Alhamdulillah...setelah tiga tahun aku menetap di UK, hari ini aku telah pulang ke negara tercinta. Aku telah berburuk sangka pada papaku sendiri selama ini. Ternyata semuanya berlaku bersebab.
Papa bertindak menghantar Nazrul di UK kerana dia ingin adikku mengambil alih syarikat kami di sana. Betapa bodohnya aku bergaduh dengan papa kerana hal sekecil ini. Patut la papa tak kasi Nazrul amik alih syarikat di Malaysia. Rupa-rupanya ini agenda papa yang sebenar!
Aku juga dimaklumkan bahawa Nazrul pulang ke Malaysia seminggu lebih awal dariku kerana ada hal mustahak katanya. Setelah Nazrul pulang, aku pula dijemput. Korang jangan risau, syarikat kami di sana baik-baik belaka.
Sungguh aku rindukan semuanya. Aku rindu semuanya termasuk kau Khaylisa. Keputusan aku untuk menetap di sana tidak dapat mengubah sikit pun perasaan aku pada kau.
Kini, aku sudah pulang dan aku tidak akan berjauhan lagi dari tanah airku. Jika diberi peluang, aku harap kita akan bertemu lagi dan aku tak akan lepaskan kau pergi berjauhan dari diriku! Tidak sama sekali.
♪♪♪
"LEGANYA rasa bila dapat masuk kerja semula...", kataku sambil mengeliat. Bang long ngan bang ngah beria-ria nak aku rehat dirumah. Macam la aku sakit teruk. Setakat pengsan kejap jerr, apalah sangat. Ini Nur Amirah Khaylisa la!
Kedatangan aku seperti tak diundang. Kecoh betul! Saat aku mahu melangkah masuk ke pintu utama syarikat, semua orang seakan-akan menghalau diriku pulang ke rumah.
Tapi aku rasa sangat bersyukur walaupun mereka berbuat demikian. Terasa diriku disayangi oleh pekerja di sini. Walaupun baru beberapa hari aku kerja di sini, mereka semua seakan-akan mengambil berat perihal diriku.
Aku yang tersenyum kecil terkejut dek ketukan di pintu office ku. Siapa pulak yang kacau line ni? Aku membenarkan gerangan insan yang menunggu di luar tadi masuk. Oh, Zarif rupanya.
"Ada apa awak cari saya Zarif?", aku terlihatkan satu fail kerja yang sedikit tebal di pegangannya. Zarif meletakkan fail itu ke atas meja aku.
"Sorry la Khaylisa. Haritu kan awak tak sihat. So saya tak pass fail ni. Ha lagi satu, ni projek pertama awak dengan Kevin. So apa-apa pun, saya ucapkan selamat maju jaya!", ujar Zarif sambil tersenyum manis. Zarif keluar dari office ku selepas menerangkan tentang hal sebentar tadi.
My first projek? Aku segera meneroka isi fail itu. Aku membaca satu persatu butiran di helaian kertas yang sedikit tebal. Baris ayat pertama berjaya menarik minatku untuk terus membaca.
'Collaboration between Redstone Holding and N's Holding'
Aku seterusnya meneruskan bacaan. Projek pembinaan hotel terbesar di asia. Jumlah peruntukkan pembinaan adalah sebanyak RM 50 juta! Besar betul projek pertama aku! Rasa berpeluh pulak tanganku.
Aku kemudiannya keluar dari officeku untuk menuju ke bilik CEO. Aku sempat memaklumkan kedatanganku pada Ms. Helen. Sebelum aku terlupa, Ms. Helen ni merupakan P. A Mr. Rayyan. Selain itu, hanya Ms. Helen saja yang tahu siapa aku di sini. Ms. Helen membenarkan aku masuk ke dalam bilik CEO.
Aku dengan teruja mengetuk pintu office perlahan dan dibenarkan masuk. Riak wajahku yang macam baru saja dapat coki-coki membuatkan bang long pelik. Eh, dah kenapa adikku ni? Tak sihat lagi ke? Tu la...itu sebab aku tak kasi dia masuk kerja lagi!
"Yes cik Khaylisa. What can I help you?"
Aku menghulurkan fail itu kepada bang long. Bang long macam tak berminat untuk menyambut huluran dari aku. Aku akhirnya bersuara bagi memecahkan kesunyian.
"Boss tak rasa besar ke projek yang boss kasi pada saya?", bang long hanya mengangkat kening. Aku rasa dia silap bagi orang kot projek ni. Takkan la aku yang baru bekerja diberi kepercayaan untuk handle projek ni?
"Saya tak salah bagi orang fail tu. Ya, itu memang projek pertama awak dan Kevin."
~ Muhammad Ar-Rayyan HaikalMulutku melopong. Tak percaya aku ngan statement bang long. Kau gila pa bang long? Kau bagi aku projek kecik-kecik udah la! Ni projek RM 50 juta tau tak bang long! Bukannya sikit purata pembinaan tu! Kalau tersilap sikit, runtuh bangunan tu!
"But why? Its not a small matter Mr. Rayyan! Kenapa boss bagi pada saya? Saya tak rasa saya boleh handle projek tu.."
~ Nur Amirah KhaylisaAku rasa tertekan dengan projek kali ni. Agak-agak la wei. Aku pun budak baru belajar jerr. Bang long kembali memberikan penjelasan yang sedikit sebanyak membuatkan aku pening kepala.
"Awak jangan risau. Untuk projek kali ni, ramai kakitangan yang saya jemput dari luar negara. Sebab tu encik Nazrul dijemput pulang ke Malaysia. Tak lupa juga, saya dah maklumkan pada big boss N's Holding tentang berita ini. Saya dikhabarkan bahawa dia sudah pulang ke Malaysia hari ini. Dia juga akan turun padang dalam memajukan projek kita. So yay or nah, you must get involved into this project. Awak hanya membantu dalam penyusunan perabot dan sebagainya. Walid yang bagi permission pada saya. That's it. You boleh keluar sekarang."
~ Muhammad Ar-Rayyan HaikalAku terkelu dengan penerangan kali ni. Walid pun! Dia yang nak aku join sekaki? Aku mengangguk lemah kepalaku dan berlalu keluar dari ruangan bilik pejabat CEO.
Aku melangkah longlai sambil mengurut kepalaku. Inilah realiti bekerja yang paling aku nak elakkan. Hahaha. Namun apakan daya, aku hanya seorang pekerja yang harus patuh pada arahan boss nya. Hmm.
Aku mengerling sekilas jam di pergelangan tanganku. Dah pukul 11 .57 pagi. Lagi tiga minit saja waktu lunch akan tiba. Aku segera memasuki office ku yang berhadapan dengan office bang long. Aku mencapai handbag ku dan beredar dari situ.
Dapat aku lihat begitu ramai manusia yang terburu-buru masuk ke dalam perut lif. Siapa jerr tak nak lunch kan? Lunch hour merupakan waktu paling nikmat bagi pekerja seperti kami.
Aku menunggu seketika untuk menaiki lif. Tak nak la aku berhimpit-himpit. Buat sesak nafas jerr tau!
"Khaylisa? Awak buat apa kat sini? Awak tak nak turun lunch ke?", soal Suraya dengan ramah. Bahu ku sedikit terhinjut dengan cuitan kak Yaya. Wuuuuu....kuss semangat.
"Saya nak turun la ni. Akak sorang jerr ke? Mana staff yang lain?", mana taknya. Kak Yaya sorang jerr yang ada kat sini. Pelik jugak aku. Setahu aku, staff lain ada cakap yang kak Yaya ni kalau bab makan memang no 1!
"Oh..akak pergi toilet tadi. Tu yang staff lain semua tinggalkan akak. Khaylisa lunch dengan siapa? Kalau takde, jom la ikut akak lunch sekali dengan diorang. Mesti diorang suka kalau Khaylisa ada. Boleh la tambah makcik bawang sorang lagi."
Nampak tak tu, aku bukan saja kena pelawa dengan kak Yaya. Aku ni bakal dijadikan ahli makcik bawang tak lama lagi.
Ada betul jugak cakap kak Yaya. Aku nak lunch dengan siapa kan? Aku akhirnya hanya mengekori kak Yaya sehingga tiba di satu kafe. Khalif's Cafe. Rasanya dah tiga tahun aku tak jejakkan kakiku di sini...
Author nak pesan kejap pada readers. Author mintak maaf kalau author jarang update kebelakangan ni 🙏. Author tgh prepare utk barang sekolah utk taun dpn. So author harap korang paham. Thanks kerana membaca 🌈
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romantiek(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...