Bab 40 : Rindu Tunang

560 36 0
                                    

Pejam celik pejam celik, dah hampir seminggu aku bertunang dengan Khalif. Khalif pun ok jerr la sepanjang aku tunang dengan dia. Gila tak ok? Dah memang dia yang plan dengan bang long semua!

Pasal bang long ngan bang ngah, aku dah settle kan diorang. Patut la tergedik-gedik nak ikut aku! Eeiyy. Perangai tak semengah betul.

Sepanjang seminggu ni, aku jarang-jarang terserempak dengan Khalif. Aku faham. Dia tersangat la busy dengan kerja dia. Dia pun merangkap gelaran CEO.

Pasal majlis perkahwinan kami, Khalif nyatakan untuk berkahwin hujung bulan ni. Cepat betul dia buat keputusan. Mahu tercekik aku dengan dia. Hmm.

Apa-apa pun, aku rasa bersyukur sangat yang cinta aku berbalas. Dah la aku tunggu dia punya lama. Tak cukup dengan tu, Khalif ceritakan semua kenangan silam kami yang aku sendiri tak mampu ingat.

Berbalik kepada masalah aku sekarang. I mean tentang Airiel. Dia pun masih hantar ugutan yang aku sendiri tak paham mengapa dia buat begitu. Kadang-kadang aku terfikir jugak. Salah apa yang aku dah buat sampai dia sanggup buat semua tu? Entah la.

Jawapannya aku tak pasti. Seingat aku dia ada cakap yang dia cuba dapatkan aku semula. Aku harap hal ini dapat ditamatkan dengan baik.


♪♪♪


TELEFONKU berdering. Siapa pulak yang call aku? Aku yang baru saja nak turun lunch, tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan.

Nama 'ABANG KHALIF' tertera. Sejak-sejak aku tahu siapa Khalif dalam kenangan aku, aku terus ubah nama panggilan tu. Cuma nama abang tu jerr la aku tak panggil. Malu betul. Ehem.

"Assalamualaikum my sayang Khaylisa. Adik abang buat apa tu?", Khalif menyoal. Adik? Bila masa pulak aku adik dia? Tapi aku layankan saja.

"Saya nak pergi lunch. Awak ada kat mana?" Sejujurnya aku rasa sunyi sebab aku selalu lunch sorang-sorang. Bukan aku tak rapat dengan staff lain, cumanya kerja aku terlampau banyak! Habis fail kerja bersepah! Haih.

"Kalau camtu, Khaylisa datang kafe abang jerr la. Abang ada sana. Ok see ya." Cepat betul dia matikan panggilan. Huh.

Aku mencapai tas tangan di hujung meja. Aku mula beredar dari office. Belum sempat aku tutup pintu, bang ngah datang menerjah.

"Oh bang ngah jatuh terguling!" Aku cepat-cepat menutup mulut. Kan aku dah terdoa benda yang tak baik! Bang ngah tak semena-mena menampar lenganku kuat. Oi, nak bagi lengan aku tercabut ke apa ni?

"Yang bang ngah pergi terjah adik tu kenapa?" Sempat aku membebel. Mahu tak marah. Dia yang buat aku melatah pastu tak puas hati pulak! Apa la bang ngah...

"Adik ikut bang ngah lunch boleh ? Bang ngah kesunyian ni. Bang ngah tak nak lunch dengan Rayyan. Dari office sampai la rumah, cakap pasal kerja jerr."

Aku ketawa geli hati dengan pernyataan bang ngah. Hahaha. Baru nak tahu ke bang long tu annoying? Takpe la. Aku sarankan bang ngah ikut staff lain jerr la ek? Aku nak jumpak encik tunang ni!

"Erm bang ngah....apa kata bang ngah lunch dengan staff lain? Adik nak jumpak Khalif ni. Erina pun ada dengan diorang semua. By the way, diorang cakap nak pergi restoran sebelah syarikat kita. Bang ngah tahukan restoran apa?"

Mata bang ngah bersinar-sinar bila dengar nama Erina. Cis. Lupa daratan betul.

"Ok la. Bang ngah gerak dulu."

Aku menghantar pergi kelibat bang ngah yang kelam kabut dengan pandanganku. Cepat betul yerr kau bang ngah? Tak menunggu lama, aku juga segera menuju ke tempat pertemuan kami.


♪♪♪


"SORRY Khalif. Saya lambat sebab traffic jam." Traffic jam plus hujan lebat.

Aku dapati Khalif setia menungguku di meja makan berdekatan. Setelah aku menegur, dia menoleh kepalanya sambil tersenyum manis.

La, aku yang mintak maaf ni dia tak respon pulak. Boleh tersenyum-senyum lagi.

"Awak. Awak? Abang!" Uhuk. Aku panggil dia apa? Abang? Habis la. Khalif semakin melebarkan senyuman. Aish. Dah kenapa dengan dia ni?

"Kan sedap kalau Khaylisa panggil abang camtu." Khalif mula menuju ke dapur kafe. Eh, dia dengar rupanya! Aku ingat dia tengah berangan tadi. Heh. Kalau dia tak bagi aku malu memang tak sah!

Aku menggulingkan mata tanda menyampah. Ada saja bahan dia nak kenakan aku! Ish. Khalif kembali ke meja kami sambil menatang dulang yang dipenuhi makanan.

Aku terliur. Menu pilihannya amat menggiuurkan. Aku ternganga sebab makanan yang dia masak setahu aku takde kena mengena dengan kafe ni.

Nasi goreng seafood dan nasi goreng kampung. Ha, tak ke pelik tu? Aku hanya menghulurkan tangan tanda mahu menyambut dulang itu namun Khalif hanya meletakkan makanan tersebut di hadapanku.

"Khaylisa nak makan yang mana satu? Abang tak kisah." Aku akhirnya membuat pilihan. Nasi goreng kampung menjadi pilihanku. Sebab nasi goreng kampung memang makanan favorite aku! Nyam nyam.

Aku sempat membaca doa dan menyuap nasi ke dalam mulut. Wuish. Sedap betul! Rasanya kalau aku masak pun takde la sesedap macam ni! "Khalif." Aku mematikan suapan Khalif.

"Yerr Khaylisa?"

"Awak ke yang masak nasi goreng ni?"

"Yep. Kenapa? Tak sedap ke?"

Khalif memaparkan riak wajah gelabah. Mana la tahu aku masak tak sedap ke kan? Hahaha.

"Ishh takde la awak ni. Sedap sangat! Nanti boleh awak ajar saya masak nasi goreng kampung?" Aku menyoal dengan teruja. Mana boleh lepaskan peluang keemasan macam ni! Rugi kalau tak belajar.

"Boleh sayang. Nanti Khaylisa datang rumah abang."

Aku mengangguk laju kepalaku. Gila tak teruja? Aku suka gila! Lagipun apa salahnya berguru dengan bakal suami sendiri?

Aku akhirnya menyudahkan makan aku dengan mengucapkan kata syukur. Khalif hanya merenung aku sambil tersenyum. Suka betul yerr senyum-senyum? Dulu bukan main garangnya.

Sebelum aku sambung bekerja, aku sempat menghulurkan sekeping not RM 20. Khalif mencapai tanganku dan mengembalikan duitku.

"My treat." Aku cuba memberikan duit tu padanya. Dia pula bertindak melarikan diri. Haih. Takpe la. Next time aku tahu nak buat apa.

Kami berpisah di pintu kafe. Aku melambaikan-lambaikan tanganku ke arahnya. Dia hanya ketawa dengan gelagatku.



































































































































Sorry kalau chapter ni pendek 🙏 author tgh blank sebenarnya. 😅

Maaf typo 💦

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now