Bab 52 : The Truth

533 29 2
                                    

Assalamualaikum and hello again 🤭. So di sini, author nk ucapkan ribuan terima kasih kepada readers semua yang baca cerita serabut dan tak seberapa ni ❤️💯. Tak lama lagi, cerita My sweet mr dingin akan melabuhkan tirai 🥺🥺. Sebelum tu, author minta maaf byk ii sesangat sekiranya cerita ni bosan ☹️. Author juga tahu, yang korang lebih berminat dengan jalan cerita yang byk konflik dan mengayat hati 🤔😶. Sebab author tk berapa nk pro dlm toxic relationship. Author lebih prefer healthy relationship 😋.

(Terasa macam author pentingkan diri pun ada 😩.)

Anyway, setelah cerita ini tamat, author plan nk update cerita baru pulak. Lama jugak author menghilangkan diri 🙄😤. Maybe dlm 3-6 bulan? 😱 Author muncul semula lps dah settle hw yang betimbun 😥. Hmm. Thanks sbb tunggu 🙊🙈. Thank jugak kepada yg support. Author doakan yang korang semua sentiasa tersenyum dan dimurahkan 💜💜. Oh ya, tk lupa juga, dipanjangkan umur. Again, thank you very much. You guys make me feel so happy and feel so appreciated 😭🥺🌈🌈. You guys are lovely and wonderful person that I ever know 🍭🍬🙈. Dengan ini author tamatkan kata ii author yang panjang bak ulasan . Hehehe 💗💖💓💞💕💟❣️🧡💛💚💙💜🖤❤️.


"Abang. Bangun cepat abang. Saya dah masak. Hidang pun sudah." Mira mengejutkan suaminya yang terlelap di sofa.

Agaknya dia penat sangat. Tu yang sampai boleh tertidur.

Khalif bangun. Dia masih mamai. Barangkali kerana letih menguruskan projek yang akan dilangsungkan tidak lama lagi. Dia masih merenung lantai sambil memejam mata.

Mira hanya tersenyum di ruang makan. Begitu la rutin harian mereka setelah tinggal sebumbung. Khalif juga tidak banyak kerenah setelah mengetahui tentang Mira yang sedang mengandungkan zuriatnya.

"Kejap abang pergi cuci muka. Kalau sayang lapar, sayang makan je dulu." Seusai berkata demikian, dia mula berlalu pergi ke dapur. Sementara Khalif mencuci mukanya, Mira terlebih dulu menuang air oren ke dalam gelas mereka.

"Kenapa tak makan dulu? Tak lapar ke sayang?" Soal Khalif yang muncul di ruang makan.

"Kita makan sekali."

Setelah duduk, Khalif memandang lauk yang dimasak. Eh kejap. Banyak betul yang bini aku masak. Siapa yang nak habiskan? Aku? Huish, boleh hilang six pack aku. Huhuhu.

"Banyak sangat ni sayang. Siapa nak habiskan?" Tanya Khalif sambil mengusap lehernya.

"Kita tengok macam mana. Kalau abang tak boleh habiskan, saya makan aje semuanya."

Uhuk. Biar betul isteri aku? Tiba-tiba dia teringat salah satu simptom orang mengandung. Sejak Mira mengandung, dia ada google simptom-simptom yang isterinya akan hadapi. Salah satunya, nafsu makan mereka akan tidak menentu.

"Sayang, are you sure? Abang rasa banyak sangat ni. Kalau sayang tak boleh habiskan, apa kata kita beri kat jiran-jiran. Abang risau nanti kalau sayang habiskan semua makanan, takut sayang rasa muak pulak. Ikut cadangan abang yer sayang abang?" Ujar Khalif panjang berjela.

Hmm. Ada betul jugak cakap Khalif. Kalau tak habis nanti, buat bazir je.

"Ok la. Nanti saya letak dalam tupperware pastu kasi kat jiran-jiran. Kejap nanti saya buat. Jom la makan dulu."

"Takpe, sayang rehat je. Nanti biar abang yang buat. Sayang pun mesti penat memasak semua. Mesti sayang penat berdiri lama-lama. Nanti biar abang dengan mak Leha je yang hantar ok?"

"Ok."


♪♪♪


TELEFON Khalif berdering tanda ada panggilan masuk. Mira hanya memerhatikan telefon pintar itu dan tiada niat untuk menjawab panggilan tersebut. Dia tidak mahu mengangkat panggilan itu kerana dia tidak ingin menceroboh privasi si suami.

My Sweet Mr. Dingin!Where stories live. Discover now