Tiga tahun berlalu.....
Hari ni merupakan hari yang pertama atau hari 'rasmi' aku masuk bekerja di syarikat walid. Aku bekerja di sana pun atas permintaan walid. Tapi aku meletakkan syarat pada walid bahawa aku tidak mahu pekerja lain mengenali identiti dan kedudukanku di syarikat ini. Hmm.
Aku duduk di meja solekku sambil merenung masa hadapanku. Sepanjang tiga tahun ini, aku banyak berubah. Sudah semestinya aku berubah dari segi fizikal dan mental. I mean, lebih kepada 'matang'. Perubahan aku yang secara mendadak mendapat perhatian ramai termasuklah kesemua ahli keluargaku. Kecuali si dia.
Sudah tiga tahun berlalu dan aku tidak berhubung mahupun berjumpa si dia. Dia bertindak menjauhi aku. Geram aku. Korang tahu tak? Hanya disebabkan manusia yang menyakitkan hati plus bengong macam Tengku Nazrin Khalif tu, aku banyak makan hati. Nasib dia bukan TTM aku ke apa! Kalau tak, memang aku tolak dia jatuh bangunan dah. Hmm.
Aku tak sangka yang message malam tu merupakan kali terakhir kami berhubung. Heh. Kalau aku tahu, dah lama aku pergi lepak dengan dia. Dia nak ke lepak dengan orang yang sesengal aku? Memang minta kaki la kau Mira!
Apabila terkenangkan pertemuan singkat aku dengan Khalif, ianya sedikit sebanyak membuat aku tertawa kecil. Dalam hati, hanya Tuhan saja yang tahu betapa banyak aku merindui lelaki itu. Sikap dingin dan baik dia kekadang membuat aku termimpi-mimpi. Boleh gila aku macam ni.
So, mulai hari ni, aku yang bernama Nur Amirah Khaylisa akan sedaya upaya cari semula Tengku Nazrin Khalif! Aku tak akan berputus asa selagi aku tak jumpa dia.
So pada readers semua, korang jadi saksi kepada pengakuan aku untuk hari ni tau! Bahawasanya aku Nur Amirah Khaylisa telah nekad untuk memburu cinta dari Tengku Nazrin Khalif. Sekian, aku malu.
"Kali ini, aku nekad, aku akan cari kau dan buat kau jatuh cinta pada aku!"
~ Nur Amirah Khaylisa♪♪♪
"Ha Mira, kamu tak sarapan ke? Abang Rayyan ngan Fattah cakap kat ummi yang diorang dah pergi kerja dulu tanpa kamu."
Yerr yerr je ummi ni. Biarlah diorang masuk dulu kan? Aku kejap lagi sampai la sana. Dalam satu jam? Hehehe. Melampau kau eh Mira! Walid cepuk kang gerenti terabur.
"Ok ummi"
Seusai aku mencapai roti bakar, aku terus menyumbat masuk ke dalam mulut aku. Tengok tu, makan pun tak beradap! Sah sah ummi nak bebel lagi. Aku terus mencapai handbagku dan segera beredar. Tak nak arghh aku dengar ucapan ummi yang memanaskan hati. Dah tahu tak suka kau buat lagi. Apa ke bijak sangat kau ni Mira?
"Bye ummi. Mira gerak dulu!", jeritku di ruang pintu kereta. Ummi hanya menggelengkan kepala melihat kerenahku. Ternyata ummi sudah lama 'bertahan' dengan aku. Kesian ummi...
♪♪♪
Seusai tiba di pintu masuk syarikat Redstone Holding, aku terkocoh-kocoh masuk ke dalam lif. Nasib sempat. Sempat aku mengerling ke sudut lif. Aii, dah kenapa dengan dia ni? Duk tertunduk-tunduk depan semua orang? Tak pernah lagi la aku tengok ada manusia yang terlebih sopan hari ni.
Aku teragak-agak untuk menegur gerangan manusia tadi. Kot-kot lah dia ni 'benda' tu? Sebab aku tengok, takde pulak yang tegur dia. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan. Ternyata punya banyak manusia yang buat derk dengan erangan perempuan ni. Huish, kejam. Mujur kami sudah tiba di tingkat 12.
Jatuh kesian pulak. Aku akhirnya menegur gadis itu. Dia mengangkat kepalanya yang tertunduk sedari tadi ke arahku. Riak wajahnya yang pucat terpapar di wajahya. Erk, dia sakit apa yer? Aku menanya gadis itu dan terpandang nama gadis itu pada badge yang dipakainya. Maisarah Erina. Ok, indah nama tu.
"Cik ok?", namun tiada respon. Aku bertanya sekali lagi. "Are you ok miss Erina?",dia kembali memandang aku yang memanggil namanya. Baru kau nak dengar ke kalau aku sebut nama kau?
"Saya ok, period pain jerr kot.", gadis itu berjalan menonong ke hadapan untuk mengelak dari aku. What the heck? Dah kenapa dia takut dengan aku? Muka aku seram sangat ke? Aku meraba-raba wajahku. Kot-kotlah ada serbuk roti yang aku telan tadi.
Aku malas berfikir tentang gadis pelik itu, so aku pergi ke bilik (Chief Executive Officer). Abang kembarku mahu berjumpa denganku kejap. Katanya nak kena lapor diri. Hahaha. Terasa lawak pulak aku kena lapor diri. Al-Maklum la, diorang berdua pun dah sedia maklum dengan kehadiran aku di sini.
Aku mengetuk terlebih dahulu pintu pejabat itu. Terdampar nama Muhammad Ar-Rayyan Haikal di situ. Sahutan dari abang long aku terima dan aku melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Aku menunggu kata-kata 'big boss'. Abang long aku ketawa melihat mukaku yang seakan tak 'takut' berhadapan dengannya. Kalau boleh nak jerr aku lempang kau bang long! Boleh dia ketawakan kita? Tak menunggu lama, abang long memulakan agenda sebenar
"So selamat datang ke Redstone Holding my beloved adik! Bang long ngan bang ngah are so proud of you! So bang long harap yang adik akan lupakan semua perkara yang takde kena-mengena dengan kerja adik and lastly, I hope you are not under pressure because of walid decisions. You boleh keluar sekarang dan selamat bekerja. And tak lupa juga, if adik di dalam waktu pejabat, please call me boss but di luar waktu pejabat or lunch, you can call me bang long......also your.."
Aku yang boring dengan pesanan panjang lebar abang longku, terus memotong ucapannya.
"Yeah, you can stop those speech and I'm not a little kid anymore. I get it. So, may I go to my office Mr. Rayyan?", hah amik kau. Abang longku yang terkelu terus memegang belakang lehernya. Dia kemudiannya tersenyum kecil dengan tingkah lakunya yang sedikit sebanyak membuatkan aku loya.
"Erm...yes. You may go."
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...