Bab 49 : True Love (second lead)

569 28 0
                                    

"Eh betul ke ni Firasy? Kau serius?" Soal Lina yang terkedu dengan permintaan Haris Airiel. Tiada angin tiada ribut, dengan tiba-tiba mamat ego seperti Haris turunkan egonya kerana seorang wanita.

"Aku serius la bongok. Dah tu apahal aku suruh kau keluar jumpa aku? Ke kau seronok dapat dating free dengan aku huh?" Balas Haris dengan confidence terlebih. Ye ye jer mamat ni.

Lina tergamam. Eh ke situ pulak mamat ni fikir! Kang aku rembat kau pakai selipar jamban aku baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Huh.

"Ha kenapa diam? Selalunya ada je jawapan menyakitkan hati. Ke betul apa yang aku cakap?" Tebak Haris lagi.

'Hesh apa pasal dia ni suka cari gaduh dengan aku entah? Mulut takde insurans betul! Dia nak aku tolong ke atau nak suruh aku lempang muka dia yang tak berapa nak handsome tu?' Ujar Lina seorang diri. Kalau aku cakap confirm kena simbah. Al maklum la Firasy ni senget sikit.

"Hey Firasy, kau diam aje tak boleh ke? Aku tengah cari jalan keluar tahu?" Marah Lina. Muka Lina yang tanpa cacat cela itu sudah berona kemerah-merahan akibat telahan merepek Haris itu. Orang nak tolong banyak bunyi pulak! Haih.

"Ok. Aku zip mulut seminit dua." Haris mula mengalah. Itula la kau, orang dah tolong, kau banyak songeh sangat.

Tiba-tiba mereka terasa janggal. Biasa la, selalunya kalau dua manusia itu bertemu, pasti ada saja topik yang dibualkan. Kerana hal kali ni betul-betul serius, mereka diam dan berfikir sejenak cara menyelesaikan masalah yang 'dicipta'.

"Hah! Aku tahu!" Lina yang menampar kuat permukaan meja makan itu menyebabkan Haris Airiel tersedak.

Di dalam hati, Haris sempat menyumpah seranah gadis di hadapannya ini.

"Kau memang nak bagi aku mati awal agaknya Harlina Iris! Cukup la ada penyakit ni. Aku tak nak ada sakit jantung pulak." Tengking Haris perlahan sambil mengusap dadanya.

Lina yang terkejut dengan tengkingan perlahan tadi mula menundukkan kepala dan mencari-cari sapu tangan hitam yang dibawa ke mana sahaja. Lalu dia mengelap bibir Haris Airiel yang comot akibat tersedak.

Dia mengelap dengan lembut dan penuh teliti. Manakala Haris Airiel pula terpaku dengan wajah putih bersih Harlina Iris. Buat pertama kalinya jantungnya berdegup kencang melihat gadis seperti Lina. Tak cukup dengan itu, dia merenung dengan penuh kasih memandang sepasang mata berwarna coklat milik Harlina Iris.

Terasa diperhatikan, Lina memandang tepat ke dalam anak mata Haris. Pandangan mereka seolah-olah terkunci. Haris yang bagaikan terpukau mula menundukkan pandangan matanya kerana sifat malu bertandang dan secara tidak sengaja permukaannya dahinya berlaga dengan dagu Lina.

"Auch." Lina mengaduh kesakitan. Hesh keras betul kepala mamat ni. Yang aku pun boleh buat sesi renung merenung anak teruna orang. Buat malu diri sendiri je la.

"Eh kau ok ke tak?" Tanya Haris gelabah. Akibat tindakan reflex, Haris memegang kedua-dua belah pipi Lina dan kemudiaannya dia membelek-belek dagu gadis itu.

Jantung Lina berdegup kencang dan dia terkedu dengan tindakan Haris hari ini. Tangan Haris yang yang masih melekat di pipinya ditarik untuk dilepaskan. Namun Haris masih melekatkan tangannya di muka Lina.

"Apa kau buat ni Firasy?" Soal Lina dengan suara yang bergetar.

"Aku nak tengok dagu kau ok ke tak. Mana tahu kau cedera ke apa. Ni pun dah lebam sikit. I'm sorry ok?" Jawab Haris lembut.

Muka Lina semakin merah. Ya Allah, sejak bila mamat senget ni prihatin dengan aku? Wei lepas la, suka hati mak nenek dia je la nak sentuh aku. Aku dah cukup malu dengan kejadian tadi. Argh!

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now