"Kak Mira!", laungan kuat dari adikku berjaya menarik perhatian kami berdua yang sedang menyepi. "Kau nak apa Fateh?", soalku yang seperti malas melayan kerenah kebudak-budakan adikku.
"Fateh pun malas nak cari akak. Kalau tak kenangkan ummi suruh cari pengapit pengantin yang lari entah ke mana, takde maknanya Fateh sanggup patahkan kaki untuk cari akak.", jelas Fateh tercungap-cungap.
Astaghfirullahhalaazim...aku benar-benar terlupa yang aku sekarang ni jadi pengapit Lisa! Macam mana aku boleh tersadai dekat sini lagi? Mati aku dikerjakan dengan Lisa nanti! Thanks to Fateh, aku segera berlari anak untuk menuju ke dewan. Mujur aku tak keluar dari perkarangan hotel terus!
♪♪♪
AKU meninggalkan Nazrin bersendirian dalam kekalutan yang aku sendiri cipta. Nazrin bertindak bangun dari duduknya dan mengekori langkahku menuju ke dewan.
Aku tidak peduli sekiranya tetamu-tetamu yang lain memandang pelik dengan adegan lari-berlari di antara aku dan Nazrin. Korang anggap jer la yang aku tengah main kejar-kejar dengan dia....
Aku kemudiannya dijeling manja oleh Lisa. Mesti Lisa ingat aku lari dari dia! Habis la aku. Tak pun, mesti Lisa cakap macam ni.
"Berani kau yang pengapit tinggalkan aku?!"
"Sampai hati kau tinggalkan aku terkulat-kulat dengan abang long kau?!"
"Kau tak sayang aku ke?!"
Sudah dapat aku bayangkan soalan-soalan yang bakal membuat diriku terkaku. Aku hanya tersengih seperti kerang busuk di sebelah Lisa dan sempat memohon maaf separuh berbisik kepadanya. Sejujurnya, aku la pengapit pengantin yang paling teruk yang Lisa ada. Kecewa kejap dengan sikap aku.
Lisa yang mentertawakan diriku, hanya aku pandang sepi. Kau ketawakan aku dalam waktu-waktu macam ni. Sah, dia memang dah jadi gila dengan sikap aku yang melarikan diri pada waktu persandingannya. Dia akhirnya membisikkan sesuatu di telingaku.
"Aku tak tahu pulak yang kau dating dengan mamat hot kat universiti kita dulu."
Aku menelan dengan payah air liurku. Ni mesti Fateh yang berkomplot dengan Lisa. Lisa sempat mendongak kepadaku dan terus membisik perlahan.
"Lepas kitaorang balik, aku nak kau jumpa aku kat bilik.", ujar Lisa sambil mengenyitkan matanya nakal. Kan aku dah kata. Mesti ada sesi sakat-menyakat aku pula malam nanti. Betul-betul bala..
♪♪♪
AKU hanya tersenyum kelat dan meminta diri untuk bertemu dengan walid. Aku lihat yang walid sedang bergelak ketawa dengan ummi dan semestinya uncle Nazdhan. Perasaan risau mula bertandang apabila walid memanggil aku. Katanya dia nak kenalkan aku dengan anak kawannya. Aku hanya akur dan bertemu semula uncle Nadzhan atas arahan walid.
"So Khaylisa, uncle kenalkan kepada kamu. Ini anak kedua uncle. Tengku Nazrin Khalif." Ayat yang uncle Nazdhan lontarkan sedikit pun tidak membangkitkan riak terkejut aku. Aku hanya tersenyum sumbing apabila uncle Nazdhan memperkenalkan 'anaknya' itu. Aku hanya memerhati Nazrin yang hanya mengalihkan pandangan dari bertentang mata denganku.
"Ermmmm uncle, sebenarnya Khaylisa dah kenal dengan Khalif masa dekat universiti dulu", ujarku. Aku tidak mahu merahsiakan apa-apa lagi memandangkan keluarga aku dan keluarga dia seperti saudara kandung.
"Betul tu papa, kitaorang dah kenal dari bulan lepas lagi",sambung Nazrin pula. Ternyata aku dan dia mempunyai pemikiran yang sama. No secret to each other.
Walid aku dan uncle Nazdhan saling berpandangan sebelum ketawa dengan kenyataan kami. Ummi pula hanya tersenyum simpul. Apa yang lawaknya. Aku rasa bait-bait kata aku dan Nazrin tidak sedikit pun lucu. Kami serentak meminta diri bagi melarikan diri dari kejanggalan ini.
Sikap walid yang masih mentertawakan diriku berjaya membuat aku lemas dengan semua ini. Ummi menahan diriku dan berkata perlahan, "Ummi harap, kamu tak kisahkan ketawa walid tu." Aku yang tak faham dengan bait kata ummi, terus meluru ke arah Lisa.
Abang long aku sekarang tengah sibuk membawang dengan kawan-kawannya yang lain. Dapat juga aku dengar ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari tetamu yang lain. Aku yang ingin mengambil gambar sebagai kenangan ini terkial-kial kerana aku telah memakai baju kebaya. Pergerakkanku juga terhad apabila mahu berjalan.
Nazrin yang kesian memandang gadis itu segera merampas telefon pintar di dalam pegangan gadis itu. Aku hanya memerhati tingkah laku gadis di hadapanku yang nampak seperti terseksa dengan potongan baju yang dipakai.
Mira yang terkejut dengan rentapan telefonnya mendongakkan sedikit kepalanya memandang sepasang mata hazel yang dia kenali. "Awak! Awak nak buat apa dengan telefon saya?", marah Mira tidak tertahan.
Berani kau rampas hak milik aku? Erghh...aku ingatkan sikap biadap kau dah berubah. Ini tak! Sebelum aku 'fire' mamat tu lagi, Nazrin segera memotong bebelanku.
"Aku cuma nak tolong kau, Khaylisa. That's it." Ternyata aku telah berburuk sangka kepada Nazrin. Aku hanya mengelipkan mata tanda aku setuju dengan alasan itu.
Aku sudah sedia duduk di pelamin bersama-sama dengan Lisa dan semestinya aku heret 'pengantin lelakinya' sekali. Abang long aku hanya menurut tanpa membantah dan sekaligus memudahkan lagi kerja aku. Kami kaku dalam posisi masing-masing. Satu, dua dan klik!
Nazrin kembali memulangkan telefon pintarku yang berada dalam genggamannya. Dia sudah mahu berangkat dari situ tetapi aku lebih pantas menahannya. Dia mengangkat kening mengisyaratkan 'kau nak apa? ' kepadaku.
"Awak tak nak saya pula ambilkan gambar awak dengan pengantin ke Khalif?", tanyaku yang ingin membalas budi baiknya.
Dia seperti malas melayan aku. Tak menunggu lama dia tundukkan wajahnya di hadapan wajahku dan kekal merenung aku. "Kalau aku nak kau ada dalam gambar tu sekali macam mana?" Soalannya berjaya membuat wajahku membahang dan aku segera berundur ke belakang. Suaranya yang serak-serak basah berjaya membuat aku terkedu ketika itu. Aku juga seperti mahu mempercepatkan masa terus menarik lengannya ke arah pelamin.
"So sapa yang nak tolong ambilkan gambar kita?", aku menanya polos soalan itu. Aku sangka yang kami akan 'selfie' bersama-sama raja sehari. Rupa-rupanya dia bertindak 'menghalau' mereka dan menyuruh pengantin pula menangkap gambar kami. Ya, hanya kami berdua. Macam la aku ni bini dia sampai nak amik gambar berdua-duaan bagai!
Akhirnya, aku hanya akur dengan arahannya dan mula tersenyum manis melihat kamera telefon pintarnya. Gila hapa dia sampai halau pengantin pula! Setelah selesai bergambar, kesemua tetamu menghalakan pandangan mereka terhadap kami termasuk walid, ummi, kak Aira, Fateh, uncle Nazdhan dan pengapit lelaki iaitu abang ngah aku sendiri.
Mereka semua tersenyum-senyum dan tetamu mula bersorak melihat aku dan Nazrin. Aku juga terdengar perbualan para tetamu di meja masing-masing.
'Wah mereka serasi sangat!'
'Tu bukan anak Tengku Nazdhan dan Tan Sri Malik ke?'
'They are perfect like a match couple!'
'They both so pretty and handsome like a queen and the king!'
Mujur ketika itu majlis sudah mulai surut dengan kehadiran tetamu. Aku juga berhasrat untuk pulang lebih awal ketika majlis kenduri ini selesai. Dengan adegan yang memalukan hari ni bagi aku, sudah sepatutnya aku pulang lebih awal.
Maaf typo 💦
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...