Bab : 54 (last chapter)

896 30 4
                                    

Kepaak kepaak keboom keboom. Kepaak kepaak keboom keboom.

Bunyi gendang begitu nyaring seiring dengan pengantin yang baru tiba di rumah pengantin sebelah perempuan yang berlokasi di Pulau Pinang.

Begitu manis senyuman pasangan dua sejoli itu. Bukan main bertepuk tampar seolah-olah dunia sekeliling hanya mereka yang punya!

"Ish kau ni, cuba la pakai betul-betul tengkolok ni! Buat malu je la. Aku tak mengaku suami kang."

Satu deheman mematikan tingkah laku tak masuk akal mereka. Adakah patut dua orang manusia itu gaduh-gaduh sayang dalam waktu-waktu macam ni? Pengapit pula yang sedang menahan malu.

Sudah la, ramai yang ketawa di khemah kenduri.

"Ye ye je kau auta bongok. Yang kau tu apa kurangnya. Pakai make up pun macam hantu." Provok pengantin lelaki pula.

Dia cakap orang, dia pun sama dengan orang. Huh.

"Wei korang! Tak payah la gaduh. Korang nak bersanding ke atau korang nak bergusti?" Marah Eric sambil menjulingkan matanya.

Ada ke patut diorang gaduh? Rasa nak lempang je dua ekor manusia ni! Sudah la dia dijadikan pengapit tangkap muat.

Ya, sebenarnya, hari ini merupakan hari persandingan dua manusia yang agak kayu. Lebih tepat lagi, majlis perkahwinan Haris Airiel dan Harlina Iris. Macam mana boleh jalan persatuan ini pun mereka tidak tahu. Tahu tahu, dah kena jemput. Hahahaha.

Bila mereka terima kad jemputan, kesemua mereka tak percaya! Iyalah, dua orang tu mana nak pernah ngam. Asyik bertekak sahaja. Kadang-kadang, Eric dan Daniel yang mencelah untuk menamatkan pergaduhan tak matang antara Haris dan Lina.

Buat malu dekat orang yang melihat sahaja. Hmm.

"Ye ye, tak payah nak bising la mangkuk. Terkejut bini aku." Balas Haris Airiel.

Macam mana, mereka boleh bersatu. Begini ceritanya...

"Weh kau nak buat apa bawa aku ke sini?" Tanya Harlina Iris yang masih pelik dengan Haris Airiel.

Cakap nak keluar makan je. Tengok-tengok dia heret aku ke kedai baju pengantin.

"Diam sudah. Ada yang aku cempung jugak kang."

Sejurus berkata begitu, Haris Airiel tersenyum riang sambil menarik lengan Lina.

Lina hanya memerhati tingkah laku lelaki itu. Pelik jugak, tiba-tiba saja dia baik hati. Bukan setakat baik hati. Nak tersenyum macam sekarang pun susah. Entah-entah ni bukan dia tak?

"Kenapa kita kat sini?" Soal Lina sedari tadi. Tak faham dengan mamat ni. Ke dia dah gila? Fikir Harlina Iris yang merenung dalam mata kelabu Haris.

"Have a seat." Ujar Haris dengan tegas.

Ha pulak. Tadi okay je. Sekarang ni tegas pulak. Dia punya gila mengalahkan perempuan datang bulan!

Lina hanya memerhati Haris Airiel. Barangkali masih curiga dengan tindak-tanduk lelaki dihadapannya.
"Lina, kau suka aku kan?"

Dush. Macam kena hempap dengan batu besar sahaja. Tak pandang kiri kanan, terus lintas. Eh apa yang aku merepek ni?

"Oi."

"Oi Lina."

"Baby!"

Satu jentikan kuat dilepaskan di dahi licin Harlina Iris. Dah pekak ke perempuan ni?

"Auchh! Sakit la hanat! Kau dah kenapa?" Marah Harlina Iris. Ada ke patut dia starlight dahi kita? Sakit tahu.

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now