

La, dia sakit rupanya. Patut lain bebenooo suara dia hari ni. Aku yang dingin mula rasa bersalah sebab marahkan Khalif. Perasaan risau mula bertandang.

"Awak ok ke tak ni? Dah pergi klinik? Kalau belum, jom saya temankan."
                                          ~ Nur Amirah Khaylisa

Erk. Nampak sangat yang aku cemas dengan keadaan dia. Kata marah. Marah la jugak. Ada ke patut dia cadangkan kitaorang kahwin? Tak patut tak patut.

Khalif yang batuk menyukarkan aku memahami butir bicaranya. Akhirnya aku mencadangkan kami berjumpa di luar saja.


♪♪♪


My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now