19 tahun lalu.....
Seorang kanak-kanak perempuan yang berusia lima tahun berlari-berlari di halaman belakang rumah milik Tengku Nazdhan.
Dia berkejar-kejaran bersama seorang kanak-kanak lelaki yang hanya tua setahun dari kanak-kanak perempuan tersebut. Sedang mereka berlari, gadis kecil itu jatuh terlentang di atas tanah.
"Mana abang Khalif? Kaki Mira luka ni...", adunya seorang diri sambil menangis. Nazrin yang dalam ketakutan datang menghampiri Mira dengan tangan yang terketar-ketar.
"Khaylisa ok? Jangan risau, abang Khalif sentiasa ada dengan Khalisa.", ujar Nazrin. Nazrin menggenggam erat tangan Mira. Nazrin amat buntu ketika itu. Apa la yang kanak-kanak sekecil itu tahu. Nazrin akhirnya menjerit dengan kuat untuk memanggil ibu bapanya.
"Kenapa kamu menje....Ya Allah Nazrin, apa yang dah jadi ni? Kenapa dengan Khaylisa?", soal Tengku Zuhayra yang melihatkan situasi ketika itu.
Tengku Nazdhan juga bimbang dengan keadaan lutut Mira yang tak henti-henti mengeluarkan cecair pekat berwarna merah. Tengku Nazdhan akhirnya mendukung Mira untuk mendapatkan Tan Sri Malik dan isterinya.
"Malik! Kau ikut aku pergi ke hospital cepat!", kata Tengku Nazdhan yang sedikit terjerit. Tan Sri Malik terkebil-kebil memandang Mira yang berada di dalam dukungan sahabatnya itu.
Dia terpandangkan kaki Mira yang berdarah. Tan Sri Malik dengan segera berlari keluar ke arah sebuah kereta berjenama Honda. Kini Mira sudah berada di pangkuan Puan Sri Murni.
Nazrin dan Tengku Zuhayra ditinggalkan di rumah. Sekarang ini, Tengku Zuhayra memainkan peranannya sebagai seorang ibu untuk memujuk Nazrin yang menangis teresak-esak.
"Nazrin, mama tahu itu bukan salah Nazrin. Jangan menangis lagi sayang...", pujuk Tengku Zuhayra lembut. Tidak pernah anak keduanya menangis sebegini rupa.
"Nazrin yang salah, Nazrin yang tak tengokkan Khaylisa baik-baik!", ujarnya yang tersedu-sedan. Tengku Zuhayra terpana dengan tutur bicara anaknya.
Dia merasa sebak kerana Nazrin yang masih kecil menyayangi Mira dengan sepenuh hati. Sampai begitu sekali dia menangis kerana rasa bersalah.
"Tak apa sayang, nanti kita pergi melawat Khaylisa.", ujar Tengku Zuhayra lagi. Nazrin yang keletihan akibat menangis akhirnya tertidur di dalam dakapannya.
♪♪♪
NAZRIN kembali memandang telefon pintarnya setelah lama termenung. Jujur hatinya sakit kerana tidak dapat melindungi gadis itu pada suatu ketika dulu. Perasaan bersalahnya semakin menebal kerana dia tidak mahu berjumpa gadis itu setelah apa yang berlaku.
Tengku Nazdhan tidak marah pada Nazrin. Dia faham akan anaknya. Apabila Nazrin membuat keputusan untuk hidup jauh dari mereka di sekolah menengah berasrama penuh, Tengku Nazdhan tidak dapat lagi untuk berkongsi kisah suka dan duka Nazrin bersama dirinya. Nazrin juga seakan-akan menjauhkan dirinya.
Tengku Nazdhan juga sanggup menyakiti anaknya dengan mengugut Nazrin sama ada mengambil alih syarikatnya atau berkahwin dengan menantu pilihannya. Dia harap, dengan keputusan ini, dia dapat mengeratkan semula hubungan mereka anak-beranak sekaligus dapat membuang perasaan bersalah Nazrin terhadap Mira.
♪♪♪
"ASSALAMUALAIKUM papa. Nazrin nak jumpa papa sekarang."
Nazrin merasakan sudah tiba masanya dia berbaik-baik dengan papanya semula. Hubungan mereka yang kurang baik membuatkan dirinya semakin biadap kepada Tengku Nazdhan. Nazrin mengakui bahawa tindakan papanya adalah untuk kebaikan dirinya juga.
Nazrin pulang ke rumahnya setelah memastikan kafenya dalam baik-baik saja. Dia perlu menyatakan apa yang dia pendam seorang diri selama 19 tahun.
Kenangan yang mengubah dirinya sebagai seorang yang ceria kepada seorang insan yang dingin. Ya, sudah tiba masanya dia meluahkan semuanya..........
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Roman d'amour(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...