Airiel merenung dirinya di cermin. Dia meraup kasar mukanya. Di cermin itu, terdapat gambar seorang gadis dan jejaka yang paling dia kenali. Tak cukup di cermin, dia melekatkan gambar mereka di dart board. Sekiranya dia marah, dia akan melempar dart ke arah gambar mereka.
Dia ketawa mengilai-ngilai seorang diri. Dalam pemikiran minda seorang Haris Airiel, dia membayangkan kenangan manis dirinya bersama gadis yang dicintai.
Nur Amirah Khaylisa binti Malik. Aku akan dapatkan kau dengan cara kotor sekalipun. Rasanya dah lama sangat kau bahagia dengan jantan tu!
Aku ada motif kenapa aku melabur dalam syarikat kau. Senang aku nak dapatkan kau! Mesti seronok kan nanti bila kau merayu untuk aku lepaskan kau?
Aku akan ragut kebahagiaan kau demi aku sendiri! Aku akan bunuh kau! Tanpa semua orang sedari, aku sengaja bekerja di N's Holding.
Tak lupa jugak, betapa senangnya aku manipulasi pemikiran Nazrul. Rupanya bodoh jugak kan keturunan Tengku Nazrin Khalif ni? Kau tunggu la Tengku Nazrin Khalif! Aku akan rampas semuanya!
Kau tunggu esok! Mula dari esok, aku akan ganggu kau!
♪♪♪
AKU memdiamkan diri di dalam kereta Khalif. Nak cakap apa? Dah la hari ni banyak 'drama' yang aku shoot! Bagus la. Siapa pengarah? Syaitan? Ish ish ish.
Kami yang mendiamkan diri mula hanyut dalam dunia masing-masing. Aku yang bosan mula bermain telefon pintar.
Message dari nombor tak dikenali masuk. Haih. Banyak betul nombor tak dikenali kacau aku! Dalam keterpaksaan, aku buka.
Isi message ni memang buat aku nak luruh jantung! Siapa pulak yang hantar ni?
Gambar aku bersama Khalif aku tatap penuh musykil. Siapa yang hantar? Khalif yang memandu terus aku seru namanya.
"Khalif."
"Yes my sayang Khaylisa? Any problem?"
Yang dia ni pun! Stop la panggil aku sayang-sayang dan seangkatan dengannya. Buat aku berharap jerr la dia ni!
"Tengok ni!"
Aku menunjukkan skrin telefon pintarku kepadanya. Ternyata hal ini tidak dapat membangkitkan riak wajah terkejut di wajahnya. Hai, takde perasaan ke dia ni?
Khalif mengangkat kening memandang ku. Biar betik? Itu jerr ke reaction kau? Eeiyy...menyampahnya!
"Awak?", seruku perlahan. Tak berpuas hati, aku guna taktik menggoda. Mesti aku dah gila! Ergh.
"Abang, dengar cakap saya ni. Abang sayang saya tak?"
Khalif tak menunjukkan tanda-tanda yang dia tergoda denganku. Wah, dia memang betul-betul kayu! Kenapa la dalam banyak-banyak orang aku jatuh suka pada dia? Aku akhirnya tak mengganggu pemanduan dia lagi.
Tibanya dirumah.........
Aku segera ingin melangkah keluar dari perut kereta. Khalif pulak menghalang aku. Eh, tadi tak nak layan aku! Sekarang ni dia pulak yang gelabah! Memang lelaki semua macam ni eh?
"Look Khaylisa. Aku mintak maaf sebab tak respon waktu kau tunjuk semua tu. Kau kena faham, aku tengah driving. Keselamatan kau keutamaan aku. Kalau ada apa-apa jadi pada kau, aku takkan maafkan diri aku. Keep my words."
Aku menoleh kepala menghadap Khalif. Tengok tu! Bila aku merajuk, dia pulak yang hangin! Dia datang bulan ke apa?
"Takpe la awak, saya paham. Memang salah saya pun sebab ganggu awak tengah drive. Sorry. Saya janji saya tak ganggu awak lagi lepas ni."
YOU ARE READING
My Sweet Mr. Dingin!
Romance(Sinopsis) Gara-gara dia terlanggar dengan seorang lelaki yang dingin di kafeteria, Mira perlu menanggung akibatnya! Nazrin Khalif pulak tu. Dengan sikap dingin dan mulut puakanya lagi... Setelah kejadian itu berlaku, jejaka itu selalu bertekak deng...