'Wah mereka serasi sangat!'
'Tu bukan anak Tengku Nazdhan dan Tan Sri Malik ke?'
'They are perfect like a match couple!'
'They both so pretty and handsome like a queen and the king!'
Ahhhhhh! Kenapa perkara ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi aku? Betapa malunya apabila hal itu menerjah masuk ke mindaku. Bukan setakat tu saja, walid dan lain-lain juga turun padang menyakatku setibanya kami di rumah.
"Lepas ni kita dah boleh makan nasi minyak dari kak Mira la nampak gayanya."
Ewah, ewah...seronok kau kan dik? Dalam mengata aku memang kau no 1. Tak disangkal lagi mulutnya yang macam haremmmm. Perangai entah ikut siapa aku tak tahu la...
Lepas satu, satu. Tak cukup lagi ke kau nak buat aku jadi attention orang Tengku Nazrin Khalif? Dulu di universiti. Sekarang dekat public pulak dah. Aku yang kena tahan malu disebabkan dia.
Berbakul-bakul sumpah seranah yang telah aku karang di dalam hati. Dalam tak sedar, aku tersenyum kecil kerana hal sekecil itu banyak mengubah diriku. Dari seorang yang keras hati kepada seorang yang lebih ceria.
Aku kadang-kadang tak faham jugak kenapa dengan dia tu. Dulu bukan main nak mengacau aku. Sekarang nak jumpak seminit pun susah. Kenapa jugak dia berhenti belajar? Setahu aku, dia jugak yang cakap nak sambung belajar.
*Rewind*
"Sebenarnya papa aku pun suruh aku kerja dengan dia, tapi kes aku ni tak berapa nak sama dengan kau. Dia nak aku yang ambil alih syarikat dia."
~ Tengku Nazrin Khalif"Kiranya kes awak lagi berat la dari saya."
~ Nur Amirah Khaylisa"Bukan tu jerr la masalah aku. Dia bagi aku pilihan. Sama ada aku ambil alih syarikat dia ataupun aku kena kahwin paksa dengan anak kawan dia."
~Tengku Nazrin Khalif"Serius la awak? Kahwin? Dengan anak siapa?"
~ Nur Amirah Khaylisa"Dengan anak Tan Sri Malik."
~ Tengku Nazrin Khalif"Awak tak kenal kan siapa Tan Sri Malik?"
~ Nur Amirah Khalisa"Kenal. Kenapa? Kau kenal ke? Aku ingat Tan Sri Malik ada anak lelaki saja. Kalau aku jumpa calon papa aku, boleh la aku mudahkan kerja aku. "
~ Tengku Nazrin Khalif*Rewind end*
Aku baru teringat perbualan kami pada minggu lepas. Aku tak rasa dia sengaja berhenti belajar macam tu jerr. Ni tak lain tak bukan mesti sebab pilihan yang uncle Nadzhan bagi pada dia.
Kalau aku ada di tempat dia pun, aku auto quit daripada kahwin dengan orang yang aku tak cinta. Aku harap yang kau sentiasa baik-baik saja Tengku Nazrin Khalif.
♪♪♪
Nazrin meletakkan pen miliknya ke atas permukaan meja setelah selesai menyemak butiran helaian kertas tersebut. Dia kemudiannya melonggarkan tali leher yang terasa seperti membelit lehernya. Dia hanya duduk dalam posisi 'rest' di atas kerusi kerjanya.
Dirinya terasa penat dan letih namun dibiarkan saja rasa yang bertandang. 'Agaknya, apa yang terjadi pada kafe yang aku usahakan selama ini?', gumamnya perlahan. Tidak menunggu lama, dia mencapai kunci keretanya dan memandu keluar dari perkarangan syarikat itu.
Khalif's Cafe. Nama kafe yang biasa namun banyak kisah disebaliknya. Kafe ini merupakan peninggalan arwah mamanya iaitu Tengku Zuhayra.
Tengku Zuhayra telah menghadiahkan kafe ini pada ulang tahun kelahiran Nazrin yang ke dua puluh tahun. Kafe ini bagaikan rumah kedua miliknya.
15 Julai 2015. Nazrin tidak sangka hari itu merupakan hadiah terakhir buat dirinya. Sehari selepas Tengku Zuhayra menghadiahkan kafe ini kepadanya, mamanya disahkan meninggal dunia kerana mempunyai kanser rahim tahap empat.
Nazrin tidak terkata dengan khabar berita yang cukup mengayat hati. Dia berkeputusan untuk memajukan kafe ini tanda menghargai pengorbanan mamanya, Tengku Zuhayra.
Setelah lima tahun dia mengusahakan kafe ini agar kekal beroperasi, Tengku Nazdhan menawarkan dirinya agar mengambil alih syarikat papanya pula. Dia menolak tawaran itu tanpa teragak-agak sehingga kini. Namun Nazrin tewas pada ugutan Tengku Nazdhan yang ingin menjodohkan dirinya bersama anak Tan Sri Malik.
Tak cukup dengan itu, dia dikejutkan dengan pengakuan berani mati Mira tempoh hari. Ya, Nazrin akui yang dia tidak sangka bahawa Mira merupakan anak perempuan Tan Sri Malik yang dia sendiri mahu elak dari bertemu.
Kerana percaturan ilahi, dia bertemu semula gadis itu. Raut wajah gadis itu yang matang telah mengaburi dirinya daripada mengingati kepada wajah seorang kanak-kanak perempuan yang membuatkan dirinya rasa bersalah.
Gadis itu juga ada di dalam sebahagian memori silam miliknya. Tapi dia tidak pasti adakah gadis itu mengingati dirinya ataupun tidak.
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...